Monday, May 3, 2010

PULAU MUTIARA

hye everyone!
saya sudah kembali ke shah alam,,
dari mana? dari penang lah..

balik penang ada dua sebab,
jumpa kawan lama parents,,
dan juga melawat tok dan tok wan.

this is how the journey begin...
hari jumaat lepas selepas solat jumaat,
yana, akak, mama dan ayah memulakan perjalanan...

sepanjang perjalanan, banyak yg yana dan akak berbual, dan tiba2 yana terpandang sesuatu..
nak tau apa? cuba tengok bawah ni,,

-cuba cari apa yg sama tentang penunggang basikal di atas?-

perjalanan yg memakan masa selama 4-5 jam ni amat membosankan yana so apa lagi, ambil fon dan snap sana, snap sini, at the end satu je yg cantik (perasan)! saya x fotogenik kawan2...

-as always, baju yg sama, its my fav-

- mama dan ayah (serius kerana sedang book hotel, it's super peek buddies)-

ayah dan mama mencapai kata sepakat untuk menginap di penang semalam sebelum pulang ke kampung.. kata mama, mama nak melawat cik amy, rakannya yg kehilangan seorang anak,
kalau ada yg pernah baca post yana sebelum ni, itulah anaknya yg meninggal.

oleh kerana bertolak selepas solat jumaat, kami sampai penang agak lewat, dalam pukul 7..
yana macam teruja sebab verapa kali je pergi penang since pindah, kalau pergi penang pun, sampai butterworth je, ayah malas nak masuk penang sebab jem yg amat...

-atas penang bridge-

sampai saja di depan tesco penang, masyaAllah, jem sangat2, naik jemu tau yana duduk dalam kereta, dah kematu dah rasanya... sampai je penang kami menuju ke arah batu feringgi di mana letaknya hotel yg kami akan menginap... as before, batu feringgi menjadi pilihan kerana viewnya yg cantik... betul, tak tipu, next time jom kita bercuti ramai2 ke penang, pulau mutiara!

-turn left ya ayah-

yana and family went to the naza talya hotel, not bad! yana dgn akak tunggu dalam kereta sementara tunggu mama dgn ayah tanya still ada bilik ke tak dan kalau tak ada, maknanya balik kampung tanam jagung, but nasib baik still ada kosong, yana rasa syukur sangat sebab malas nak tempuh jem lagi, dah exausted dari tengah hari duk dalam kereta...

yana share sebilik dengan akak.. oh, heavennya dapat baring...
after all, yana dapat jugak tenangkan diri dan minda setelah berhempas pulas dgn assignment yg menimbun...

-view dari bilik yana-

-cantikkan laut? bilik yana tak mengadap laut, ish!-

sebelum check in beriya yana nak g laut tapi bila pikir2 balik, tak elok kan, dah mangrib, nanti apa je yg jadi, nauzubillah...
tengah sibuk berbual dengan akak, mama ketuk bilik kitaorg suh siap sebab nak gerak ke rumah cik amy aka tempat tinggal yana sebelum ni,,,

sampai di rumah cik amy, orang2 tua mula berbual...
yana dah mula boring dan sesekali bila ditanya, yana jawab apa yg mampu...
then yana ajak akak gerak ke rumah haikal, anak angkat mama, lama tak tengok dia, mesti dah besar...

sampai rumah haikal di tingkat 14, haikal tersipu2 malu,
dah besar rupanya dak kecik ni,,,

lepas tu, gerak ke rumah kak fiza, kawan akak...
aduh, sangatlah yana boring...

nak harapkan kawan yana, semua dah belajar ke mana2, lost contact...

agak dah malam kitaorg pun balik hotel dan menidurkan diri, pergh, lega wa cakap lu!
goodnight everyone!

early in the morning, yana breakfast, macam2 gak la yana melantak, tak ingat dunia langsung! hahahahahaha...
makan roti bakar, cereal, nasi goreng(habis diet!) dll.

-nguyah je keje ye?-

lepas breakfast, check out, kami sefamili gerak ke bazaar chowrasta, di mana letaknya syurga buah pala.. ni semua kerana kawan2 akak yg pesan...

-chowrasta-

tunggu punya tunggu, tak bukak lagi, mungkin awal lagi so yana duduk di tepi jalan sambil melihat gelagat rakyat penang...

- ni antara kedai yg dah bukak ye-

sebab boring menunggu, yana pun snap beberapa tarikan yg ada seperti yg ada di bawah ni,,,
tadaaa!

-rapid penang-

ha, jangan sangka hanya rapid kl raja segala bas, penang pun ada tau! lepas ni agak2 ada tak rapid melaka, rapid johor...?

sekian lama menunggu, bukak jugak bazaar, apa lagi, borong segala tok nenek buah pala, ada macam2 jenis, yana tak berapa suka sangat, tak tau kenapa...
banyak gak yg akak beli...

lepas dah beli semua, kami pun pulang ke kampung...
goodbye penang, semoga jumpa di lain masa!

p/s : tak dapat putaq satu penang kerana kesuntukan masa,
next time cuba lagi





No comments: