Monday, March 16, 2015

DAH BOLEH KAHWIN! HIKHIKHIK

Assalamualaikum

Haaa, kemain kan tajuknya? Kisahnya segala dokumen nikah kahwin dah setel! Phewww!

Today annual leave, so memang nak setelkan kasi licin. Alhamdulillah everything went well.

Anyway prosedur nak isi borang ni semua thru online web JAIS and once setel, boleh print but do not sign any of them just yet.

Kena pergi depan PPN baru boleh sign. Kalau macam kita, PPN area rumah tak ada perlantikan baru. So kena pergi PAID, seksyen 10. Dah dapat sign PPN terus pergi masjid Shah Alam sebab nikah kat sana.

Kakak kita isikan sebab tulisan kita memang failed!

Untuk nikah kat masjid Shah Alam, sewa dewan nikah dalam rm100. Bayar kat pejabat pentadbiran masjid. Nak mudah refer flow bawah ni.

Isi borang nikah online (lelaki & perempuan) kasi lengkap > dapatkan sign PPN daerah rumah korang > dapatkan surat kebenaran nikah di PAID (bayo rm10) > pergi masjid shah alam > pilih katering (bayo rm100 utk dewan nikah)

Nak mudah print checklist, dari web JAIS

Untuk katering nikah, hanya panel katering yang terpilih. Plus kalau nikah Sabtu/Ahad, kena makan luo kt khemah. Kalau weekdays baru boleh guna dewan makan, rm300. Boleh refer masjid Shah Alam punya web.

Recommended Masnizam Catering punya menu, PR bagus

Okay, rasanya semua dah complete untuk dokumen, sekarang dah boleh fokus untuk segala outstanding budget. Ni part paling mencabar kegigihan!

Harap segala yang kita coretkan kat sini dapat bantu b2b especially yang stay Shah Alam dan nak nikah di Masjid Shah Alam. Kita past few weeks asyik google macam mana nak setel sebab sedikit celaru. Tapi bila dah lakui sendiri rasa mudah. InsyaAllah

Till then.


4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Thank u untuk entry ni. Senang nak faham. Sangatlah membantu :)

Unknown said...

Salam awak. Sy nak nikah di masjid s.a jugak. Maksudnya kena setel borang everything baru boleh book dewan nikah tu la ye? Maksudnya semua hiv test, tandatangan wali& saksi,bawa mereka ke jais, everything dah settle baru boleh book dewan nikah masjid ye? Sy nikah bulan 12 tahun ni. Kena book berapa bulan sebelum ya? Sbb takut masjid sh alam cepat penuh. Sorry banyak tanya. Ur help is appreciated. Thank youuu <3

Nur Fannun said...

wah, tahniah!! bila majlis langsung nya tu?

Nur Fannun said...

bila tarikh nikahnya?