Saturday, June 23, 2012

Take A 1st Step in Faith | BERCINTA > BERTUNANG > BERNIKAH



Orang tunggu kamu pinang orang
and only then masa nak akad, 
baru boleh jumpa. 
Boleh? Erk, permintaan apakah ini? 


Kalau dulu orang di Penang kamu di Klang, rasanya alhamdulillah.
Tak pernah jumpa, jarang on call, sms apatah lagi.
Memasing sibuk dengan PMR, lepas PMR kamu masuk teknik, dan setahun kemudian SPM.
Kalau nak call pun, guna public phone! Very the classic kan?

Haish, kenapa mesti ada pertemuan?
Bukan menyesal, tapi better jumpa after confirm nak jadi kekasih yg halal.
Pasti lagi manis saat tu bukan?

Pertemuan after three years, fuhyooo, lama okayh?
Sangat tak sangka, dan Secret Recipe SACC jadi saksi, chewahhhh!
Muka kamu sangat budak² masa tu, tak comel langsung tapi comot.
Dan orang, zaman kerja SR la zaman paling ter'hot',
facial jaw bone sangat terserlah, tak barbie tak teddy bear sangat,
just nice!!! LOL

Erm tapi kalau kita tak jumpa pun, kita tak kenal dan tak kan jadi rapat macam ni.
Kita tak kan dapat tengok baik buruk kita, going thru thick and thin.
What matter the most is Allah always has a better plan for each and one of us,
insyaAllah. 

By hook or by crook, haram tetap haram.
Daging ba alif ba ya, kalau disamak banyak mana pun still haram dimakan.
(Teringat satu artikel tentang "couple cara Islam", daging ba alif ba ya & saudara baru)

Tak ada istilah couple dalam Islam to be true,
tapi jatuh cinta, mahu mencintai dan ingin dicintai, fitrah!
Hanya valid bagi sesebuah perkahwinan.
Kalau dah suka, berkemampuan, silakan jabat tangan dengan tok kadi.
Sekarang banyak yang kahwin muda, alhamdulillah.
Sampai jodoh, Allah said kun fayakun,
menangis la syaiton bila bersatu dua anak Adam.

Agak terusik bila ada beberapa orang kawan sibuk pungpang gini,
"Yana, bila nak bertunang?"
"Yana, jangan lepaskan dia, he such a nice guy"
"Yana la dulu yang kahwin"
Yeahhhh, yadayaddayadda!

Tak mahu mengiyakan tak pulak nak menidakkan,
yela, setiap apa yg kita ucap tu doa,
cuba kalau saya jawab pertanyaan si polan tu macam ni,
"Tunang, lambat lagi, nantilah"
Erk, tak ke soalah² kita tak serius?
Nak ke tak nak? Habis tu buat apa sibuk kumpul dosa?
Janganlah mintak Allah lambatkan jodoh kita,
lepas tu bila kawan lain sibuk naik pelamin,
mula gusar mintak cik abg cepat² masuk meminang.

Eh, cepat atau lambat, itu kerja Allah, ye saya tahu,
siapa yang mampu menidakkan kuasaNya?

Tapi cuba jawab begini,
"Tunang? InsyaAllah, doakan la ye? Moga Allah cepatkan jodoh kami"
ha, kan very the nice jawapan macam tu?
Bila dah minta Allah cepatkan jodoh, insyaAllah dipermudahkan,
benda baik, haruslah dipercepatkan.
Ini bukan gatal nak kahwin ke apa,
tapi persoalannya, sampai bila nak begini?

Movie, gelap plus sejuk!
Awesome sangat bila ada sweater bernyawa kan?
Makan suap² macam makan beradab.
Heaven mcm dunia ni tak ada mahluk lain ek?
Atottotoo, omey nya korang!

Tapi sampai bila nak beratkan bahu kiri?
Tahu tak after kahwin kalau buat semua tu lagi best,
tahu sebab apa best? Dapat pahala!
Mama, kahwinkan saya please!
(Gedikness of me, LOL)

Daging yg halal lebih nikmat dari daging yg haram,
dan daging yg dibayar itu lebih berharga
dari daging yg free².

Sejujurnya, untuk membahaskan perkara begini,
terlalu asing bagi saya,
soalah² bercakap di hadapan cermin,
siapa cakap salah? At least kita dapat pengajaran,
saling ingat mengingati, bukan nak tunjuk alim,
tapi untuk peringatan diri sendiri.

Saya tak kahwin lagi dan saya juga punyai seseorang,
normal macam pasangan bercinta yang lain,
pergi movie, makan² fast food lagi (5kg lemak terkumpul!).
Erk, tapi tak bersuapan tau!

Tipulah kalau saya kata kami tak bersentuhan,
dah kalau berdua, what do you expect siapa yang ketiga?
(Lepas ni dating di rumah di hadapan mama)
Alangkan dengan kawan lelaki pun kekadang bertepuk tampar.

Alhamdulillah bila dia sangat memahami,
masing² cuba untuk menjarak,
bukan for good, tapi for better!

Entry ni ditaip untuk diri sendiri,
siapa yang terasa maaf, kita saling mengingatkan.
Bukan sengaja up entry ni utk berbicara ttg kahwin awal,
tapi sebab nak kuatkan hati supaya dapat kawal diri.

Tengok adik² yang kahwin muda,
mulut tak henti² ucap alhamdulillah,
tengok kawan yang naik pelamin dulu,
hati sangat jeles sebab banyak pahala dia,
tengok yang single mingle dan lone ranger,
otak fikir bagusnya terhindar dari dosa kering.

Tahniah untuk kamu orang!
Tunggu turn kita pulak! Lalalalalaalala...

(Creative & comel² doodle beliau)

Untuk kamu,
hopefully the first step could lead
both of us to the right path.
Amin!
Moga dipermudahkan dan
diredhai Allah.
InsyaAllah.

Thursday, June 21, 2012

OPSYEN & DILEMA

Kenapa dalam kehidupan terlalu banyak opsyen, terlalu banyak dilema?
Naa, ini soalan bodoh yang kadang² menjengah otak ni.

Opsyen dan dilema, itu aku percaya sebahagian daripada ujian.
Allah bagi ujian ke atas umatNya sebab Dia sayang,
untuk itu alhamdulillah. 

Islam itu mudah, kalau ada opsyen, mesti lemas dalam dilema,
pengakhirannya haruslah keputusan.
Kalau rasa was² rajin²lah istikharah.
Mudah bukan?

Nota pada diri sendiri, semoga istikharah itu menenangkan,
meleraikan apa yang kusut,
menyelesaikan apa yang patut.

Dear Allah, easy my way, guide me thru the right path,
Amin. 


Monday, June 4, 2012

GOMOL & GAUL

Pilihan yang menyakitkan,
macam tak ada opsyen.

Sama ada bersama sang bermuka dua atau si lurus.

Bergomol dengan mereka yang bermuka dua 
kekadang lebih baik menggauli depa yang terlalu lurus. 

Sekurang²nya bersama bermuka dua 
ditusuk sekali terus mati 
tapi kalau lurus, merana dulu baru jalan! 

Perbandingan bodoh apa ni? 

6 SOALAN PADA DIRI SENDIRI

apa yang nak yang nak ditulis?

kebodohan?
tak bodoh, cuma kurang cerdik

kepandaian?
katanya nanti riak

kejayaan?
masih cuba mengejar

kegagalan?
pengajaran

kesimpulannya?
Dia dah tentukan, berdoa & berserah