Monday, March 16, 2015

DAH BOLEH KAHWIN! HIKHIKHIK

Assalamualaikum

Haaa, kemain kan tajuknya? Kisahnya segala dokumen nikah kahwin dah setel! Phewww!

Today annual leave, so memang nak setelkan kasi licin. Alhamdulillah everything went well.

Anyway prosedur nak isi borang ni semua thru online web JAIS and once setel, boleh print but do not sign any of them just yet.

Kena pergi depan PPN baru boleh sign. Kalau macam kita, PPN area rumah tak ada perlantikan baru. So kena pergi PAID, seksyen 10. Dah dapat sign PPN terus pergi masjid Shah Alam sebab nikah kat sana.

Kakak kita isikan sebab tulisan kita memang failed!

Untuk nikah kat masjid Shah Alam, sewa dewan nikah dalam rm100. Bayar kat pejabat pentadbiran masjid. Nak mudah refer flow bawah ni.

Isi borang nikah online (lelaki & perempuan) kasi lengkap > dapatkan sign PPN daerah rumah korang > dapatkan surat kebenaran nikah di PAID (bayo rm10) > pergi masjid shah alam > pilih katering (bayo rm100 utk dewan nikah)

Nak mudah print checklist, dari web JAIS

Untuk katering nikah, hanya panel katering yang terpilih. Plus kalau nikah Sabtu/Ahad, kena makan luo kt khemah. Kalau weekdays baru boleh guna dewan makan, rm300. Boleh refer masjid Shah Alam punya web.

Recommended Masnizam Catering punya menu, PR bagus

Okay, rasanya semua dah complete untuk dokumen, sekarang dah boleh fokus untuk segala outstanding budget. Ni part paling mencabar kegigihan!

Harap segala yang kita coretkan kat sini dapat bantu b2b especially yang stay Shah Alam dan nak nikah di Masjid Shah Alam. Kita past few weeks asyik google macam mana nak setel sebab sedikit celaru. Tapi bila dah lakui sendiri rasa mudah. InsyaAllah

Till then.


Tuesday, March 10, 2015

CHECKLIST WEDDING PREPARATION, PERLU/TAK PERLU?

Assalamualaikum!

Untuk checklist wedding prep, kita download je dari syokkahwin.com. Selain tu ada beli majalah Inspirasi Pengantin. Banyak bagi tips, macam mana nak mula, do & don't semua.

Frontpage checklist booklet kita

At the moment kita belum tick lagi. Padahal sepatutnya 6 bulan sebelum dan boleh semak checklistnya jadi nanti tak kabut sangat. 

Sebenarnya checklist ni guideline je. Kalau rasa malas boleh sentiasa google apa yang kita kena buat within 6 months till a day before the big day. Ramai je exb2b and b2b yang dah update, it's a basic thing after all. 

Yang best ttg checklist ni ianya memudahkan so tak ada yang miss out. Dengan adanya checklist, sikit sebenyak membantula. Yela macam2 kot nak fikir lelagi makin dekat ni. Sumpahan bridezilla! 

Jadi terpulang pada bakal2 isteri orang. Dah nak jadi binik orang so decide yang mana korang boleh g. Go w the flow atau step by step. Liyana memilih untuk me'mrint' checklist cuz she's toooo particular! 

Esok update lagi satu persatu. La ni nak beradu. 

Selamat malam bulan bintang!