Monday, November 19, 2012

#1 Suntuk

Assalamualaikum

Manusia tak pernah sempurna, tapi manusia boleh jadi hampir sempurna.
Semuanya terletak dalam hati kita.
Pilihlah, pilih lah dengan akal dan fikiran yg Dia telah kurniakan. Jangan sia2kan.

We are now in our 2nd phrase of life, why waste? Why wait?

Carilah keredhaan Dia selagi sempat, selagi ada masa. Ingat ek, hidayah tak kan dtg bergolek, hidayah kena carik, seru takkan sembah pada manusia, manusia yg patut menggapai seru (quran).

Apa yg kita nak tulis ni, atas pengalaman sendiri. Terpulang untuk tafsir apa sekalipun, yang baik dtg dari Dia, dan yg buruk tu terang2an dari kita.

Terus terang, kita selalu tinggal solat, cara cover aurat pun tak sempurna, kita juga punya seseorang (dalam Islam takda istilah couple).

Tapi entah kenapa, bermula dgn kisah Gaza, Palestine, Syria and whatsoever, kita mula fikir.

Sampai bila? Sampai bila nak begini? Saudara kat sana nak beribadat dengan keadaan tak tenang tapi kita yg sangat aman damai ni, langsung tak nak carik peluang, peluang rapatkan diri pada Dia.

Siapa kata perubahan itu perlu drastik? Its okay, ambil masa korg, tapi at the same time, buat, praktik, walau rasa berat.

Bila kita dah praktik jangan pula lepas tu tinggal.

Cara kita supaya hati ni kuat utk mendampingi Dia, cari keredhaan Dia dengan 4 jalan (sebenarnya banyak lagi yg boleh buat kita kuat).

#1 sentiasa ingat mati
#2 sentiasa ingat hari perhitungan
#3 sentiasa ingat nikmat syurga
#4 sentiasa ingat hukuman neraka

Lepas tu kita ingatkan, setiap masa kita boleh diambil nyawa, jadi boleh la topup apa yg patut, kan dah suntuk, pandai2lah tutup lubang2 kecil.

Setakat ni tu je sekarang.
Alhamdulillah, setakat ni other half faham, satu persetujuan telah pun dibuat, alhamdulillah

Persetujuan apa?
Kalau rajin kita cerita
(*-^)

Semoga apa yg dirancang dipermudahkan, amin...

posted from Bloggeroid

Saturday, November 17, 2012

#OOTD

Assalamualaikum.

Serius rindu untuk aktif blogging macam dulu tapi nak buat macam mana? Sekarang semua complete dengan smartphone, boleh tweet dengan smartphone, boleh bermuka buku dengan smartphone, jadi keinginan nak on lappy makin kurang. Pernah cuba blogging dari smartphone, tapi tak sepuas blogging dengan lappy, kepuasan tak mencapai piawaian. Hehhh. Sengaja nak cakap saya ada smartphone? Tak segempak smartphone kawan² cuma alhamdulillah, merasa jugaklah, rezeki! 

Sebelum tu, harap tak terlewat nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam seluruhnya. Eh, masih ada yang membaca? Alhamdulillah dan terima kasih. Kalau hilang pembaca sekali pun, nak buat macam mana? Takkan kita nak paksa orang baca entry kita yang tak seberapa ni ye dak? 

Niat hati nak beralih ke Wordpress, tapi nanti² lah. Tadi serius banyak idea nak ditaip tapi entah terbantut. Harap maklum sebelum mula menaip siap pergi makan, tengok anak jiran main rounders, tweet² dulu (ha kan dah cakap, twitter lebih penting, blog dianaktirikan). Ni pun taip padam taip padam, keje gila!

Okay, shoot terus, meleret² pulak intro entry ni. Kita open la ek, jangan terasa jangan fikir yang bukan² cuba amek yang manis buang yang buruk². Sebenarnya kita nak cerita apa yang kita pakai pagi tadi. #ootd (outfitoftheday) ha hamek, keluar hashtag popular kat twitter dgn instagram kau! Muehehehhehe

Kita tak la amek gambo, kemaruk apa setiap kali keluar nak kena amek gambo, lain la kalau amek gambo makan yang sedap&Sup2; (ha, kita selalu kena marah sebab sibuk nak amek gambo makanan sampai orang lain kena tunggu nak makan).

Ceritanya gini, pagi tadi kita nak pergi sarapan dengan mak pak, pergi pasar, pergi basuh kete yang dah terkempam baunya! Jadi kita pun pakailah baju labuh dia bawah pungkoq, cardi pun bawah pungkoq! Ha, sarat tak sarat? Jadi untuk bersederhana, pakai shawl tanpa lilit² sampai herot kepala.

Kita pakai shawl macam Dena Bahrin, kenai? Tak kenai p google sendiri. Kita pun tak expect apa² tapi masa kat car wash tu, semua pekerja lelaki, adik² mungkin (bukan adik² macam donut). Nak tahu kita rasa apa? Dengan cuaca mendung, dengan angin sepoi&Sup2; bahasa (kasi efek), kita rasa tenang dan yakin dan dilindungi (ofkos pak kita ada untuk lindungi walau dia bertongkat sekarang) tapi dilindungi dari dikerling mata² tajam! Perasaan yg jarang² dirasai. Subhanallah. 

Yela, kita ni perempuan, ada aset² penting yang harus dijaga dan dengan pemakaian macam tu, kuranglah rasa malu dipandang lelaki, tapi rasa selamat. Trust me, cuba sehari pakai shawl ke apa, biarkan cover sampai ke tummy! (Yes, tadi saya pakai shawl menutupi tummy!)

For most, anggap ni satu perkongsian dan kan best kalau try ikut sama, saling berkongsi, insyaAllah timbul kesedaran, kita pun masih merangkak. Kita tak cakap kita ni alim ke perfect ke apa ke, tapi berkongsi salah satu nikmat yang mungkin boleh lead kita lebih dalam lagi, dekat dengan Dia lagi, insyaAllah. 

Apa yang penting, kita harap kita dapat perbaiki diri kita, semoga dapat buat major penghijrahan and I strongly believe that a very small steps could lead us to a huge steps. Sampai bila nak macam ni kan, punya tunggu seru dan hidayah, tapi ketahuilah seru itu sudah lama ada dalam kitab suci, hidayah tak kan datang sendiri, kita kena cari, insyaAllah. 

Untuk diri sendiri dan kawan², all the best! 
We belongs to earth only for a very short time, 
lets strive for Hereafter where will stay forever. 

XOXO, 
L,
publish! 
(terpengaruh Istanbul Aku Datang)
LOL

Sekian, harap dapat kerajinan untuk menaip di lain masa,
Wasalam.