Salam.
Entry kali ni Yana nak nyatakan kekeliruan Yana tentang satu perkara ni. Yana rasa anda semua dapat agak apa yg mengganggu Yana based on title entry kali ni. Bersanggul tinggi, boleh atau tidak? Apa hukumnya?
Apa yg menyebabkan Yana keliru apabila Yana ada baca tentang hadith mengenai sanggul tinggi ni, bukan sikit, banyak yg buat entry pasal ni. Yana pun baru tau bila ramai blogger yg bercerita tentang ni.
Yana rasa Yana bertanggungjawab untuk cari jawapan yg sebetulnya. Mungkin ramai yg dah tau pun perihal sanggul tinggi ni, tapi Yana sekadar nak menambah apa yg Yana dah dapat. Kalau ada yg terlebih terkurang harap dimaafkan ek?
Hadith yang dimaksudkan adalah seperti berikut: صنفان من أهل النار من أمتي لم أرهما بعد : كاسيات عاريات مائلات مميلات على رؤوسهن مثل أسنمة البخت لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها ورجال معهم سياط مثل أذناب البقر يضربون بها عباد الله
Sabda Rasulullah (sallallahu 'alayhi wasallam): “Dua kelompok ahli Neraka daripada umatku aku belum pernah melihatnya lagi: kasiyat (wanita-wanita yang berpakaian) namun (hakikatnya) ‘ariyat (telanjang), ma’ilat (cenderung kepada maksiat; atau berjalan lenggok; atau menyisir rambut seperti pelacur) mumilat (mengajar orang lain perbuatan maksiat mereka; atau menggoyangkan bahu; atau menyisir rambut orang lain seperti rambut pelacur); Di atas kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya; dan kaum lelaki bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, disebat dengannya hamba-hamba Allah.”
[Sahih Muslim dari riwayat Abu Hurairah]Di dalam hadith lain: “Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.”
Di dalam hadith lain lagi terdapat tambahan : “Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya, padahal baunya syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian sekian.”
[At-Tabarani dalam Al-Mujam As-Saghir hal. 232; Hadith lain tersebut dikeluarkan oleh Muslim dari riwayat Abu Hurairah. Lihat Al-Hadith As-Sahihah no. 1326]
*sambung baca di SINI*
Di sebalik hadith di atas, Yana jumpa macam2 lagi mengenai sanggul tinggi ni antaranya dalam Metro Ahad dalam ruangan Soal Jawab Agama. Yana keliru pun lepas baca MA ni pagi semalam. Katanya tak salah bersanggul tinggi mahupun rendah kerana yg pentingnya tutup aurat. (????) Sila klik gambar untuk mendapat lebih details.
KLIK GAMBAR
Tetapi bila Yana research tentang sanggul tinggi ni, Yana dah dapat jawapan bagi kekeliruan Yana. Alhamdulillah, Yana nak kongsi serba sedikit dari apa yg Yana dapat dan semoga kita kaum perempuan dapat manfaat bersama. Antara petikan yg Yana dapat seperti di bawah :
"Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya."
Sekian dulu dari Yana. Hope kalau ada yg salah apa yg Yana coretkan mengenai sanggul tinggi ni, ada yg menegur, bukan apa, boleh share2 maklumat yg bermanfaat. Sharing kan caring, tak gitu?
Wallahuallam.
Blogger Templates
25 comments:
ramai org ckp tak elok bersanggul tinggi
nsib baik tak pernah amalkan~
good info..TQ.
sebelum ni saya ade jugak keliru . takot'' nati dose pulak buat sanggul ter-TINGGI . lepas bce post nih baru saya athu yg mana boleh , yang mana haram . thankyou akak (: very useful post (:
@Kie-yu, tula, yana pun x tau sebelum ni.. bila dah tau dah x bpe tinggi, biarla menutup dengan cara yg betul.. tu je.. =)
@eNaSaN, manfaat bersama.. ur most welcome... =)
@shahirahsofie, alhamdulillah, bila kita dapat info yg boleh share bersama, post je.. sama2 manfaatkan info tu.. ur welcome dik... =)
Kenapa perlu nak bersanggul tinggi melangit sekiranya sudah tahu hukumnya. Kalau boleh, kita tak mahulah buat langsung walaupun hukumnya harus.
And ini adalah salah satu miracle Nabi Muhammad s.a.w. kerana hadith ini telah pun wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Dan ini jugalah bukti, perempuan Muslim sudah mengikuti fashion sepertimana perempuan kafir juga melakukannya. Hence, such hairdos should be avoided.
And that has nothing whatsoever to do with the modesty of Islam. Muslim seharusnya mengikut Sharia Islam juga islamic attitude, so that the Muslim ummah may regain its pride and honour. Bukan ikut seperti orang kafir juga.
Well that's my point of view.
(http://ohmonstar.blogspot.com)
tp tu la yana, org yg sanggul tinggi skarang ni tu pakai sanggul palsu punye...bile da pakai yg palsu, sah2 la haram kn
pakcik xtau nk ckp ape...tp bg pakcik apa2 pun, perempuan xbleh berhias supaya org lain tgk dia kelihatan cantik dan jadi bualan ramai (mcm artis2), maksudnya menarik perhatian lelaki lain. sperti yg makcik yana ckp, berhias cantik2 utk suami....baru best nafsu syahwat naik....wakakakakakakakkakakakaaaa
kalau ragu2 tak perlulah nak amalkan..
@Khairunnisa', setuju dengan apa yg akak cakap.. trimas sebab sudi kongsi di sini... =)
@heart~, a'ah kan.. dpa pakai yg palsu tu, sah2 la haram sebab wig kan x dibenarkan dalam Islam... nauzubillah..
@Parkcheek Chun Li, hamboi....... suka bab2 cani ek??? dushummmmmmm! =)
@zool,tula, pk2 balik kalau hal yg mendatangkan keraguan ni baik abaikan je, jangan buat kalau ragu2 ark?? =)
tak payah la tinggi2..nk buat ape...pakai biasa je..hehe jauhkan perkara yang meragukan..
@si para para, tinggi macam bonggol unta... =)
saya pun ad bace lam pper sal sanggul..
asal ttp aurat..plik jgk..
b'cangah..
@thyYunx, tu la kan, bercanggah.. tu yg macam blur sikit... =)
kalo ragu2 ta yah buat .
senang ;)
@I n n z, tu la pasal... ta yah buat senang, x sesak pale ark? =)
whoa good info, thanks
<3 mrs.minho
@diah, ni dah lebih... minho saya yg punya okay?? fullstop! =)
x paham..aku xde snaggul dan aku x pakai tudung hahahaha
@Alan, wakakakkakaka.. mau jugak ka??? nanti yana pakai sanggul betul2 kang baru tau! =)
salam..perkongsian yang menarik..thanks..menambahkan lagi pengetahuan..
Post a Comment