Friday, June 18, 2010

BERDIRI BULU ROMAKU DEK BUNYI...?

Salam dan selamat tengah hari.

Adakah anda semua sudah makan tengah hari? Hari ni Yana tak makan sebab berpuasa, di samping mencari keberkatan bulan Rejab, Yana cuba untuk membersihkan dalam badan Yana dan cuba mengurangkan berat badan. =)

Entry kali ni, Yana bukan nak bercerita tentang makanan mahupun apa yg hendak dimakan masa buka puasa nanti, tapi Yana nak bercerita tentang apa yg terjadi pada Yana pada awal pagi sebelum Yana tidur.

As always, Yana memang selalu tidur lambat, selagi tak pukul 4 lebih, Yana takkan tutup mata. Yela, sibuk berblogging. Tapi malam tadi, Yana dipaksa tidur awal! Yana ulang ek, Yana dipaksa, tapi bukan dipaksa mama yg tak suka Yana online sampai pagi2 buta, tetapi Yana dipaksa oleh.....

Yana rasa anda mesti dah dapat agak siapa yg paksa Yana tidur based on tajuk entry kan? So siapa yg rasa dia tak boleh nak dengar cerita seram, jangan baca ek. Walaupun tak seseram mana, tapi bila Yana cerita pada mama, bulu roma Yana naik.

-Si nakal ni ke yg buat Yana tidur?-

Cerita bermula kelmarin bila mama bukak mulut pasal jiran Yana *Kak Ja* yg dengar bunyi ketukan bertalu2 kat rumah dia. Disebabkan anak Kak Ja tu tak nak tidur, dia pun cakap kat anak dia, "Baik tidur, tu bunyi hantu ketuk, amek hg satgi baru tau!" Lebih kurang la kot ayat dia cakap kat budak tu.

Nak tau tak apa yg terjadi lepas dia cakap macam tu? Bunyi ketukan tu makin kuat dan ketukan tak berhenti2 berbunyi! Sampai jiran Yana yg lagi satu pun dengar, siap bagi mesej kat suami Kak Ja, tanya dia ada ketuk2 dinding ke? Ketuk apanya kalau dah malam2 buta ark?

Kak Ja pun cerita la pada mama. Actually mama pun pernah alami benda yg sama di rumah Yana sendiri. Mama pun menegur jugak orang ketuk2 ni, sebab mama tau benda tu kan, saja mama makin menegur. Nak tau apa jadi? Mama dengar orang grill dinding pulak, sampai pukul 4 pagi macam tu.

-Mungkinkah dia nak pasang signboard?-

Dan dan dan pagi tadi kan, around 2 something almost 3, Yana tengah taip entry pasal award yg Yana terima, Yana alami sendiri pasal tu. Dah la Yana tengah chat dengan Paan kat FB tentang hal ni, Paan suh Yana tidur sebab dia pun dah ngantok.

Yana dengar bunyi macam ketukan gendang. Bila Yana baca ayat Kursi dalam hati, bunyi tu macam makin kuat. Yana apalagi, terus teringat pasal kejadian yg berlaku pada Kak Ja dan mama. Dah makin kuat tu, Yana terus tutup lappy then call Cik Yus. Cik Yus tanya kenapa, Yana cakap Yana takut, tapi Yana tak nak la cerita sebab takut bunyi tu akan makin kuat kan kalau kita tegur.


Yana ajak Cik Yus baca doa sama2 dengan Yana, Yana baca kuat2 dan alhamdulillah, Yana dah tak dengar lagi. Sambil pejam mata, Yana keep on baca ayat Kursi. Dan Yana terus tertidur tak sedarkan diri.

Tadi Kak Ja datang rumah Yana nak pulang buku mama, Yana ceritakan pada Kak Ja and cuba anda teka apa yg Kak Ja cakap???? Kak Ja pun dengar bunyi yg sama dan Kak Ja pun cakap, bunyi kali ni tak lama. Betul la macam yg Yana alami kan?

Kesimpulannya, Yana rasa hal yg berlaku sebab mungkin banyak rumah kosong sebab ada 2 3 jiran yg balik kampung. Then the moral value is Yana tak boleh tidur lambat!

p/s : Terbantut nak tulis entry pasal award yg Yana dapat dari TheGadiest.
*tq Cik Google for the pics*


Blogger Templates
Blogger Templates

14 comments:

syuQ said...

heheh..seb bek bunyi2 je..
kalo dia main belai2 rambut amacam?? haha
takot tak?!

liyana aziz said...

@syuQ, uish, mintak dijauhkan okay??? elok2 berdiri bulu romaku jadi pengsan lak.. wkakakaka.. =)

Parkcheek Chun Li said...

jaga......kat tingkap tuh....

ladysheqa said...

fuyo... janganla tido lambat. Allah jadikan malam untuk beristirehat, siang utk bekerja..

liyana aziz said...

@Parkcheek Chun Li, haish, please jangan soalnya yana punya katil tepi tingkap, kang x pasal2 kang.. weee

liyana aziz said...

@ladysheqa, tu la kan.. gatai lagi tidur lambat, mama marah pun x dengar.. hambik! =)

Dawy said...

wahh . menakutkan betul .
dawy penah kena gak .
tingkap bilik menghadap lorong belakang rumah .
and tengah tertidur nih . bole terbangun pulak .
pukul 3 tuh ! mula mula relax lahh pasal tak dengar pape . tetiba , dengar suara macam menangis . mula2 jauh , then makin dekat . sampai sekarang mmg fobia nak tidur awal . mesti tidur lambat sikit , so nanti pukul 3 tak terbangun . hehe

liyana aziz said...

@Dawy, wah, lagi seram!! tatotnyaaaaaaaaaaaa!

b.E.L.L.e said...

salam. berani nyer tido lambat-lambat.hehe. anyway, blogwalking here. can we change link? thank u. =)

senorita_alynne said...

Liyana telah diTAG

20 Things About Alynne

liyana aziz said...

@b.E.L.L.e, wasalam.

tula, macam dah terbiasa online sampai pagi kan.. orytee, i'll be there.. =)

liyana aziz said...

@senorita_alynne, oryteee.. yana dah siapkan tag.. hehehehhehe..

❤gadiest ❤ said...

hehhehehehe..
cam klakar pon ada gak kan..
bila difikirkan balik..
takot plak..:D
nice story la dear...

liyana aziz said...

@❤gadiest ❤, kan?? kelakar ada gak.. tapi takut lebih ar... hehehehe