#Hello
*entry yang sangat lambat nak publish, diperam terlalu lama! [non-edited]
Makin lama makin liat nak update blog. Since Celcom dah bagi mesej suruh bayar broadband, so aku agak tak lama lagi dia potong la tu line tenet. Ceit! Apa ada hal? Time² ni la rajin nak call parent kan? Topup la, bayar broadband la, kalau tak, 3 kali seminggu pun susah. Aku la tu.
Yey, minggu lepas aku dapat derma darah kat kolej. Ni kali kedua aku derma darah. Betul ke orang kata kalau derma darah, badan makan membiak? Oh my! Tak, spekulasi kencang je tu. Aku ok² je sebelum ni, maintain overweight.
Takut tak?
Ramai agaknya orang perlukan darah kan? Kesian kan? Macam mana kalau aku yang perlukan darah nanti? Nauzubillah. Kali ni sakit sangat! Sumpah tak tipu, aku tak tengok langsung nurse tu masukkan jarum dengan tiub. Berdebar!
Kali ni nurse tu macam kasar sikit, main picit² lengan aku. Mungkin lemak tebal sampai tak nampak urat aku. Itu satu hal, satu hal lagi masa nak tarik keluar segala tiub or jarum tu, fuhlamak! Air mata dah bergenang. T_T
Tak berapa ramai orang, sekejap je tunggu.
Aku darah B! B untuk baik. Merah pekat kot, aku sendiri tengok rasa nak muntah.
Pekat dan hitam kan??? Berat seh darah ni, berapa agaknya berat ni.
Suppose aku tak boleh derma darah, sebabnya aku tidur dalam pukul 4 lebih, bila nurse tu tanya, aku tipu cakap aku dah cukup tidur. Ok fine, tak baik tipu kan? Degil kan? Padahal dah kena marah dengan
Elie sebab dia cakap nanti aku boleh pitam/pengsan/fenin. Alhamdulillah tak jadi apa².
Usha² sekeliling lepas dah rest sekejap. Nampak tak ada dua box?
Mesti banyak darah kan dalam tu.
Ok, tak baik menipu dan kesan daripada menipu, entah macam mana, daripada tak ada lebam birat² biru, lepas sehari muncullah segala macam lebam. Risau sangat sekarang, takut tangan kena potong, in case ada bacteria ke apa ke *terlalu paranoid kan?*
Ok², ni before, beberapa jam lepas derma darah.
Molek lagi dehhh!
PERHATIAN!!!
Ini bukan kayu balak, ni tangan aku yang di'zoom' hokeyh.
Pang laju²!
Nampak tak lebam tu? Sehari selepas derma dara darah. Mula² satu kat bekas kena inject, sekali ada dua daaaa! Entah bila lebam ni nak hilang, kalau pegang kasar² sakit, nak luruskan tangan pun sakit. Semua sakit tapi aku happy!
Yey! Another certificate! Gigih nak print nama kat atas sijil ni.
Semoga darah yang aku dermakan cukup untuk mereka yang perlukan dan semoga badan aku tak jadi semakin obesiti dan beranjak dari XL ke XXL dan seterusnya XXXL. One more thing, lately ni jalan selalu nak terjatuh, pernha tengok cerita One Litre of Tears tak? Takutnya! *paranoid lagi dan lagi*