Friday, March 11, 2011

. BILA² MASA SAHAJA .

. dunia berputar .


Aku berdebar, aku sebak, aku takut tapi tiada sebarang respon. Sana sini orang bercerita tentang gempa bumi di Jepun, ada air yang ganas telan habis semua kereta, rumah, kapal, bot dan bangunan. Aku masih diam tanpa respon, diami sofa empuk dengan baju kurung tak bersalin dari pagi.

Kun fayakun. Allah SWT dah berikan kita lagi satu peringatan. Sekali lagi aku terhantuk. Terhantuk tapi tak berdarah, jadi aku masih diam. Tunggu dan lihat. Tapi sampai bila? Sampai Matahari terbit dari tempat terbenam? 

Menangis kecil, kerdil sekerdil-kerdilnya. Takut, hina sehina-hinanya. 3 gempa bumi, antara 10 tanda kiamat sudah dekat. Lepas ni kat mana? Timur, Barat, Semenanjung Arab. Sumpah, terasa kiamat sudah dekat. Mungkin dah tiba masanya.

Lumrah manusia, mungkin rasa insaf ni sekejap, lama² nanti hilang. Antara status kawan aku kat FB, "Ala..takut ni sekejap je..lama-lama nanti bila dah lupa buat maksiat balik la". Betul cakap dia, dan aku setuju, ini realiti, aku letak cermin depan diri, dan inilah aku. 

Maksiat, terlalu general, macam² boleh dikaitkan dengan maksiat. Nak cakap panjang pun tak guna, aku bukan seorang yang sempurna ilmu agama, tapi kebanjiran anak² zina jugak salah satu daripada 10 tanda kiamat. 

Sekejap sekejap sekejap ! Bertunda-tunda, tinggal-meninggal yang 5 utama [hanya 5- 6 minit] untuk rewards yang berganda-ganda, di dunia sebenar yang kekal [untuk selamanya]. For better or worse, it's reality.

. bumi sudah tua dan semakin memberhenti . 

13 comments:

Elie Lily said...

takut!
bila tgk laut gelora tu sume,terigtkan noddy di laut..
alahai.. :(

Nisa' said...

It's sad, indeed. Our faith has to be strong when tested in trying times like these.

eiela said...

tuh la, macam-macam hal jadi sekarang nih. risau jugak

Zulfahmi Abidin said...

hrmmm..harap2 bnde nie dapat jadi peringatan kat kite semua utk bertaubat.

Ora_Adzlin said...

yup. a bit scared now. Let's just pray to Allah s.w.t

:)

liyanaziz said...

@little cart00n
insyaAllah x de apa2... takut sangat!

liyanaziz said...

@Nisa'
yup! strongly agreed dengan kak nisa..

liyanaziz said...

@eiela
tau x pe, bukan risau sikit2 tapi banyak.. x pela, at least dapat ingatkan diri..

liyanaziz said...

@Zulfahmi Abidin
betul, sampai buat kita sedar betapa kita ni sangat kerdil dan betapa kuasanya Allah SWT..

liyanaziz said...

@Ora Adzlin
sangat takutkan.. doa banyak2 ok.. =)

~ NANA ~ said...

yana...kak nana pon takot sgt...mcm2 bencana alam skrg ni...rasanye mcm bumi dah tak lame dah

Nurulbadiah Lai said...

ini menandakan kita hanya seperti debu sahaja dimata Tuhan yang Esa...

dear..

kalu free..join lah my 1st contest kat blog k..dengan hormatnye invite u taw..join ye

Gabriel said...

kun fayakun.. semua nih kuasa dia..