Wednesday, June 29, 2011

Friday, June 24, 2011

BILA SEBUT TENTANG AYU RAUDHAH . . .


Ok, aku suka Ayu Raudhah, so what? 

Dulu² aku kurang ambil tahu tentang Ayu Raudhah? Siapa dia? Eleh, akak dia jadi pelakon, dia pun nak join sekaki. Lepas tu hot dengan cerita cinta-yang-tak-kesampaian dia dengan Pekin. Aku ok² je, setakat Pekin kan. Apa ada hal?

Tapi semua berubah bila aku tengok dia berlakon cerita Nur Kasih TV series tu. Ya Allah, cantiknya dia berhijab. Aku rasa kan, manusia kepunyaan Allah SWT ini memang cantik bila berhijab, rugi siapa yang tak tengok dirinya depan cermin berhijab, mesti superb!

Oh, balik pasal Ayu Raudhah, memang aku mengadap hari² cerita Nur Kasih. Bukan sebab ada Remy Ishak je, tapi sebab Ayu Raudhah. Ehem, Muncet aku pernah tengok satu gambar aku, dia cakap macam Ayu Raudhah. Habis kembang semangkuk, celah mana entah yang sama, celah bedah agaknya.

Mampu tak??? Sebelah Ayu Raudhah Original!
Over tak over? 
(^_*)

So bila ada Program Induction, aku bagi nama samaran pada freshies perempuan, Kak Ayu Raudhah. Ini buka cubaan, ini betul²! Sampai sekarang pun ada yang panggil aku Kak Ayu! Pergi kandang *bukan kandang rimau* sebab nak isi perut, tibe ada yang terjerit Kak Ayu, Kak Ayu! Feeling ala² fans kejar² minta autograf. Heyp! Malu hakak dik non! 

Ha, percaya tak?
*gelak sorang²*

Wah, siap kau tanya Zaquan, dik? Ni yang buat Kak Ayu lara ni.
Dia tengah seronok² dengan Ayu Raudhah original.
(T______T)

Tengok??? Ayu lagi. Blushing hakak dik oiiiii! 

Kemuncak cerita tentang Ayu Raudhah bila berita dia nak kahwin dengan football player a.k.a. buahhatipengarangjantungakuyangtakjadisebabdirembatduluolehayuraudhahoriginal, siapa lagi kan, one and only hubby dia lah! Zaquan Adha! Mencik makkk! Terliuq tau! 


Tak nak cakap banyak! Jealous! 
Nak pergi nangis sorang², 
biar my Zaquan a.k.a. my Muncet yang pujuk!

HokayTqBabai

Wednesday, June 22, 2011

Sunday, June 19, 2011

JEJAKA KACAK SI PENCURI MASA SEPANJANG MINGGU INI


Saya Suka
Cinta Musim Panas
Pergi dan Mati
Menangis Saya Sungai
*guna google translate punya pasal*

Rindu tak rindu kat entry panjang aku? Maklumlah, sekarang busy dengan induction, kena jaga anak² ikan yang hot, adik² perempuan yang agak hot stuff. Ehemm, akak faci part 5 tuuu, habis senior dah kat Puncak Perdana, Kak Ana @ Kak Ayu Raudhah! Nama tipu² aku, mampu kau? Ayu Raudhah sangat. Tang mana pun tak tau.

Lani tengah demam K-POP A-POP and surprise² group aku, CREATIVE LOVER @ CLOVER dapat Justin Timberlake. Phewwww! Jadi hampir setiap masa, lirik² lagu dan muzik² JT berlegar dalam otak. Jenuhhh!

Tak pernah rasa kewujudan Pakcik ni seumur hidup

Ha, sebelum ni aku tak pernah perasan JT ni, ate, tak minat sangat. Balik² nampak Edward Cullen *aigoo, tibeee* So bila dapat genre ala² JT ni, memang kena la buat research demi junior tercinta kan? Alhamdulillah, almost done. 

Seminggu ni aku teman adik² tu semua praktis menari. Sumpah terharu sebab depa bagi commitment yang superb! Baru ajar step, tak sampai 24 hours dah boleh ingat. Harus lah kan, kalau tak bukan student Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik  laaa. 

Hari ni *Ahad* last induction. Even penat macam nak mammm, even rasa nak quit jadi faci tapi benda dah nak sampai hujung dan aku sangat lega sebab tugas aku akan berakhir dan yang pasti aku akan rindukan mereka. Gambar group CLOVER akan di upload kalau berkesempatan.

Harapan aku as faci mereka yang ala² Ayu-Raudhah-Tak-Jadi, semoga Chong, Adi, Fizo, Acap, Aiman, Fara, Dayah, Su, Mira, Ira, Sahida, Shira, Sya, Alin, Putri & Sara dapat ingat step, dapat buat dengan synchronize, sharp and etc. Kak Ana sayang korang sangat². *macam depa baca luahan hati secara diam² ni*

Gambar curik masa jadi AJK Finishing School
*menyelit kat blog sendiri, AYURAUDHAHTAKJADI*

Awayyyy, menangis senyap²

(T____T)

Wednesday, June 15, 2011

Friday, June 10, 2011

AKU MANUSIA BIASA, AKU REDHA

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, kita tercari-cari dimanakah matahari, rupa-rupanya Allah hadiakan kita pelangi yang indah"

Dua tiga hari lepas, aku sangat kusut. Aku rasa aku loser, aku rasa aku useless, aku rasa aku tak kuat nak hadapi semua yang berlaku. Tipulah aku nak update entry dengan semua entry happy² tapi aku manusia biasa, cuba kawal segala emosi.

Aku ingat akulah yang paling teruk terabai, kusut dengan segala apa yang sedang Allah SWT uji. Alhamdulillah, Dia masih sayang aku jadi Dia beri sikit ujian. Bila  aku makin sedih, makin banyak Dia nampakkan bahawa bukan hanya aku punya masalah, kekusutan aku tak teruk mana dibandingkan mereka kat luar sana.

Si dia yang lebih hebat ujiannya, si dia yang kusut fikirkan segala masalah. 
Apalah sangat dibandingkan dengan aku. 


Muncet, "Janganlah menangis... Bukan tak boleh setel masalah tu"
Aku, "Kamu tak faham, orang yang mengalami"
Muncet, "Kalau marah nanti, tak nak tegur pulak, 
cuba cerita, share dengan orang, ni tak, simpan sendiri"
Aku? Bunyi cengkerik!

Ha, tadi aku balik rumah. Suppose aku tak boleh balik sebab ada induction freshies! Ingat tak dulu² aku pun kena induct? Kali ni batch aku pula yang induct sebab kami kan super senior! Tetapi disebabkan hal² yang mengusutkan, aku minta Muncet pick up aku kat Puncak.

Perbualan tu masa on the way nak balik. Sumpah aku cuba kawal untuk tak menangis, aku memang tak gemar dia tengok aku menangis, tak tau kenapa. Aku tak nak dia ingat aku sorang gadis yang ciwek! Alhamdulillah, dia sangat memahami. Dalam menangis² sempat aku gelak sebab dia buat lawak! Ceittt!

Oh, tadi aku tengok Imam Muda, tentang "DI AMBANG KEMATIAN" banduan akhir. Ya Allah, ada mereka yang teraniaya tapi itulah jalan yang Allah SWT dah tetapkan untuk mereka, mereka tak rugi tetapi mereka lebih beruntung berbanding kita yang hidup di luar jeriji besi sebabnya mereka ada masa untuk bertaubat dengan lebih beristiqamah. 

Then suddenly, akak aku bukak cerita tentang kawan dia. Aku tulis kat sini bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi peringatan untuk aku dan seluruh umatNya. Aku harap lepas ni aku akan lebih bersyukur dengan ujianNya. InsyaAllah.

Kawan kakak aku, Kak W, menangis² cerita tentang abang dia yang ditangkap sebab dituduh mengedar dadah hanya kerana menumpang di rumah kawan yang rupa²nya pengedar dadah. Sekarang mungkin kat penjara Sg. Buloh. Lebih buat aku sebak bila akak cakap, abang kepada Kak W baru saja je datang dari kampung sebab nak carik kerja *macam dalam drama kan? drama adalah cermin kehidupan kita*

Ya Allah. Sebaknya aku rasa masa akak cerita, nak² tengah tengok Imam Muda tentang seorang banduan akhir. Kak W kata kalau nak hire peguam at least ada RM30k dalam tangan. MasyaAllah. Dengar macam berat jugak kes tu. Apakah salah pilih kawan? Wallahualam.

Dari cerita akak, sekarang aku lebih tenang sebabnya beban dan kekusutan yang aku alami dapat di"convert" kepada rasa bersyukur kerana ujian yang aku alami ni bukanlah teruk sangat. Masih banyak umatNya diuji dengan lebih berat lagi. 


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)

Wednesday, June 8, 2011

Saturday, June 4, 2011

PELUANG DALAM HIDUP


# Guna sebaiknya

 Tak semua orang dapat peluang apa yang orang lain dapat,
tak semua orang jugak berasa peluang yang orang lain rasa.

Aku percaya, setiap orang ada peluang,
cuma cepat atau lambat.

Jalan hidup setiap orang berlainan,
tak perlu kita ukur dengan jalan hidup kita.

Kadang² kita terpaksa lupakan peluang yang ada.
Bukan kerana kita bodoh atau kita tak pandai gunakan peluang tu, 
tapi disebabkan tuntutan sebuah pengorbanan yang lebih berharga.

Aku bukan korbankan peluang aku untuk kepentingan diri aku sendiri,
aku korbankan peluang aku untuk kebahagiaan mereka.

Untuk kau, kamu, korang yang tengah baca,
gunakan setiap peluang dalam hidup korang dengan baik.
Tak semua orang berpeluang untuk rasa peluang itu.
*heyp, dah macam KELLY dah aku cakap*

# Selagi aku masih bernafas, selagi mereka masih ada,
selagi itu aku akan gunakan setiap peluang untuk kesenangan dan kebahagiaan mereka.

Friday, June 3, 2011

MY SECRET WISH FROM ALMARI SI PARI²


# She's my senior during sekolah rendah.

To Eny, thanks for the invitation in the previous entry.
Sorry agak lambat nak join sebab kesuntukan masa dan line yang agak tak kencang.

Hit the banner to join the contest

Buat entri bertajuk My Secret Wish from Almari Si Pari-Pari dan dalam entri tersebut, nyatakan perfume kegemaran anda atau perfume yang anda inginkan serta sebab-sebabnya..

It's one of the term and conditions. So this is it. 
My favorite perfume goes to Adidas Fruity Rhythm!

Sangat sweet and yummy! 
Since I love floral and fruity fragrance, I've chose this one.

Tak ada alasan untuk tidak memilih Fruity Rhythm 
kerana ia mixed up everything, all in one.
Ada raspberry, blackcurrant.
Instead of those fruits, ada cyclamen & freesia jugak.

By the way, the fragrance reminds me of HIM.
When I first met him, I was spraying the Fruity Rhythm and he love that scent.

Selain tu, haruslah sebab warnanya! Warna pink kan. 
Used to be my favorite color.

Since sekarang still belajar, rasanya harga untuk satu unit Fruity Rhythm sangat affordable.

Baunya sangat sesuai untuk semua aktiviti. 
Nak pergi kelas? -CHECK-
Nak pergi bersukan? -CHECK-
Nak pergi berjimba? -CHECK-

(*_^)

Kalau ada sesiapa yang interested nak join and for further details regarding this contest,
tekan je banner kat atas tu hokeyh. Tarik tutup untuk join secara officially belum ditetapkan,
so better cepat ek. Hadiah? Klik banner kat atas tu ok.