Wednesday, June 23, 2010

ALAHAI, PASANGAN MUDA...

Salam.

Lately ni ramai yg kahwin muda kan? Bersedia ke mereka? Tahu ke apa yg menanti mereka lepas berkahwin? Bagi Yana kahwin muda ni ada pro & kontra. Yana tak nak komen lebih2 pasal kahwin muda ni, sebab Yana sendiri belum kahwin.

Yana just nak mintak sangat yg kahwin muda, esok lusa kalau ada anak, didik dengan betul, ajar benda yg elok2, tapi tolong, mintak tolong sangat2 janganlah spoil anak2 anda. Yana bukan apa, takut dengan cara budak2 muda sekarang didik anak. *uish, macam kaunselor berpengalaman kan?* =)

Memang, itu anak mereka, hak mereka nak didik macam mana, but at least, biarlah anak tu membesar dengan elok, biarlah jadi anak yg boleh anda banggakan sebab budak2 tu nanti jadi pendukung negara *wah, ayat yana!*

Entry kali ni Yana nak luahkan rasa kecewa bila hal ni terjadi. Ada la pasangan muda ni, 20-an, dah dua anak mereka. Dua2 lelaki, kecik2 lagi budak ni, comel2 pulak tu. Malangnya, Yana rasa yg sulung tu sangat spoil! Bukan Yana nak cerita aib orang, tapi biarlah kita ambil iktibar dari hal yg Yana nak ceritakan ni.

Yg sulung tu umur 4 tahun. Hari tu dia tengah dengar satu lagu kat telefon si ayah. Mula2 tak jelas liriknya, mungkin lagu yg di'belutut' je kan. Tapi bila si budak ni nyanyi dan lirik yg kedengaran oleh mama jelas dan nyata menyebut perkataan p**i. Budak tu sebut okay!!!

So apalagi, mama terkejut la. Tetapi yg lebih buat mama geram bila si ibu tu, boleh bantai gelak2 dengar anaknya nyanyi lagu tu, seolah2 ianya satu hiburan yg konon2 lawak la or bangga la anak dia nyanyi macam tu.

Mama cakap la dengan si ibu, kenapa bagi anak dengar lagu macam tu, tak elok, budak baru umur berapa, tak faham apa, tapi apa pandangan org kalau dengar anak dia nyanyi macam tu? Si ibu jawab, kalau tak bagi anak dia nangis. *budak tu memang suka menangis kalau tak dapat sesuatu*

Nah, tengok si ibu cakap apa??? Kenapa mesti ikut sangat cakap anak? Bila larang sikit, nangis then bagi yg budak tu nak, pujuk dengan cara tak betul. Macam mana anak tu tak spoil? Esok bila besar, mintak benda yg bukan2 takkan nak bagi jugak???

Bukan sekali dua Yana tengok si ibu dan si bapa turut apa yg anak mereka nak, mesti dapat punya la, hentak2 kaki sikit, nangis kuat2 sikit, terus cair beb! Tolong la, ada benda yg boleh kita ikut dan ada yg tak boleh. Kenapa mesti nak ikut sangat kepala budak2 ni. Cukup2 la dengan remaja sekarang ni, janganlah tambah lagi.

Entahla, bukan pasangan ni je, ada lagi yg Yana tengok sendiri depan mata, macam mana mereka spoil kan anak mereka. Yana sendiri tak faham dengan sikap sesetengah pasangan muda zaman sekarang ni. Mungkin mereka kurang pendedahan tentang cara didik anak dengan betul.

p/s : Semoga jadi iktibar buat kita semua okay?

Blogger Templates
Blogger Templates

17 comments:

Mimi Saidi said...

tgk blog ni http://ifatasya.blogspot.com
kawen muda, masih 6teen tp dah bersuami..

PMOfficial said...

skunk ni, anak2 mmg selalu dimanjakan sgt. even anak buat pakcik pun manja sgt. xleh baru marah ckit, pakcik yg kene mrh dr nenek atau mak dia...ni bkn psl kte sj nk marah2, bnd yg tak betul kene la tegur. kalau dorg main kaki ke, tampar ke, ite kena pukul kat tgn dier atau kaki dier blk. jgn la kuat2, sekadar bg dia rs skt sj.

tp mmg tak dinafikan, kalau kite tegur anak org buat silap, kita blk kene yana. cuba tgk cekgu kat sekolah tuh, anak murid kurang ajar, bapak dorg saman cekgu pulak...budus tol...

Misshy Innz said...

huii
bahaya neyhhh.
lama2 sok jadi ape plak bdk tuh.
esh3.

Unknown said...

thanx yana

unknown said...

masih belum cukup berpengalaman la tu.. jd yg brpengalman, baik nasehatkn mreka demi kebaikn.
:)

liyanaziz said...

@mimi saidi, yana ada follow dia.. heheheh.. salute gak kat dia bila dia jawab segala macam yg org lempar kat dia dengan wisely.. =)

liyanaziz said...

@I n n z, tula, yana betul2 risau sebab sekarang ni budak2 bukan boleh manja sangat, hancur nanti. mintak jauh la..

liyanaziz said...

@Parkcheek Chun Li, betul tu, jangan nak diamkan bila dia dah main kaki tangan ni, yana pantang betul.. yela, bukan saja2 nak marah, marah bersebab kan.. tapi zaman sekarang, dah x boleh nak ditegur, esok2 kita yg kena marah balik tau..

liyanaziz said...

@♥ifa tasya♥, ur welcome ifa, sok2 ada anak jangan ikutkan sangat okay?? kalau benda yg betul nak ajar x pe.. may Allah bless both of you ek dear? =)

liyanaziz said...

@ubi,agaknya la, kita x tau kan, tapi kalau dah sampai dua anak2 tu, better jaga2 sikit, takut nanti dah besar x leh handle lak.. =)

edaolala said...
This comment has been removed by a blog administrator.
edaolala said...

i setuju. kadang2 i tak paham dengan pasangan yang kawen awal. kalau dulu2 mungkin boleh terima tapi sekrang macam erkk.. mybe dah jodoh mereka. tapi lebih baik kita kawen time kita betol2 matang dan sedia kan :D hihi

Traveler said...

masalah!masalah,.huhuhu,.pe nk jadik dunia skang ni

"ana" Muslimah ♥ said...

salam.. nauzubillah... hrap2 ank2 kita t xjdi cmtu.. huhuu..
~> bkn ank mreka yg kwen mda ja jdi cmtu, mreka yg da brusia pn msih ada yg wt cmtu.. huhuu..
~> kalu mak ct, ciap la wt cmtu! hehee..

p/s ; kalu ajin search ini yaa.., ;)
http://dunia-ctie.blogspot.com/2010/06/tag-by-yaya-contest-mata-mempesonakan.html
wassalam..

liyanaziz said...

@edaolala, sampai post dua kali u punya komen.. heeee.. i padam satu ek.. betul, dah jodoh, tapi bila dah sampai seru tu, make sure everythings well prepared, mental dan fizikal.. cabaran yg sangat besar menanti.. =)

liyanaziz said...

@SYAFIQA SHAFIE, entahlah, macam2 ragam kan?? =)

liyanaziz said...

@Cik Ct Fadzil™, betul2, bukan setakat yg kahwin muda actually, yg kajwin dah matang pun buat hal yg sama ark?? sama la, kalau mama yana pun sama tau.. =)