Tuesday, June 8, 2010

KAWAN KE MACAM NI????!

Salam.

Entry kali ni mmg Yana rasa nak maki2!!! Opss, bukan maki anda semua, tapi seorang mahluk Allah ni! Eeeeeeeeeeeeeee!!! Kenapa ada manusia macam dia!!! Kawan ke bila suka kutuk kawan??? Kawan ke bila langsung tak nak bagi support???

Actually bukan kawan Yana pun, tapi Yana rasa nyesal sebab kenal dia!!! Dia dah berubah!!! Nak tau dia tu siapa??? Dia tu so-called friend my akak. Entahlah, darah Yana ni menyirap bila baca kat FB tadi. Jom cuba tengok bawah ni.

-KLIK-

Kenapa mesti nak perkecilkan diri orang lain??? Kau ingat kau bagus sangat??? *tak pernah nak cakap kau aku tapi kau manusia buat aku berbicara sebegini*

Kalau anda semua nak tau, lelaki yg Yana bulatkan merah tu, kawan my akak since diaorg form 2, now diaorg dah 23 tahun. Dia yg kitaorg kenal dah berubah, betul cakap akak, kadang2 cara dia menulis dalam FB akak sangat menyakitkan hati akak, Yana yg baca pun sakit hati!!!

Salah ke kawan kau nak diet??? Untuk kesihatan dia dan sepatutnya kau as kawan should support her, bukan jatuhkan semangat dia!!! Aku bengang doh dengan kau, kau bajet kau bagus, memang, aku tau kau memang bajet bagus dari dulu, cakap nak besar, bajet macho tapi sebenarnya kau tak, kau tu crap!!!Kau tu hapak sebab kalau kau betul2 bernama kawan, you shouldn't talk nonsense!!!!!

Yana tak suka nak maki2 orang tapi Yana sakit sebab orang buat kakak Yana macam tu, kawan yg boleh dianggap rapat *berjiran*. Lagi2 atas nama kawan, Yana mmg tak suka bila dengar kawan jatuhkan kawan, tu bukan kawan dah namanya.

Yana sengaja tak nak padam nama dia, biar orang tau siapa dia, biar dia sedar tak semua orang suka cara dia. Eeeeeee, tak boleh blah baca ayat dia (bulat yg pertama) pastu boleh taknak mintak maaf. Apalah sangat dengan ayat maaf, mahal ke wahai hamba Allah???

p/s : Maaf entry kali ni berbaur kasar. hope tak serik anda membacanya.

Blogger Templates
Blogger Templates

18 comments:

Lisa said...

tuh bukan kawan tuh namanya.
heeee, sabaw jelah.

liyana aziz said...

@Lisa
tu la pasal, bukan kawan dah tu.. heee

little cart00n said...

yana..ni elie nk tumpang geram ni!!!
jht la mulut org tu..
lain kali yana sinsing je lengan baju kalo dia buat camtu kat akak!ish!!sebijik joyah org tu..huhu..

liyana aziz said...

@little cart00n

sila la, tumpang2...geram je kan??? sakit hati kalau yana baca cara dia tulis tu...

Parkcheek Chun Li said...

buruk btol perangai dier.....block aje dier dr fb tuh

liyana aziz said...

@Parkcheek Chun Li

dah, yana dah suh akak block dia... geram betul, bukan sekali dua dia kondem akak yana...

ain nadzirah said...

kwn ape mcm tue yana..
menjatuhkan kwnn...
byk g kwn yg bek ade..dari kwn mcm tue..
jht tol mulut kn..

liyana aziz said...

@ain nadzirah

tu la kan, bukan kawan dah namanya tu... actually dia kawan kakak yana, padan muka, dah kena block kat FB.. org mcm tu bajet dia bagus agaknya

ubi said...

eh saya tgk perempuan je komen...huhu..yer2 tu bkn kwan, tapi jgn aggp laki semua camtu yer..hehe ubi baik... gagagaga
(eh sori lwat follow)mslah teknikel..
wink wink

liyana aziz said...

@ubi,heee... abes tu ramai kawan perempuan.. huhuhuhu.. eh, x pela.. as long rajin jengah dah ok

syuQ said...

woo..woo jap.. check address jap. betul ke ni url blog yana.. ehehe mmg marah benor bunyi nye.. tak penah2 yana cakap kasar gini ;P

yana, kalo nk tau org yg suka merendah2 kan org tu sebenarnya cuma nak menutup kelemahan diri dia. bila dia selak kain si A, orang ramai akan tengok ke arah si A je lah! Sedangkan dalam kain dia sendiri hancing busuk penuh cirit yg kuning2..opps!

ayat tak sesuai untuk budak bawah umur..ehehe

jd tulah perumpamaannye. fyi, syuq rs mcm kenal budak tu. budak unikl gak mcm syuq tp dia branch miat rasenye

liyana aziz said...

@syuQ,syuq kenal ek?? mmg dak unikl rasanya, tapi dah habis study dah kot?? entah la.. yana mmg mara syuq, banyak kali dah dia kondem akak, pasal earth hour lah, pasal profile pic akak kat FB la.. akak ckp dia mmg dah berubah... entah lah.. cuma harap dia terus jadi macam tu... berubah ke arah kebaikan, bukan keburukan..

luvly mya said...

erk..kawan ke macam tu?x supportive langsung!

liyana aziz said...

@luvly mya, hmmm, betul tu.. whatever it is, support la kawan kan, at least ia bertujuan ke arah yg baik, give support, bukan nak jatuhkan semangat.. entahlah, manusia manusia

fara said...

sabar jelah yana ,
macam2 owg kat dunia nie :)

liyana aziz said...

@fara,tu la kan?? macam2.. =)

buyat(bebola tomato) said...

cmane nk kome??
erm actually maybe org 2 nk melawak je...
tp lawak die mlampau

liyana aziz said...

@buyat(bebola tomato), betul tu, maybe dia nak melawak tapi dia sangat melampau sebabnya berkali2 dia melawak macam tu..