Wednesday, June 2, 2010

JOM, HEADING TO HISTORICAL CITY (PART 1)

Salam.

Semalam satu hari Yana tak update blog, Yana cuti2 Malaysia la, apa lagi. Time cuti sem ni la Yana berjalan, kalau tak, hampeh. Let's straight to the point. Yana pergi Melaka semalam, pergi dengan aunty Yana with her hubby, dengan akak as driver.

-Jom, jalan2 dengan Yana-

-Yey, Melaka, we conquered all!-

Actually bukan pergi untuk bercuti tapi nak fulfill hajat preggy woman, kawan my aunt yg mengidam nak makan laksa Johor, so my aunt nak masak kan la untuk dia. So sambil menyelam minum air sebab Yana dah lama tak pergi Melaka, jalan2 jadi pelancong jap.

Kitaorg bertolak dari KL dalam pukul 9 lebih, sampai sana dalam pukul 11 lebih. Sampai2, dah masak2 kat rumah Cik Leha (my aunt's friend) kat Bukit Katil, kitaorg makan laksa Johor, kira join sekaki la kan (mmg tak boleh miss kalau laksa Johor). Nama pun orang Johor kan, memang sinonim la dengan laksa Johor (sapa orang Johor?).

-Yana dgn Natasya (one of Cik Leha's daughter)-

Lepas zohor, kiraorg gerak ke Bandar Hilir, Yana dah excited (jakun sungguh ye). Agak2 dah dekat Bandar Hilir, Yana dah ready telefon Yana and akak (gantikan digital camera or dslr, ada sapa2 nak hadiahkan untuk yana?). Yana nak snap bangunan2 bersejarah, dari dalam kereta pun jadi la. Yana tau masa tak banyak nak pergi semua tempat (pasrah).

-Welcome-

Dah sampai, makin teruja yg Yana rasakan dalam dada (wah, ayat). Yela, bukan selalu Yana boleh jenguk Melaka, jarang2 dan kadang2 saja. So banyak la kenangan yg Yana nak create, nanti boleh cerita kat anak cucu (jauh perancangan).

-Dah sampai, yehuuu!-

-Yana suka bangunan ni, masih cantik-


-Banyak sangat beca cantik2-

-Stadthyus Square-


-Muzium Maritim-

Destinasi pertama, Menara Taming Sari. Wah, Yana teruja nak naik tau, sebab nak tengok pemandangan sekeliling Bandar Bersejarah. Mesti cantik sebab dekat dengan laut. Since tak sempat nak melawat semua tempat, baik Yana naik menara tu, at least nampak semua ye tak?

Harga nak naik pun not bad la if anda warganegara yg punya ic ye. Senior citizen RM8 and adult, RM10. Ok kan? Yana tak cerita banyak, jom2 tengok gambar2 yg sempat disnap ok??? Shhh, nikmati je, jangan nguap ok. Heeeee.


-Menara Taming Sari-

-Ye, 4 orang diwakili dua tiket-

-UP2, JOM Up2, flying without wing-

-Tak gerak, leh berdiri, kalau dah naik, ketaq lutut!-

-My akak (tudungmu tudungku jua)-

-Lovely plus sweet couple-

-Uncle Za, Long and Yana-

Ok, jom tengok pemandangan dari atas Menara Taming Sari. Mula2 gayat dan gerun (ketaq lutut cek), dok pikiaq macam2 yg bakal jadi (negatif betul), tapi bila dah agak stabil, meroyan snap gambar banyak2.

-Nampak tak kete putih dalam bayang2 tu? Tu la pengangkutan kami-

-Ada bas double-decker, rugi tak naik-

-Eye on Malayasia, tak nak, Malacca-

-Yana dan EoM-

-Muzium Maritim dari angkasa-

-Historical Buildings-

-Muzium UMNO (kanak sekali, bangunan merah)-

-Dataran Pahlawan-

Yana rasa sangat sekejap masa berlalu, macam sekejap je ada kat atas menara tu. Rasa macam nak naik lagi je,tak nak turun2 lagi. Heeee...

-Menara yg tinggi tu, Yana dah naik!-

Ok lah, Yana rasa sampai sini dulu, banyak sangat dah gambar. Cop, ada lagi yg Yana nak kongsi, tapi tunggu next entry ye, jangan lupa tau stay tune bersama Yana. Haish, jangan mara ha....

p/s : Gambar2 selepas ni sangat extreme, sila berjaga2.

Blogger Templates
Blogger Templates

4 comments:

nabilah_2908 said...

seronoknya dia jalan2 kt melaka...

so...melaka ni best tk..? sy yg dok melaka ni...belum pernh merasa naik menara taming sari tu..hehehe... :P

jom ke APA KATA HATI pulak,
KOMEN OH KOMEN

liyana aziz said...

nabilah, a'ah,seronok sebab dah lama tak jejalan kat sana. best sangat, tapi kota a'famosa tak pergi. sayangnyaaa

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

yana ni sekali pandang macam muke rafida tu ha,..huhu..best kan lau dapat p tempat2 yang macam ni..nak2 lagi lau p ngan family.,..fuyooooooo,,keseronokan yang tak terhingga tuuuuuuuu

liyana aziz said...

cik aida, hahahah... rafida mana ek?? huhuhuhuhu...best sgt sebab dah lama tak keluar jejalan... heeeee