Salam.
Malam semalam, keadaan agak dingin, cuaca Yana rasakan sangat baik, alhamdulillah. Malangnya sekali suasana yg baik itu makin menambahkan rasa sayu Yana, sampai mengalirkan air mata. Ada sesiapa tengok Imam Muda tak? *program baru yg menarik hati Yana*
Lagi nonton Imam Muda langsung menangis
Mengapa begitu? Hati Yana tersentuh apabila Imam Muda Syakir tersingkir. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Baru nak suka2 tengok dia, yela, baru 18 tahun, tapi soal agama mantap! Salute habis dengan dia. Bila dia tersingkir, yg lain pun sebak, siap mengalir air mata lagi macam Imam Muda Aran *my fav* dengan Imam Muda Taufik *dari Mersing, bangga ooo*.
Btw, Yana tak tengok pun Imam Muda Kapsul tapi Yana pasti ada depan tv setiap hari Jumaat. Dan dan dan tadi,,,, pertama kalinya Yana sebak dengan penyingkiran Imam Muda. Minggu lepas masa Abe Syara keluar tak berapa sangat.
10 Peserta
Semalam diaorg punya task ikut sama dalam membanteras kegiatan yg tak bermoral *maksiat*. Macam last week, ikut polis dalam operasi mat rempit. Bagus kan? Bukan senang nak dapat pengalaman macam tu. Yana pretty sure that mereka akan kenang sepanjang hayat even dah terkeluar nanti. Apa pulak minggu ni punya task ek?
Yana suka program ni, sejuk hati bila tengok. Besides that, Yana dapat banyak info di samping dapat memantapkan pengetahuan Yana dalam hal ehwal agama ni. Ouh, lagi satu kan, Yana suka sebab dapat berangan *sila abaikan kerana semamangnya Yana kuat berangan*.
Tau tak apa yg Yana berangankan? Yana berangankan what if Yana dapat si Adam yg mempunyai ciri2 yg sama dengan semua Imam Muda. Sejuk betul perut ibu mengandung, tetapi kalau jodoh Yana seperti mereka semua, wahhhhhh.... Penyejuk hati betul. =)
Tapi bila fikir2 balik, lelaki yg baik dijodohkan dengan perempuan yg baik dan begitulah sebaliknya. Layak ke Yana? *sambil termenung memikirkan diri ini* Allah SWT maha adil, setiap manusia dijodohkan dengan pasangan yg sepadan juga secocok inner outer.
Berserah sajalah. Semoga jodoh Yana juga mempunyai nilai2 yg baik supaya dapat memimpin Yana yg agak kurang juga kerdil di sisiNya. Amin.
Eh, apa ni jodoh2??? Muda lagi, long journey to go. Ada banyak pancaroba yg perlu Yana tempuhi, pengetahuan tentang agama jugak cetek ada hati ye nak kawen!!! *dushummm, tumbuk muka sendiri*
"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH'
p/s : gambar rajah sumbangan cik google
Blogger Templates
2 comments:
tettttttttttt.......ke tgk imama muda sbb dia????lain nih...hehe
@Parkcheek Chun Li, uish, mana de.. maksud yana kan, baru nak support syakir, tapi dah terkeluar,, yela sebab yana support Aran sebelum ni.. bila dengar dia baca khutbah, perghhh, menusuk tu.. =)
Post a Comment