Salam...
Uish, rasanya dah agak dah lama tak buat senaman jari jemari. Bukan apa, kan sebelum ni Yana dah cakap yg mood sedikit pincang *ayat tak boleh blah*. Tetapi tetapi tetapi, Yana recovered! Yana here everyone! *like anybody care* =)
Bermula dengan semanngat baru, Yana nak buat pengumuman bahawasanya Yana dah ada Nuffnang! Weeeehuuuuuuu! Yela, selama ni sibuk baca entry blogger lain pasal buffered la, apa la, so Yana dah join the club! *clap, clap, clap*
Yana terjebak dengan Nuffnang ni bila Kak Ana yg suruh buat. Yana baru kenal Kak Ana, dia cakap follower Yana dah stable, boleh pergi blogwalking selalu, up kan traffic, so ni lah masanya. Semua tentang Nuffnang ni Kak Ana yg ajarkan Yana.
Walaupun baru kenal beberapa saat dan minit, Kak Ana sanggup luangkan masa buat Yana *pagi2 buta masa orang tengah buat t**i mata* semata2 nak ajarkan Yana guna Nuffnang ni. Siap chat2, share2 gambar kat YM gitu. Terima kasih kak Ana!
Ha, since Yana dah ada acc Nuffnang ni, rajin2 la klik ek? Teringin la nak cash out duit hasil berblogging ni *ayat nak manis* =p
SILA RUJUK ARROW TU YE? =P
Huwaaaaa! Tiba2 Yana rindukan Syuq *kawan blogger Yana yg paling sempoi* atau lebih senang Yana panggil dia Tiz. Syuq dah menghilang sebab dah sambung belajar balik. Belajar rajin2 Syuq, Yana bakal menyusul kamu... =)
Btw, sesekali update blog, ni nak habaq mai, hangpa jangan bosan dah la naa, cerita Yana panjang berjela lagu ni, takut hangpa bosan. Tok sah bosan2 naa, layan kan sajaaa. *tu diaaaa haih, keluaq loghat utara*
Yana dah jalankan operation muka kawan2! Opsss, bukan operation muka Yana. Ehemmm, nak tanya ni, korang perasan tak blog Yana dah berubah wajah? Ha, operation wajah blog ni. Sedih ouh, yela, layout yg lama tu baru jugak guna tapi Yana gediks nak tukar. Yana nak yg look simple & fresh. So, apa pendapat korang? Okay tak?? Ke yg lama better?
Muka Baru
Muka Lama
Yana habiskan masa sepanjang hari godek sana godek sini dan hasilnya macam yg korang tengah tengok ni la. Yana nak bila orang terjah blog Yana, Yana nak pastikan mereka datang balik dan enjoy reading dengan suasana blog yg simple *wah, ayat skema kan? sila abaikan*
Ouh, lupa, tengok header Yana kat atas tu! Yana buat sendiri okay??? Hasilnya? Biasalah, amatur yg buatkan, faham2 sendiri sudah. Yana edit guna Gimp *it's free software, i loikeeee*. Yana ni tak pandai sangat nak edit2, Yana bukan seorang yg kreatif ye? *please take note*
Layout pulak, Yana guna design yg sedia ada untuk blog, cuma edit sikit2. Malas Yana nak carik layout lain sebabnya kena download code! Dah la keadaan line yg dah over the limit, mesti macam kura2 kalau asyik download je! *menci, menci, menci, tak suka!*
Ouh ya, hanya tinggal beberapa hari lagi untuk Yana menjadi seorang blogger aktif, lepas tu Yana akan dilanda kesesakan untuk berblogging dek kerana new sem! Maaf la ye? Tapi andai ada kesempatan, jari jemari kedempol ku ini akan terus menari2.
Uish, panjang betul update kali ni. Sudah! Setakat ini dahulu yep???
p/s : sila tarik nafas lega sebab entry dah sampai hujung
Blogger Templates