Saturday, July 7, 2012

TAK PERNAH BERUBAH | TRUE COLOUR


Segala perubahan yang terjadi,
bukan kerana "manusia mudah lupa",
bukan kerana "manusia cepat berubah",
tetapi itu true color!

Mai nak habaq pasai true color dalam berpacaran,
macam pakar cinta kan? LOL

Mungkin dulu sebulan dua kenal,
tiga empat tahun kenal,
sifatnya masih cover²,
kalau boleh ayu, nak ayu lagi,
kalau boleh macho, nak macho lagi.

Masuk enam tujuh tahun,
mashaAllah, tak mampu nak cover lagi.

Masa tu baru keluar segala taring,
tanduk kalau boleh bercabang, bercabanglah.
Kalau dulu boleh cakap lembut²,
sekarang pantang silap sikit,
muncung panjang sedepa.

Hey, ini bercakap based on pengalaman tahu?
Haish, makin banyak konflik.
Belum masuk fasa one step closer ni,
dah macam² cerita.

Eh, terkadang fikir jugak,
silapnya di mana?
Salah siapa?

Naaa, ini salah!
Dalam berpasangan, jangan nak tunding jari ye!
Siapa salah siapa benar???
Harus muhasabah diri kamu dan pasangan.
Lebih baik, give and take,
fikir apa wrongdoing nya,
conscious & unconsciouly. 

Tak rugi tahu kalau saling memujuk?
Tak kisah la siapa yang punya angkara.

Antara saya & dia, sayalah angin puting beliung.
Katanya anak bongsu, mengada lebih je ni.
=_*   Opssyyyyy
tetapi, alhamdulillah.
Dia tahu macam mana mahu counter back,
sangat matang dan penuh sabar.
Lucky me! (Gedikness of me)

As conclusion, tolonglah,
jangan pernah fikir pasangan kita berubah
mereka bukan melalui perubahan, tapi...

Suka betul doodle Adilah, owner Blog Kerana Manisnya Epal
(Ehem, sengaja selitkan kat tengah² ni ha, muehheheeheh)

itulah diri mereka yang sebenar,
yang kita perlu tahu,
yang kita perlu adapt,
yang kita perlu terima,
jika dia yang kita pilih.

Pahit? Dalam hidup sentiasa ada pilihan.
Sama ada kita mahu terima seadanya,
atau mencari dan terus mencari sesempurna yang kita nak.
Sebelum tu fikir dulu,
tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni,
kesempurnaan itu milik Dia,
eh, diri kita sempurna ke nak pasangan yang sempurna?
Think think think!!!


Psstttt, tak faham betul kenapa certain words yang di'highlite' warna putih! 
Perasan tak? Ke tu perasaan kita je? Aigooo!