Friday, June 25, 2010

POLLY POCKET vs YANA

Salam.

Hari ni Yana nak jadi kanak2 Ribena kejap. Yana nak tanya anda semua, banyak tak mainan anda masa kecik2 dulu? Kalau Yana kan, sampai tak boleh dibilang dengan jari. Yana ada barbie doll, Yana ada baby doll, Yana ada playdough dan yg terakhir *masih boleh bilang dengan jari* Yana ada Polly Pocket!

-Ni PP Yana yg pertama, mama beli kan-

-Ni pulak PP yg kedua, cantik kan? Lebih updated-

Tau tak apa itu Polly Pocket (PP)??? Ianya adalah sejenis permainan comel buat kanak2 perempuan, sangat comel tau! Semalam Yana terjumpa PP ni bila bongkar2 bilik Yana. Yela, sejak dah jadi gadis dewasa *dewasa ke?* Yana campak entah mana2 je semua permainan tu.

Jom, Yana bawak anda tengok2 benda alah yg sangat comel ni. *please jangan menguap ek?*
.
.
.
.

Tadaaaaaa!


Cantikkan kat dalam box PP ni??? Actually ada macam2 jenis taman/rumah dalam box ni tapi Yana hanya ada dua je. Kat mana agaknya nak cari PP macam ni lagi??? Macam nak kumpul je Yana rasa.

Kita tengok satu2 gambar ye? Firstly Yana nak preview PP yg pertama Yana dapat. Then later on kita tengok PP yg kedua pulak ek? Jom, jom!

Ni ruang tamunya, kecik je kan? Tapi comel sangat.

Living room

Tengok ni, tu la owner of the PP yg pertama ni. Ada tangga nak naik ke bilik tuuu!

Ni pulak dapur, ada oven, siap ada kek lagi.

Yana suka part ni, katil dia tinggi gila, bawah pulak ada wordrobe.

Wordrobe

Sebelah katil tu ada mirror, boleh letak the owner then boleh pusing2kan depan mirror.

Ada kawan la, yg lagi satu tu, owner PP yg kedua, ala2 princess you!

Okay, habis keliling PP yg pertama, jom kita preview PP kedua. PP yg kedua ni pun mama yg belikan Yana. Actually PP yg kedua ni ada horse tau, tapi dah hilang, benda kecik kan, senang hilang, nak2 Yana ni bukan cermat sangat masa kecik *dolu2 je ek, sekarang ni sangat cermat okay?*

Siap ada waterfall lagi dalam PP ni, Yana suka buaian dia, comel je.

Kan betul, comel kan? Ala2 princess punya, ada bridge. Nampak tak ikan?


Boleh lepak2 bersama the owner yg pertama tepi kolam. =)

Sekarang ni Yana nak preview part lagi satu PP yg kedua ni. Part ni ada bilik tau, katil untuk baring, cuba cari kat mana??? Dia tersembunyi tau. Cepat, cepat, cari biliknya okay?

Dapat cari tak biliknya? Dapat tak dapat? Dah ready? Jom!
.
.
.
.
.
.
.

Ha, tu biliknya, ada bawah bumbung tu, boleh flip kan bumbung tu.

Nampak tak dalam bulat tu apa? Ada tapak kaki horse yg hilang tu. Sedihhhhh!

Okay, enough for today, till next time. I want to sleep babeh!

-----------------------------

Berbeza kan PP pertama dan kedua??? PP pertama tu besar, siap ada dapur. PP yg kedua ni pulak, ala2 Snow White dengan 7 Dwarf punya rumah, tak ada dapur tetapi ada taman yg cantik boleh lepak2. =)

Sekian dari Yana. Kreatifkan pencipta PP ni, sesuatu yg menarik untuk disimpan, nanti boleh wasiatkan pada anak cucu pulak nanti. Tahan lama tau. Masa Yana umur berapa entah mama belikan Yana, tak ingat la pulak. Terasa sangat beruntung kerana dapat memiliknya biarpun hanya ada dua. *permainan yg lain2 tak dapat diselamatkan*

p/s : kalau jumpa kat mana2 tolong beli ek? Trimas! =p

Blogger Templates
Blogger Templates

12 comments:

DiNa-DiaNa said...

comeynye...
akak nak jugak..
tak penah jadi bahan koleksi pun..sbb tak mmpu beli..

even dah umur 23thn pun..
but i'm still feel youngest then my age..
hehehehe..

SYAFIQA SHAFIE said...

nak jjugak!comel nye pp pertama tu,.hehe

ubi said...

mmg budak2..huhu

Parkcheek Chun Li said...

igtkan cpmpact powder....heheheee....

mcm2 ada dlm PP tuh????

kalau budak laki, asik kete je la...hehehe

liyana aziz said...

@DiNa-DiaNa, comel kan? yana tengah nak cari katne lagi ada jual.. huhuhu.. suka la kumpul ni... ye ye, youngest, kita masih muda... huhuhhuuhuu

liyana aziz said...

@SYAFIQA SHAFIE, nak jugak ek?? kongsi la ngan yana... huhuhuhuhu..

liyana aziz said...

@ubi,normal la.. ate masih budak2, mmg suka simpan, kenangan ooooo

liyana aziz said...

@Parkcheek Chun Li, compact powder?? hahahaha... serupa ek?? ha'ah kan, dak lelaki kereta dgn lego.. pakcik lak??

little cart00n said...

nk pinjam!!!nk main ngn nouha!leh x?hahah

liyana aziz said...

@little cart00n, uish, ada dua org nak pinjam ni, t gilir2 la.. hahahahahha.. boleh, bg nouha.. best men ni, cakap sorg2 sambil main... =)

.Am-OH-Am. said...

saya ada tau dulu masa kecik2!
:)

liyana aziz said...

@.Am-OH-Am., ada ek??? simpan x?? leh share2.. nak tengok..... =)