Wednesday, June 12, 2013

1 Syaaban 1434, 10 Jun 2013, Damailah engkau di sisi Dia

Abang Wan, 
Sara rindu abang sara
Sara rindu future brother in law (FBIL)

Rindu untuk teman akak pick up abang kat stesyen bas subuh hari
Rindu untuk ber'McD' breakfast seawal 5 pagi
Rindu untuk dibelanja tiket wayang, masih ingat tiket Transformers!

Hari raya tahun ni kitaorang balik Johor, tak dapat jamu abang
Tak dapat nak usik² abang, Sara tau kalau usik abang senyum je!
Manis!





2011


Abang Wan
Terima kasih kerana ada waktu susah senang kami sekeluarga
Walau masa ayah excident abang belum pun jadi tunangan akak, 
abang datang, belikan apa yang patut, tompang ayah!


6 Oktober 2012


Abang Wan
Sara ingat lagi abang sanggup datang dari JB sebab hari graduasi Sara
Sara nak semua ada, famili lengkap kita
Mama Ayah Kosyah Nana Akak Abang Wan Yusri
Sara happy, sebab abang datang! Terima kasih abang
Terima kasih jugak untuk printer pemberian abang 
Abang kesiankan Sara asek pergi cc untuk print, 
abang belikan Sara printer. Allah, mulia sangat hati abang



Sara dah tak ada FBIL
T_T



13 May 2012

Abang Wan
Tak pernah berkira dengan Sara kan?
Selalu layankan kepala Sara
Sanggup temankan Sara dengan kawan² dekat JPO 
Hampir sehari walau akak tak ada

End of 2012

Terlalu cepat abang pergi
Belum sempat jadi abang ipar Sara
Lagi tiga bulan. Kesian kakak Sara
T_T


27 Januari 2013

Abang Wan
Tahun depan Sara 23 tahun, insyaAllah
Doakan yang terbaik untuk Sara,
Sara tau abang tak pernah berhenti doa untuk Sara kan?

24 Februari 2013

Last time abang datang rumah mama, 
abang tak naik bas macam selalu dari JB, 
jadi tak dapat pick up dekat stesyen bas! 
Paling penting tak dapat dibelanja McD breakfast seperti kebiasaan. 


  
9 March 2013


Abang Wan
Kenapa ajar Sara dgn akak tengok bola di stadium?
Kenapa ajar Sara dgn akak lagu² nak sokong JDT???
JDT masuk final abang, 29 June ni, a day before Kosyah kahwin
Kalau abang ada lagi, mesti kita pergi kan? 
Sara suka tengok semangat abang kalau tengah menyokong!
Semangat habis orang kata
Abang, siapa lagi Sara nak ajak pergi stadium lepas ni? 


9 March 2013


Abang Wan
Dari Johor ke Shah Alam macam dari Shah Alam ke KL je kan?
Sara tau jarak tak jadi hal kalau dah rindu akak apalah sangat kan?
Sanggup datang jauh². Sara tau abang sayang akak sangat, vice versa.


31 March 2013

31 March 2013


Abang Wan
Baru tiga minggu lepas kita jumpa
Abang ajak pergi ukur baju wedding abang n akak
Jarang sangat kan abang dating berdua dgn akak?
Mesti Sara ada, sebab abang memang rajin layan Sara kan?
Adik kecik abang, walau hakikat berat hampir 200 pounds! 


Untuk yang terakhir kali  T_T
24 May 2013


Abang Wan
Sara tau, dulu abang selalu baca blog Sara.
Abang stalk Sara punya blog!!!
Tapi kali ni...
Abang tak kan baca lagi

Abang Wan
Sara ingat lagi, abang hanya akan tenang kalau akak keluar dgn Sara
Sebab abang tau kitaorang tak kan pergi mana²
Abang selalu mintak Sara tengok²kan kakak
Will do abang, always do walau tanpa suruhan abang sekarang
Jangan abang risau, tenanglah kat sana

Abang Wan
Sara tak suka keadaan sekarang
Sara rasa kekurangan
Famili kita tak cukup abang

Abang Wan 
Akak kata dia rindu, dia rindu abang
Bangun pagi tadi, dia menangis
Sekarang pun, dia cakap tiada suntikan
Akak kata dia penat
Apa yang patut Sara buat

Kehilangan. Gelap. Kelam.

Tak mudah untuk menerima kehilangan yang mengejut. 
Lagi² kehilangan orang yang kita sayang, yang kita rasakan amat rapat.

1 Syaaban 1434, bersamaan 10 Jun 2013.

Kata orang, bila Allah sayangkan seseorang, dia akan ambil dulu. 
Apatah lagi seseorang itu sebaik² umat. 

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 
Ye, harus tabah untuk akak. 
Terasa kehilangan arwah Abang Wan, kerana apa, terlalu banyak! 

Ya Allah, jadikan kami sekeluarga tabah dan redha 
Redha ketentuanMu, terutama kakak.

Ya Allah, kau tempatkanlah arwah dalam kalangan yang soleh
Luaskan kuburnya, terangilah kuburnya
Ringankanlah beban siksanya
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui lagi maha mengasihani

Al-Fatihah 

Ridzuan Asnawi (7 Jun 1984 - 10 Jun 2013)





Thursday, May 9, 2013

LIYANA, WAK YUS & PRE MARRIAGE COURSE

Tolong jangan [X], tolong jangan tenyeh mata, tolong jangan cubit² lengan tu, 
sesungguhnya entry ni bukan mimpi, entry ni realiti

Yes², tuan tanah kedaung ni dah menulis balik, tapi menulis secara pantas dan efisyen [eh betul ke eja? Ha, lantak situ]. Nak kasi entry ni sangat compact, let see how it goes ya? Cop, ada orang baca lagi tak ni? Aci tak kalau enable balik comment button? Kalau ada yang masih singgah, tolong drop comment, kalau tak rasanya dah boleh delete blog ni, ngeeee

Okay, move on, compact Liyana, compact! 

Sebenarnya nak bercerita, tajuk dah tulis, so tak  payah la nak berteka-teki. Liyana dah nak kahwin pergi kursus kahwin ye kawan²! Ha, nampak gedik tak kat situ tak menyabo nak kahwin? Wak Yus, tolonglah masuk minang [as if you read this love, bluerrrrh]. 


Untuk makluman, pergi kursus kahwin ni lepas kedua bakal ipar yang beriya suruh pergi. Hmmm, guess it's to early for us since we never have further discussion regarding our next steps. Kalau kata tak ada macam menipu, kau dah kenal 7 tahun, tipu tipu! Sikit² adalah *sigh*

So, after my FSIL book, end of April pun Liyana dan Wak Yus pun pergi kursus kahwin di Masjid At-Taqwa, TTDI. Masa hari kejadian hampir tak pergi, sebabnya Wak Yus tak bangun! Sepanjang perjalanan ke TTDI sana Liyana memang tak berhenti 'dendangkan' lagu untuk Wak Yus, geram punya pasal, lagi² depan Paradigm Mall sesak habis! Luckily registration mula pukul 1 ptg, kelas mula 2 ptg.
Alhamdulillah, pendaftaran setel dan pukul dua dengan ceramah dengan tekun, tak pernah okay Liyana dengar ceramah dengan tekun. LOL. Ceramah tak bosan, ustaz² pun best except for the last slot, ustazah, eyes half opened [second day]! 

Sepanjang dua hari kursus kahwin ni, actually banyak input, yela, kita first time nak kahwin, first time attend dengar ceramah macam ni, so keterujaan tu sangat lah tinggi. Lain daripada ceramah biasa. Heee... Kalau ada yang censored tu faham² la, masing² pun dah jadi suami isteri ye dokkk?

Organizer Kak Ana sangat peramah, hands on apa yang patut. Lembut pun lembut. Not to forget, the meals dari first day till second day superb yummehhh, alhamdulillah kenyang perut. Bread pudding Kak Ana sangat sedap. After all, sangat puas hati dengan kursus kahwin ni. Ada dua tempat actually, satu TTDI & satu lagi Putrajaya [handle by Kak Ana's hubby].

Liyana sempat makes friend okay! Meet my sweet little sister, Ummu Athiah. Guess what, she's only 19 years old and gonna marry soon [probably dah kahwin dah pun]. Walau hanya sempat berkenalan dua hari harap kita dapat jumpa lagi nanti Thia. 



Dan perkenalkan, ini Oman, nama betulnya Saifullah [agaknyalah, lupa sudaaaa]. Oman ni stay dekat Jordan dan study sana, jangan confuse, he's Malaysian, bukan orang timur tengah. Athiah's future hubby. Diaorang ni dikenalkan dengan family memasing, sweet bukan? Tak pernah kenal tak pernah jumpa suddenly tahu² dah bertunang. 

To both of them, may the marriage last till Jannah, full of barakah. InsyaAllah. Harap kita dapat jumpa lagi. Seronok dapat kenal dengan mereka ni. Entah lah, deep down rasa rindu dekat Athiah, dah macam adik sendiri [dia manja sepanjang dua hari kursus kahwin].

Last but not least, motif pergi kursus kahwin of course untuk preparation ke next steps, which marriage itself. But as for me, insyaAllah kalau ada jodoh cepat, cepatlah ia, kalau lambat, lambatlah ia. Certificate ni for a lifetime bak kata Kak Ana, dan semua orang tau. Mungkin pergi dengan Wak Yus tapi kuasa Dia masyaAllah, anything can happen. 

Dengan siapa pun akhirnya, sudahpun tertulis, tapi kalau boleh, walau Wak Yus bukan yang pertama, harap dialah yang terakhir. Tak larat nak bercinta bak hang. Semoga Dia tentukan sebaik² pengakhiran buat kami. Amin ya Rabb. 


Tolonglah Liyana, pipi tu tak boleh nak kecik dah! 
Wak Yus pun tau kalau tengah on the phone tetiba aye terletak, 
sure thing pipi pau tu yang touch END, bukan jari! Trust me! 



Saturday, March 2, 2013

FEBRUARY 24, 2013

Assalamualaikum!

19 November 2012 (Last entry)
02 Mac 2012 (Current one)

Ha, silalah kira berapa bulan dah LurfyLiyana tak ber'update'.
November Disember Januari Mac! 4 bulan tahu?
Sepanjang empat bulan, too many things at one time.
Bitter sweet moments terlalu banyak, let bygone be bygone.
Tak nak ingat! Yang buruk buang jauh², yang manis simpan dalam hati kan?
Tapi sekarang nak cerita perihal FEBRUARI!

Februari pun dah lepas tapi for sure, February 24 memang akan sentiasa ditunggu
dan selamanya diingati! Eheeemmm, Liyana is turning 22 y/o! 

Thanks mama and ayah, brought me to this world,
thanks to HIM, the almighty for giving me a good health till survive this far,
and for that, alhamdulillah

Liyana memang sangatlah suka surprise but this year tak expect langsung,
ada surprise birthday bash especially after Tok meninggal, a few days before my birthday.
Al-fatihah. Moga arwah Tok tenang di sisi Dia...

Pagi 24 Feb bangun macam biasa, sadis! 
Tak ada fishy thingy yang famili buat except for mama and akak yg pergi pasar tak balik²
even dah nak tengah hari. Bak kata ayah, borong satu pasar ke??? 

The  most heartbreaking moment is when other half have to go to work on her birthday! 
Like what??? What about romantic dinner? Pressies in advance??? 
Kita tahulah, other half takkan buat surprise, that's sooo not him! 

At the end, just ikut Abang and FSIL ke rumah sewa FSIL utk kemas² since she's moving out.
Liyana memang tak tahu malu, disebabkan hampir pasti tiada birthday celebration nor surprise, 
so she's decided to ask Abang to bring her to Wondermilk to have some cuppies! LOL
Birthday girl (lady Liyana I supposed!) mintak hadiah cuppies je, baik kan?

Ha, hamek 6 biji, semua selamat dalam perut Liyana

Around 3 PM, Liyana Abang & FSIL sampai rumah.
Super penat after tolong kemas kat rumah FSIL, so masa ni memang tak fikir apa, 
nak baring atas tilam empuk!

But surprisingly, bila bukak pintu terus dengar jeritan keramat,
"HAPPY BIRTHDAAAYYYYYYYYYY"
(the most exciting part, surprise birthday party, yeay me!!!)



Liyana dah berumur 22 tahun tapi birthday kalahkan budak sekolah tadika! LOL

Dan yang paling meaningful bila ternampak other half, he's here!!!
Pelik, tak nampak pun kereta dia tapi dia ada, sbb dia park jauh²!
Gigih nak buat surprise! Lol


Other half datang bersama indulgence


Happy birthday Yana &
Happy 7th Years Ontel (Ontel? Kejam!)

Dah puas semua mengisi perut, time bukak pressies! 
Kemain kaum kerabat, tak menyempat je nak suruh bukak 


Nahhh, mana tak hati tak girang tengok hadiah banyak macam ni even dah 22 tahun???

Liyana tak boleh control keayuan lagi

Fuh fuhhhh, macam² ada, 
macam mana lah Liyana tak meroyan???

Ya Allah, couldn't ask for more, truly blessed!
 (^-^)

Okay, jemari gemok dah kurus sikit, till then!!!