semalaman mata yana masih mencelik,
buat pertama kalinya dalam masa 19 tahun hidup di dunia ni.
semalaman itu adalah semalam di mana yana masih lagi tak tidur.
yana tak tidur disebabkan sebuah cerita,
sebuah cerita yg menarik-narik yana untuk terus menonton.
it's a heartwarming story yet fun which is based on true story.
1st of all, yana memang seorang yang mudah mengalirkan air mata,
so what?
tak salah kalau kita mengalirkan air mata untuk sesuatu yang
memperlihatkan betapa masih ada yang menjalani kehidupan yang penuh mencabar,
di mana yana sendiri tak yakin yana mampu setabah itu,
yana salute dengan gadis itu.
yana tak nak cakap dalam intro ni so
cerita yang meruntun hati yana ni ialah
ichi litre no namida atau 1 litre of tears,
sebuah cerita jepun yang diadaptasi dari sebuah cerita betul.
-ni lah cerita yg bt yana rasa macam2-
walau mungkin ada yang dah penah tengok cerita ni,
ingin yana cerita mengenainya lagi.
cerita ni mengisahkan seorang gadis yang berumur 15 tahun,
gadis biasa yang ingin menjalani kehidupan normal.
gadis yang bernama AYA ni seorang yang aktif dalam sukan basketball.
-ni lah AYA, cantik kan dia?-
seorang yang bijak dan berjaya masuk ke high school
yang berprestij untuk budak2 genius.
Aya merupakan kebanggan keluarganya,
bapanya seorang peniaga tofu manakala ibunya bekerja sebagai
penasihat kesihatan kalau tak silap.
aya punya 3 adik, dua perempuan dan satu lelaki.
-famili AYA yg banyak support dia-
sebelum Aya berjaya masuk ke high school tersebut,
Aya dikehendaki menduduki satu exam ni.
malangnya sebab tertidur dalam bas,
Aya terlepas pit stop untuk ke sekolah.
jadi apabila dia sedar,
dia turun di next pit stop dan terus berlari mengharapkan dia mampu
sampai sebelum exam bermula.
dalam perjalanan ke sekolah, dia terserempak dengan HARUTO,
seorang budak lelaki yang tak mahu pergi ke exam tersebut.
namun disebabkan kesian melihat aya yang berlari menuju ke sekolah,
haruto menghantar aya ke sekolah dengan menaiki basikal dalam hujan.
secara tidak sengaja, haruto terpaksa menduduki exam tersebut.
-HARUTO yang handsome-
-scene masa AYA mahu ke exam dan bertemu HARUTO kali pertama-
-AYA dan HARUTO-
-HARUTO menemani AYA ketika gadis itu kecewa menunggu senior lelaki -
akhirnya mereka berjaya dan berada di kelas yang sama di tahun pertama.
aya gembira kerana teman baiknya juga berjaya iaitu MARI.
aya dan haruto menjadi ketua kelas dan pen. ketua kelas.
-AYA bersama MARI dan seorang lagi teman mereka-
-AYA di tahun pertama, menjadi konduktor koir-
cahaya suram muncul apabila Aya disahkan menghidapi
SPINOCEREBELLAR DEGENARATION DISEASE (SCD).
cuba bayangkan gadis berumur 15 tahun yang aktif dan bijak
nak deal dengan penyakit ni.
bayangkan juga perasaan ibu dan bapa Aya terpaksa menerima hakikat
anak mereka yang aktif dan bijak bakal terlantar lesu.
mengikut pembacaan yana,
SCD ni satu penyakit which is degenaration of the spinal cord and the cerebellum.
sebenarnya penyakit ni ada banyak jenis dan ada 30 gen mutations yang dijumpai.
sampai sekarang penyakit ni tak boleh disembuhkan!
sedikit sebanyak info tentang penyakit ni ialah
badan kita tak balance,
kadang2 nak jalan tapi tersekat.
bila kita nak capai sesuatu, tak dapat,
macam tersasarlah kiranya.
lama-kelamaan pesakit tidak boleh berjalan,
tak mampu bertutur dengan elok,
tidak boleh menulis.
-buku luahan hati AYA-
boleh tak anda semua bayangkan bagaimana penyakit ni
merenggut kehidupan seseorang?
nauzubillah!
balik pada cerita tentang Aya, gadis ini tabah,
yana sendiri tak mampu menjadi tabah sebagaimana dia
menghadapi tekanan sepanjang menghidapi penyakit ni.
pada mulanya rakan sekelas mampu menerima,
menolong Aya naik tangga untuk ke kelas,
namun sampai satu saat,
mereka mengadu di belakang.
rakan yang selalu bantu mengangkut wheelchair mengeluh kepenatan.
ketika itu Aya yang sudah turun untuk pulang,
kembali ke kelasnya di tingkat atas untuk mengambil barang.
rasanya perasaan Aya ketika itu pasti remuk,
namun Haruto mempertahankan Aya.
pada Haruto Aya luahkan semuanya.
-scene selepas AYA mendengar keluhan hati rakan2 kelas, HARUTO mengejar AYA dan mereka sama-sama menangis (sweetnye)-
-mereka sweet kan?-
Aya berpindah ke sekolah orang kurang upaya (boarding school)
dan di sana Aya sebilik dengan seorang gadis yang senasib dengannya.
Aya dapat melihat bagaimana keadaan dirinya pada masa hadapan
dan menjadi semakin terima kenyataan.
selama sepuluh tahun hidup dalam kesakitan,
akhirnya Aya menghembuskan nafas yang terakhir.
-the end-
sekarang yana nak membawa anda melihat siapakah gadis sebenar
yang menderita ini luar dari drama, melihatnya saja sudah tahu kepayahan dirinya,
buat yana jadi insaf dengan kelebihan yg Allah bagi pada yana...
alhamdulillah
-AYA yang sebenar ketika berumur 15 tahun-
-18 tahun-
-keadaan AYA semakin memburuk-
-gambar2 AYA-
semoga yana dapat menjadi seperti gadis ini yang tabah dan kuat
p/s : cerita benar yang meruntun hati
2 comments:
elie dah tgk cerita ni!!sumpah sedey!!nanges2..huuhuhu..
tau x pe.. semalam satu malam x de tdo.. gilak nanges sampai sedu2.. hahahahah
Post a Comment