Monday, November 19, 2012

#1 Suntuk

Assalamualaikum

Manusia tak pernah sempurna, tapi manusia boleh jadi hampir sempurna.
Semuanya terletak dalam hati kita.
Pilihlah, pilih lah dengan akal dan fikiran yg Dia telah kurniakan. Jangan sia2kan.

We are now in our 2nd phrase of life, why waste? Why wait?

Carilah keredhaan Dia selagi sempat, selagi ada masa. Ingat ek, hidayah tak kan dtg bergolek, hidayah kena carik, seru takkan sembah pada manusia, manusia yg patut menggapai seru (quran).

Apa yg kita nak tulis ni, atas pengalaman sendiri. Terpulang untuk tafsir apa sekalipun, yang baik dtg dari Dia, dan yg buruk tu terang2an dari kita.

Terus terang, kita selalu tinggal solat, cara cover aurat pun tak sempurna, kita juga punya seseorang (dalam Islam takda istilah couple).

Tapi entah kenapa, bermula dgn kisah Gaza, Palestine, Syria and whatsoever, kita mula fikir.

Sampai bila? Sampai bila nak begini? Saudara kat sana nak beribadat dengan keadaan tak tenang tapi kita yg sangat aman damai ni, langsung tak nak carik peluang, peluang rapatkan diri pada Dia.

Siapa kata perubahan itu perlu drastik? Its okay, ambil masa korg, tapi at the same time, buat, praktik, walau rasa berat.

Bila kita dah praktik jangan pula lepas tu tinggal.

Cara kita supaya hati ni kuat utk mendampingi Dia, cari keredhaan Dia dengan 4 jalan (sebenarnya banyak lagi yg boleh buat kita kuat).

#1 sentiasa ingat mati
#2 sentiasa ingat hari perhitungan
#3 sentiasa ingat nikmat syurga
#4 sentiasa ingat hukuman neraka

Lepas tu kita ingatkan, setiap masa kita boleh diambil nyawa, jadi boleh la topup apa yg patut, kan dah suntuk, pandai2lah tutup lubang2 kecil.

Setakat ni tu je sekarang.
Alhamdulillah, setakat ni other half faham, satu persetujuan telah pun dibuat, alhamdulillah

Persetujuan apa?
Kalau rajin kita cerita
(*-^)

Semoga apa yg dirancang dipermudahkan, amin...

posted from Bloggeroid

Saturday, November 17, 2012

#OOTD

Assalamualaikum.

Serius rindu untuk aktif blogging macam dulu tapi nak buat macam mana? Sekarang semua complete dengan smartphone, boleh tweet dengan smartphone, boleh bermuka buku dengan smartphone, jadi keinginan nak on lappy makin kurang. Pernah cuba blogging dari smartphone, tapi tak sepuas blogging dengan lappy, kepuasan tak mencapai piawaian. Hehhh. Sengaja nak cakap saya ada smartphone? Tak segempak smartphone kawan² cuma alhamdulillah, merasa jugaklah, rezeki! 

Sebelum tu, harap tak terlewat nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam seluruhnya. Eh, masih ada yang membaca? Alhamdulillah dan terima kasih. Kalau hilang pembaca sekali pun, nak buat macam mana? Takkan kita nak paksa orang baca entry kita yang tak seberapa ni ye dak? 

Niat hati nak beralih ke Wordpress, tapi nanti² lah. Tadi serius banyak idea nak ditaip tapi entah terbantut. Harap maklum sebelum mula menaip siap pergi makan, tengok anak jiran main rounders, tweet² dulu (ha kan dah cakap, twitter lebih penting, blog dianaktirikan). Ni pun taip padam taip padam, keje gila!

Okay, shoot terus, meleret² pulak intro entry ni. Kita open la ek, jangan terasa jangan fikir yang bukan² cuba amek yang manis buang yang buruk². Sebenarnya kita nak cerita apa yang kita pakai pagi tadi. #ootd (outfitoftheday) ha hamek, keluar hashtag popular kat twitter dgn instagram kau! Muehehehhehe

Kita tak la amek gambo, kemaruk apa setiap kali keluar nak kena amek gambo, lain la kalau amek gambo makan yang sedap&Sup2; (ha, kita selalu kena marah sebab sibuk nak amek gambo makanan sampai orang lain kena tunggu nak makan).

Ceritanya gini, pagi tadi kita nak pergi sarapan dengan mak pak, pergi pasar, pergi basuh kete yang dah terkempam baunya! Jadi kita pun pakailah baju labuh dia bawah pungkoq, cardi pun bawah pungkoq! Ha, sarat tak sarat? Jadi untuk bersederhana, pakai shawl tanpa lilit² sampai herot kepala.

Kita pakai shawl macam Dena Bahrin, kenai? Tak kenai p google sendiri. Kita pun tak expect apa² tapi masa kat car wash tu, semua pekerja lelaki, adik² mungkin (bukan adik² macam donut). Nak tahu kita rasa apa? Dengan cuaca mendung, dengan angin sepoi&Sup2; bahasa (kasi efek), kita rasa tenang dan yakin dan dilindungi (ofkos pak kita ada untuk lindungi walau dia bertongkat sekarang) tapi dilindungi dari dikerling mata² tajam! Perasaan yg jarang² dirasai. Subhanallah. 

Yela, kita ni perempuan, ada aset² penting yang harus dijaga dan dengan pemakaian macam tu, kuranglah rasa malu dipandang lelaki, tapi rasa selamat. Trust me, cuba sehari pakai shawl ke apa, biarkan cover sampai ke tummy! (Yes, tadi saya pakai shawl menutupi tummy!)

For most, anggap ni satu perkongsian dan kan best kalau try ikut sama, saling berkongsi, insyaAllah timbul kesedaran, kita pun masih merangkak. Kita tak cakap kita ni alim ke perfect ke apa ke, tapi berkongsi salah satu nikmat yang mungkin boleh lead kita lebih dalam lagi, dekat dengan Dia lagi, insyaAllah. 

Apa yang penting, kita harap kita dapat perbaiki diri kita, semoga dapat buat major penghijrahan and I strongly believe that a very small steps could lead us to a huge steps. Sampai bila nak macam ni kan, punya tunggu seru dan hidayah, tapi ketahuilah seru itu sudah lama ada dalam kitab suci, hidayah tak kan datang sendiri, kita kena cari, insyaAllah. 

Untuk diri sendiri dan kawan², all the best! 
We belongs to earth only for a very short time, 
lets strive for Hereafter where will stay forever. 

XOXO, 
L,
publish! 
(terpengaruh Istanbul Aku Datang)
LOL

Sekian, harap dapat kerajinan untuk menaip di lain masa,
Wasalam. 




Sunday, August 26, 2012

EID MUBARAK 2012

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, sudah Syawal ke-8 kita. 
How time flies kan? Terasa sekejap, Ramadhan lepas tu Syawal.
Hopefully Syawal kali ni beri kita banyak keinsafan, rahmat, dan keceriaan, 
insyaAllah.

Kalau korang baca previous entry, tahulah saya beraya di mana kan?
Tahun ni giliran famili sebelah ayah, beraya sampai raya ketiga. 
Haruslah di pagi raya bersiap, melawa dan mencantikkan diri, 
LOL.

Tema? Tahun ni sepatutnya turquoise, tapi bila bergambar, nampak macam biru! 
Boleh la, asalkan ada, alhamdulillah.
Setiap tahun beraya, pagi raya ada salam bersalaman session,
ampun dan maaf untuk segala keterlanjuran dalam percakapan dan perbuatan.
Tapi ingat okay, bukan tunggu Syawal je nak bermaafan okay? 

Jom, let the photo speak itself!

Bermaafan! Maaf, gambar yang kurang kualiti

Ini lah famili saya, bersama tok wan dan tok

Lelaki, tak complete!

Wanita, pun tak complete

Sebenarnya, tok saya telah melahirkan seramai 13 orang anak, ramai bukan?
Sorang meninggal, mak andak saya, al-fatihah.
Sepatutnya ramai lagi tapi biasalah, bila dah berumah tangga, bukan ada satu famili, 
tapi dua! Wajarlah mengamalkan sistem giliran ye? 

Ini antara sepupu yang dah dewasa,
banyak lagi sebenarnya sepupu² kecik

Inilah saya, 
yang makin mengembang!

First day raya, pergi rumah makcik² dengan jiran sekampung. 
Beraya di Penang memang very relax, tak banyak rumah, sebab tu sampai raya ketiga!
LOL LOL LOL

Apa yang penting, dapat spend time dengan famili sebelah ayah, sebab memang jarang
dan kurang rapat berbanding dengan famili sebelah mama.
It's me atau semua orang pun rapat dengan famili sebelah ibu berbanding 
famili sebelah bapa?

Okaylah, tetiba rasa kemalasan nak menaip! Till then! 
Kalau rajin, update lagi, beraya ke rumah famili sebelah mama!
Chiaoooo





Saturday, August 18, 2012

KEHIDUPAN, SUSAH ATAU SENANG, BERSYUKUR LAH SELAGI ADA

Assalamualaikum semua!

Masih busy dengan persiapan raya atau dah duduk goyang kaki tunggu esok pakai cantik2?

Saya sekarang ada kat kampung halaman, sebelah ayah di Kepala Batas Pulau Pinang.

Entry kali ni sebenarnya ditaip atas dasar apa yang saya lalui tadi, last minutes shopping di Pekan Kailan.

Masa lalu depan kedai barang2 keperluan, ada seorang bapa dengan anak lelaki, sibuk belek selipar. Selipar yang bagi saya hanya utk dipakai ke kedai berdekatan rumah.

Kita semua tahu ni musim perayaan, sesetangah kalau boleh semua mesti baru, cantik dan kekadang kalau rezeki lebih, kemain mahalnya.

Berbalik kepada bapa dan anaknya tadi, saya terdengar perbualan mereka lebih kurang macam ni sambil si anak belek selipar;

Bapa: Pilihlah mana2, baju raya warna apa?

Anaknya sibuk belek selipar, sambil tunduk,

Anak: hijau...

Kat sini nampak macam perbualan biasa, susah untuk saya gambarkan perasaan bila melihat dan mendengar situasi dua beranak tu.

Macam orang susah, hanya mampu beli selipar seret dengan rezeki yang Allah bagi, alhamdulillah.

Apa yg buat saya sebak dan bermuhasabah diri bila kenangkan si bapa beli jugak apa yg termampu untuk si anak dan si anak dengan rela hati terima apa yg ada.

Susahnya sekarang nk tengok situasi begini, menghargai apa yg ada dan termampu.

Buat saya sedar, kalau kita rasa diri kita susah hidup dalam serba kekurangan, ada masyarakat yang lebih susah daripada kita. Jangan sesekali kita ngadu tak cukup padahal ada yg lagi memerlukan.

Selepas meninggalkan situasi bapa dan anak lelakinya tu, tanpa sedar hati yang sebak terus mengalirkan air mata, terasa diri manusia yang kurang rasa bersyukur dalam diri ni.

Semoga kita semua dapat manfaat daripada situasi yg saya kongsikan ni, wallahualam...

P/s: esok dah beraya, elok kalau bersederhana, ucapan? Esok sahaja... Till then! Salam

posted from Bloggeroid

Monday, August 13, 2012

Perempuan macam Kertas

Perempuan memang macam kertas, maksud saya bukan perempuan itu kertas, tapi ciri2 yang ada pada kertas, ada terselit sikit dalam diri perempuan.

Kertas ada keras ada lembut ada tebal ada nipis, mudah ronyok mudah koyak mudah kering mudah lembab.

Perempuan pun sama, percaya tak perempuan ada semua ciri2 kat atas?

Kalau kertas lembut, perempuan pun lembut, ada sifat keibuan gitu. Untung siapa dapat perempuan yang penuh dengan sifat kelembutan ni. Saya Nurliyana, cahaya kelembutan dan kehalusan. Ehemmmm

Kalau kertas keras, jangan memain, sekali perempuan ni diperkotak-katikkan, jangan menyesal kalau perempuan ini menjadi sekeras batu!

Kertas mudah ronyok? Bagi saya perempuan mudah ronyok (banyak dilema). Perempuan cenderung utk punyai dilema sebab perempuan banyak berfikir, mana nak jaga hati orang ni, orang tu, percakapannya perlu tersusun. Itu istilah saya utk ronyok, awak2 si gadis sekalian macam mana?

Kalau kertas mudah koyak, perempuan juga senang sangat nak terkoyak hatinya, bukan koyak je, rabak pun boleh! Jejaka2 sekalian, tolonglah jaga hati kami. Ehhh!

Kalau kertas mudah lembab (basah-menangis), bagi perempuan, hatinya sangat mudah tersentuh. Senjata perempuan air matanya, pernah dengar? Bukan senjata, tapi itulah salah satu cara perempuan nak luahkan segala ombak lara dalam hati dia. Jadi kaum Adam, kalau si Hawa kalian menangis, jangan ditambah peluru, makin pilu jadinya nanti, faham? (^ - *)

Tapi, pernah tak korang dilukai oleh sisi kertas yang tajam? Especially bila selak2 majalah atau buku baru, kertas baru print?

Ha, jangan tak tahu, perempuan juga ada sifat tu! Jangan ingat perempuan mudah lembut hati, jaga pertuturan, mudah menangis tak ada sifat yang menghiris?

Sama macam sisi kertas yang mudah melukai, perempuan mudah melukai seseorang bila hatinya cukup kering dan menolak untuk menerima kritikan! Jaga2 perempuan kalis kritikan tapi tak cukup mampan menolak pujian.

Kalau tadi boleh jaga pertuturan tapi bila ego menguasai, perempuan boleh jadi kaum yang mudah mengguris dan menghiris.

Kesimpulannya, perempuan punyai sifat yang boleh memberi dan menerima tetapi ada had limit yang harus digarisi dengan garis tebal.

Kaum Adam, please, walau macam mana sifat buruk baik Hawa korang, terima dan sesekali boleh membentuk, tapi jangan bina tembok keliling hati mereka dengan kritikan yang menjatuhkan dan pertuturan yang x enak didengar.

Last but not least, ini hanyalah untuk sharing session. Kehidupan kita tak lari dengan kesamaan, parallel to each other jadi tak salah kita share kan?

Yang salah kekurangan saya, yang dapat diguna pakai itu kurniaan Dia, till then.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 8, 2012

10 Malam Terakhir Ramadhan

Terasa cepat masa berlalu, sungguh cepat!
Sedar² kita dah berada dalam 10 malam terakhir Ramadhan.
Susah nak ungkap perasaan ni, rasa sayu,
tak macam dulu² punya excited nak beraya lebih.

Mungkin faktor umur yang semakin bertambah,
lebih memikirkan keberkatan bulan rahmat ni.
Ini serius, bukan nak tunjuk baik atau alim,
tapi diri ni terfikir;

ada ke ramadhan seterusnya buat diri saya?
Atau sebelum sempat menjengah ramadhan,
dah dipanggil kembali ke sisiNya.

Sempena 10 malam terakhir Ramadhan ni,
jom kita reramai cari keredhaan dan keberkatan
daripada Dia yang Maha Suci.

Buat semua readers yang masih setia membaca,
 harap tak terlewat lagi utk saya ucapkan,
Salam Ramadhan al-Mubarak,
moga Ramadhan kali ini lebih bermakna
buat kalian. InsyaAllah.


To brothers & sisters, wish you a peaceful & blessed Ramadhan, 
may our ibadah & prayers will be accepted by Him,
insyaAllah

Untuk tahun ni, tak sempat nak upload segala juadah berbuka,
tak ada mengidam apa² (macam preggy lady je, ngeee).
Bazaar Ramadhan pun sekali je pergi,
bloated dengan masakan mama. Yumssss!

Untuk terakhir sekali,
bersederhanalah dalam setiap perkara,
insyaAllah, lebih terasa nikmatnya.


Sunday, August 5, 2012

Bow Dough

Tolong jangan letakkan kepercayaan kita pada sesuatu yang kita tak pasti.

Sedih, maruah macam diletakkan di bawah tapak kaki. Jangan dibuat main maruah orang, jangan sesekali.

Untuk meletakkan maruah seseorang yang kita sayang adalah BIG NO!

Especially orang yang kita sayang tu yang seharusnya protect kita, bukan memperbodohkan kita di pandangan orang lain.

Nice lah!

Dibuat bahan ketawa, its not cool at all. Plus janganlah letakkan minyak pada api yg sdg marak, unless nak jadikan sesebuah hubungan itu abu lalu nak genggam dgn buku lima!

At the end of the day, hardly to trust, easily get hurt, drowning in paranoid, floating on dilemas.

-saya-

posted from Bloggeroid

It's Hurt Me Anyway

Once blossom flower wilt, it will never be bloom again...

Its hard for me to cure, its happened too fast, things I didnt expected, never!

Saturday, July 7, 2012

TAK PERNAH BERUBAH | TRUE COLOUR


Segala perubahan yang terjadi,
bukan kerana "manusia mudah lupa",
bukan kerana "manusia cepat berubah",
tetapi itu true color!

Mai nak habaq pasai true color dalam berpacaran,
macam pakar cinta kan? LOL

Mungkin dulu sebulan dua kenal,
tiga empat tahun kenal,
sifatnya masih cover²,
kalau boleh ayu, nak ayu lagi,
kalau boleh macho, nak macho lagi.

Masuk enam tujuh tahun,
mashaAllah, tak mampu nak cover lagi.

Masa tu baru keluar segala taring,
tanduk kalau boleh bercabang, bercabanglah.
Kalau dulu boleh cakap lembut²,
sekarang pantang silap sikit,
muncung panjang sedepa.

Hey, ini bercakap based on pengalaman tahu?
Haish, makin banyak konflik.
Belum masuk fasa one step closer ni,
dah macam² cerita.

Eh, terkadang fikir jugak,
silapnya di mana?
Salah siapa?

Naaa, ini salah!
Dalam berpasangan, jangan nak tunding jari ye!
Siapa salah siapa benar???
Harus muhasabah diri kamu dan pasangan.
Lebih baik, give and take,
fikir apa wrongdoing nya,
conscious & unconsciouly. 

Tak rugi tahu kalau saling memujuk?
Tak kisah la siapa yang punya angkara.

Antara saya & dia, sayalah angin puting beliung.
Katanya anak bongsu, mengada lebih je ni.
=_*   Opssyyyyy
tetapi, alhamdulillah.
Dia tahu macam mana mahu counter back,
sangat matang dan penuh sabar.
Lucky me! (Gedikness of me)

As conclusion, tolonglah,
jangan pernah fikir pasangan kita berubah
mereka bukan melalui perubahan, tapi...

Suka betul doodle Adilah, owner Blog Kerana Manisnya Epal
(Ehem, sengaja selitkan kat tengah² ni ha, muehheheeheh)

itulah diri mereka yang sebenar,
yang kita perlu tahu,
yang kita perlu adapt,
yang kita perlu terima,
jika dia yang kita pilih.

Pahit? Dalam hidup sentiasa ada pilihan.
Sama ada kita mahu terima seadanya,
atau mencari dan terus mencari sesempurna yang kita nak.
Sebelum tu fikir dulu,
tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni,
kesempurnaan itu milik Dia,
eh, diri kita sempurna ke nak pasangan yang sempurna?
Think think think!!!


Psstttt, tak faham betul kenapa certain words yang di'highlite' warna putih! 
Perasan tak? Ke tu perasaan kita je? Aigooo!


Saturday, June 23, 2012

Take A 1st Step in Faith | BERCINTA > BERTUNANG > BERNIKAH



Orang tunggu kamu pinang orang
and only then masa nak akad, 
baru boleh jumpa. 
Boleh? Erk, permintaan apakah ini? 


Kalau dulu orang di Penang kamu di Klang, rasanya alhamdulillah.
Tak pernah jumpa, jarang on call, sms apatah lagi.
Memasing sibuk dengan PMR, lepas PMR kamu masuk teknik, dan setahun kemudian SPM.
Kalau nak call pun, guna public phone! Very the classic kan?

Haish, kenapa mesti ada pertemuan?
Bukan menyesal, tapi better jumpa after confirm nak jadi kekasih yg halal.
Pasti lagi manis saat tu bukan?

Pertemuan after three years, fuhyooo, lama okayh?
Sangat tak sangka, dan Secret Recipe SACC jadi saksi, chewahhhh!
Muka kamu sangat budak² masa tu, tak comel langsung tapi comot.
Dan orang, zaman kerja SR la zaman paling ter'hot',
facial jaw bone sangat terserlah, tak barbie tak teddy bear sangat,
just nice!!! LOL

Erm tapi kalau kita tak jumpa pun, kita tak kenal dan tak kan jadi rapat macam ni.
Kita tak kan dapat tengok baik buruk kita, going thru thick and thin.
What matter the most is Allah always has a better plan for each and one of us,
insyaAllah. 

By hook or by crook, haram tetap haram.
Daging ba alif ba ya, kalau disamak banyak mana pun still haram dimakan.
(Teringat satu artikel tentang "couple cara Islam", daging ba alif ba ya & saudara baru)

Tak ada istilah couple dalam Islam to be true,
tapi jatuh cinta, mahu mencintai dan ingin dicintai, fitrah!
Hanya valid bagi sesebuah perkahwinan.
Kalau dah suka, berkemampuan, silakan jabat tangan dengan tok kadi.
Sekarang banyak yang kahwin muda, alhamdulillah.
Sampai jodoh, Allah said kun fayakun,
menangis la syaiton bila bersatu dua anak Adam.

Agak terusik bila ada beberapa orang kawan sibuk pungpang gini,
"Yana, bila nak bertunang?"
"Yana, jangan lepaskan dia, he such a nice guy"
"Yana la dulu yang kahwin"
Yeahhhh, yadayaddayadda!

Tak mahu mengiyakan tak pulak nak menidakkan,
yela, setiap apa yg kita ucap tu doa,
cuba kalau saya jawab pertanyaan si polan tu macam ni,
"Tunang, lambat lagi, nantilah"
Erk, tak ke soalah² kita tak serius?
Nak ke tak nak? Habis tu buat apa sibuk kumpul dosa?
Janganlah mintak Allah lambatkan jodoh kita,
lepas tu bila kawan lain sibuk naik pelamin,
mula gusar mintak cik abg cepat² masuk meminang.

Eh, cepat atau lambat, itu kerja Allah, ye saya tahu,
siapa yang mampu menidakkan kuasaNya?

Tapi cuba jawab begini,
"Tunang? InsyaAllah, doakan la ye? Moga Allah cepatkan jodoh kami"
ha, kan very the nice jawapan macam tu?
Bila dah minta Allah cepatkan jodoh, insyaAllah dipermudahkan,
benda baik, haruslah dipercepatkan.
Ini bukan gatal nak kahwin ke apa,
tapi persoalannya, sampai bila nak begini?

Movie, gelap plus sejuk!
Awesome sangat bila ada sweater bernyawa kan?
Makan suap² macam makan beradab.
Heaven mcm dunia ni tak ada mahluk lain ek?
Atottotoo, omey nya korang!

Tapi sampai bila nak beratkan bahu kiri?
Tahu tak after kahwin kalau buat semua tu lagi best,
tahu sebab apa best? Dapat pahala!
Mama, kahwinkan saya please!
(Gedikness of me, LOL)

Daging yg halal lebih nikmat dari daging yg haram,
dan daging yg dibayar itu lebih berharga
dari daging yg free².

Sejujurnya, untuk membahaskan perkara begini,
terlalu asing bagi saya,
soalah² bercakap di hadapan cermin,
siapa cakap salah? At least kita dapat pengajaran,
saling ingat mengingati, bukan nak tunjuk alim,
tapi untuk peringatan diri sendiri.

Saya tak kahwin lagi dan saya juga punyai seseorang,
normal macam pasangan bercinta yang lain,
pergi movie, makan² fast food lagi (5kg lemak terkumpul!).
Erk, tapi tak bersuapan tau!

Tipulah kalau saya kata kami tak bersentuhan,
dah kalau berdua, what do you expect siapa yang ketiga?
(Lepas ni dating di rumah di hadapan mama)
Alangkan dengan kawan lelaki pun kekadang bertepuk tampar.

Alhamdulillah bila dia sangat memahami,
masing² cuba untuk menjarak,
bukan for good, tapi for better!

Entry ni ditaip untuk diri sendiri,
siapa yang terasa maaf, kita saling mengingatkan.
Bukan sengaja up entry ni utk berbicara ttg kahwin awal,
tapi sebab nak kuatkan hati supaya dapat kawal diri.

Tengok adik² yang kahwin muda,
mulut tak henti² ucap alhamdulillah,
tengok kawan yang naik pelamin dulu,
hati sangat jeles sebab banyak pahala dia,
tengok yang single mingle dan lone ranger,
otak fikir bagusnya terhindar dari dosa kering.

Tahniah untuk kamu orang!
Tunggu turn kita pulak! Lalalalalaalala...

(Creative & comel² doodle beliau)

Untuk kamu,
hopefully the first step could lead
both of us to the right path.
Amin!
Moga dipermudahkan dan
diredhai Allah.
InsyaAllah.

Thursday, June 21, 2012

OPSYEN & DILEMA

Kenapa dalam kehidupan terlalu banyak opsyen, terlalu banyak dilema?
Naa, ini soalan bodoh yang kadang² menjengah otak ni.

Opsyen dan dilema, itu aku percaya sebahagian daripada ujian.
Allah bagi ujian ke atas umatNya sebab Dia sayang,
untuk itu alhamdulillah. 

Islam itu mudah, kalau ada opsyen, mesti lemas dalam dilema,
pengakhirannya haruslah keputusan.
Kalau rasa was² rajin²lah istikharah.
Mudah bukan?

Nota pada diri sendiri, semoga istikharah itu menenangkan,
meleraikan apa yang kusut,
menyelesaikan apa yang patut.

Dear Allah, easy my way, guide me thru the right path,
Amin. 


Monday, June 4, 2012

GOMOL & GAUL

Pilihan yang menyakitkan,
macam tak ada opsyen.

Sama ada bersama sang bermuka dua atau si lurus.

Bergomol dengan mereka yang bermuka dua 
kekadang lebih baik menggauli depa yang terlalu lurus. 

Sekurang²nya bersama bermuka dua 
ditusuk sekali terus mati 
tapi kalau lurus, merana dulu baru jalan! 

Perbandingan bodoh apa ni? 

6 SOALAN PADA DIRI SENDIRI

apa yang nak yang nak ditulis?

kebodohan?
tak bodoh, cuma kurang cerdik

kepandaian?
katanya nanti riak

kejayaan?
masih cuba mengejar

kegagalan?
pengajaran

kesimpulannya?
Dia dah tentukan, berdoa & berserah





Wednesday, May 16, 2012

Tuesday, April 24, 2012

MENGHARAP YANG TERBAIK


"Makin lama, makin banyak krisis". Kenapa TIDAK "makin lama, makin matang?" Bercakap tentang hubungan. Makin lama itulah yang makin banyak cabarannya. Tapi kenapa lepas enam tahun? 

Terbaca post fb kawan lama, agak lara especially bila baca dalam keadaan hubungan yang entah macam mana akhirnya, bahagia atau... Tak nak sebut pun, kalau boleh nak dielakkan, tak sekuat mana untuk hadapi, tak untuk buat masa ni... 

seandainya kita d satukan kembali akanku jaga dirimu..sebagai mana ku jaga nyawaku ini..seandainya diriku ini dapat memiliki dirimu kembali x kn ku ulangi kesilapan dahulu.. ku menyesal sampai ke hari ini kerana buat keputusan bodoh itu.. pernah ku cuba lupakan drimu.. tp ku x terdaya untuk lupakan mu.. semakin inginku lupakan mu, semakin kuat perasaan cinta n sayang ku ini padamu. puas ku mencari jaln tp ku x trdaya untk semua ini. tiap hari ku b'doa agr drimu kmbli pdku..cnta n sygku ini x kn penah hilang.. ia sentiasa b'putik d hatiku ini. kerana drimu jugak ku b'jaya sampi ke hari ini. tnpa drimu x mgkin ku berjaya sampai sekrg.. drimu telah bnyk memberi semngat untukku.. terima ksh kerana memberi cnta,syg n semngt pdku.. hati kecilku ini selalu nngs bla t'kengkan drimu yg baik pdku


Dalam bahagia, pasti terselit duka.
Alhamdulillah, Allah sedang menguji...

Tuesday, April 10, 2012

semoga you tenang di sisiNya, HudHud @hudAoki


Kita tak pernah rapat, kita tak pernah jumpa pun, tapi di sebabkan mama positif tibi, i mula tego u. Mula² sebab u well-known, siapalah i kan. Lucky me, u tak sombong, u balas tweet i. U bagi info pasal tibi, thanks much! Alhamdulillah, mama getting better. 

Huda, dari hal tibi, kita mula tweet pasal lain², tak sangka u tinggal dekat Vista, dekat sangat dengan rumah auntie i, kalaulah i tau lebih awal, dah lama ajak u hang out since i baru dapat lesen! Yeay me! Memang plan nak keluar dengan u, tapi maybe after i berani enough to drive to Vista. 

U tanya i pasal nasi lemak, kebetulan mama masak, haish, kalaulah i berani drive masa tu, dah lama i hantar tahu? U ajak i teman u makan, kalaulah i ada keberanian. Hmmmmm... Bercakap pasal mamak stall, maybe some other times kita boleh lepak sesama, tapi some other times tu tak kan ada lagi. 


Kalaulah i tanya num fon u. Mungkin kita boleh kenal dengan lebih rapat or maybe kita boleh pergi carik nasi lemak the best in Pantai Dalam or else kita pergi lepak mamak stall around Bangsar yang i cakap tu. Kalaulah i ada keberanian nak drive to Vista... 

By the way, fyi, i dah boleh drive sampai UM, tempat u study kan? Masuk UM, teringat u... LOL! Huda, kalaulah i berani drive masa u masih ada. Huda, i tau i terlambat... T_T

Even i tak pernah jumpa u, tak pernah kenal rapat, i tetap rasa kehilangan u, i terkejut! Sangat terkejut. I bangun tidur maghrib tu, i terus on twitter, terkejut bila baca yang depa tweet, Huda dah tak ada, i cuma harap tu bukan u...

Menggigil tahu? Sebak, rasa macam nak tampar muka i, sebab i rasa tak nak percaya pun, i rasa macam mamai², mungkin i mimpi. But not untill Kak Ain yakinkan i kat fbchat. Sampai sekarang, i rasa ralat sebab tak dapat jumpa u. 

Huda, semoga u tenang kat sana, ramai doakan u... Semoga u ditempatkan dalam kalangan orang² yang soleh, berbahagia di samping Dia. May Allah grant u the highest level of Jannah... Amin

Nurul Huda Baharuddin
( 9 Disember 1989 - 9 April 2012 )

Semoga u tenang di alam sana, al-Fatihah

Saturday, April 7, 2012

BILA MISTER BUAT SURPRISE, MELTING HEART! ♥


Salam & salam sejahtera semua! 

Agak rare bila ada masa nak menaip entry baru. Sejak akhir² ni memang hambar sikit nak update blog, faktor M tu semakin kronik, kalau rajin update, kalau lagi rajin blogwalking pulak tapi kalau rajin lagi rajin lagi bolehlah ai drop komen kat blog korang semua. 

Ehemmm, February 24 kan birthday ai, dah celebrate dah pun. Sangat happy walau ketiadaan dia. According to my family, he's suppose to be here to celebrate with us tapi dia kerja kan. So nak buat macam mana but! Big BUT!!! Bukan big butt okay?

Few days after celebrated my birthday with family, other half ajak keluar, tengok movie and etc.. Masa dia pick up, ai bengang sebab kena tunggu lelama, berpeluh berlendir dari atas ke bawah, euwwwww! Masuk je kereta, dia keluar then pergi bukak bonet, sambil paksa ai tutup mata. Kejadah apa ni? Dah la tengah panas melekit berpeluh! So ikutkan jela padahal dalam hati dah berbunga, ai can smell something fishy! 

Surpriseeeeee!!! 

*melting*
terus tak jadi marah dia sebab lambat pick up

Boleh bayangkan tak Mr Yana yang selama ni tak reti buat surprise, buat semua ni, hampir buat ai menangis keharuan! Cehhh, ala² dalam drama korea kan? Eh, pengaruh sangat tau! Sadly, dia tak bagi ai bukak, dia suruh tunggu bila sampai rumah mama.

Since dia suka genre komedi, makanya tengoklah cerita Adnan Sempit! See, betapa lamanya entry ni diperam, taip² lepas tu save as draft. Sampai dah kat keluar Astro First pun, baru terhegeh² nak update kan? So cheesy! 

Tengok Adnan Sempit, buat kitaorang gelak sampai terburai isi perut, keluar segala ayam KRR! (Ini tipu!) Kekadang lawak hambar, kekadang lagi lawak slapstick dan bla bla bla. For sure, dia sangat happy, itu sudah cukup baik. 

Disebabkan pengaruh mata Intan Ladyana yang besar dan bersinar, ai sempat tanya dia sesuatu. 

Me: Awak dah belikan saya lens?
Him: Mana ada! (muka cuak)

LOL
Kenapa harus cuak???

Tadaaaaaa!

Nampak tak lens??? Ni after balik rumah, bukak depan² family,
gelojoh habis. Teary eyes! 

Nampak tak kenapa dia cuak? Sebab dia memang bagi lens plus Fererro Rocher. Sangat tak sangka! I'm so touched! Thank you, Mister! Bolehlah melaram dengan lens even though masa first time nak pakai sampai leleh² seb baik kakak² dia tolong. 


Ini budak sudah 21! Sudah pandai pakai lens! LOL
Ni masa nikah anak sedara mummy (his mum), courtesy of archive folder

Ha, nampak tak kat mata ai tu? Kalau dulu ngeri² nak pakai lens, sekarang tak lagi, konon² nak big eyes yang bersinar macam Song Hye Kyo la sangat kan. Alhamdulillah, dia kata cantik mata ai (proud me). 

Lepas ni nak tunggu dia buat surprise masa my convocation day, peristiwa 13 Mei,
jaga² Cik Salmah Cik Kiah.


Saturday, March 24, 2012

SAVE THE DATE !


.save the date.

May 13, 2012!
Fakulti Filem, Teater dan Animasi
*agak kureng di situ bila langsung tak mencirikan Penulisan Artistik*
7.30 pagi

Hari graduasi untuk Diploma, still! It's my big day, yeay me!
Mengharapkan semua orang² tersayang akan ada bersama, sumpah masa tu akan rasa kepuasan,
even so close untuk tamat dengan DL, it's okay, tak ada rezeki but still bersyukur. Alhamdulillah

Mengharapkan kehadiran Mama & Ayah, itu wajib!


Diraikan Kosyah & future sister in law (FSIL), Kak Nana


Ditemani Koleen & future brother in law (FBIL), Abang Wan


and foremost, the other half of mine... Mr Yana

(sila abaikan ke'blur'an photo ini, hanya guna secondary camera)

Semestinya mereka² yang selama ni menemani, belajar bersama, bersedih bersama, tidur bersama, makan bersama, celebrate birthday bersama, berpanas hujan bersama, bergusti bersama dan segala ber laa, harus ada di hari kejadian...

Housemates time diploma yang rasanya tak terganti
(sumpah tak ada pengganti walau jumpa kawan baru masa degree)
Tahniah semua, jumpa pada Convocation Day ek?
Rindu yang teramat!

Last but not least, 9Belas

Masa sem satu, sekejap masa berlalu,
after dua tahun setengah, masing² pilih jalan sendiri...
Tak sabar nak ber'photo' dgn budak kelas!

Kesemua mereka adalah insan² yang perlu ada semasa hari kejadian 
sebab kalau tak ada mereka,  
orang pun tak sekuat ini nak hadapi hari² masa diploma. 

Phewwww, siap satu entry, sumpah lama tak update,
macam² cerita nak cerita tapi mood tu kureng!
So kalau lepas ni bukak Lurfyliyana masih entry yang lama,
silalah prepare untuk rasa rindu ek?


Sunday, February 26, 2012

KEY OF FREEDOM


Salam everyone! 

Past few days I did updated my blog on my 21st birthday but since my broadband got terminated due to over limit plus I didn't pay the bill yet so I updated the entry using the ipad! To be true, kita ni tak suka guna touch screen, kalau jari kecik molek memang perghhh, ni tak, jari besar gajah, susah oo, not used to it after all!

Courtesy of here the link

Alhamdulillah, umur kita dah berganjak ke angka 21. Kata orang, bila umur dah 21, dapat kunci kebebasan, boleh berhuha sana berhuha sini tapi as for me, the key of freedom only after my parent doesn't support/feed me and not gimme money to buy my own stuff and etc... 

Seperti tahun² yang lepas, family kita akan adakan makan² idoklah celebrate besar-besaran tapi ala kadar dgn kehadiran my beloved family. So pada hari Jumaat yang lepas, family kita kononnya nak buat surprise tapi tak jadi! Kita ni dapat hidu, like almost every year! 

Tak celebrate birthday kita je tapi birthday abang in advanced (March 4). 
Okay, enough said, let the pictures tell the story yeah? (*_~)

JCO mini donuts, mini chocolates bar, the cuppies & the rainbow cake!
Yummehhh! Off diet terus! 

Rainbow Cake
It wasn't a surprise birthday party since I saw Leen, 
carrying this cake at first place at the parking lot! 
Gotchaaaaa!

Sumpah sedap rainbow cake ni, guna fresh cream, so tak muak...
Nak order boleh pergi page Nazeha Cupcake Klang

Happy Belated Birthday Yana & Happy Birthday in Advanced Syah!

My future sister in law (Kak Nana) with abang,
sibuk snapping photos of me sampai tak sedar nama dia pun ada kat cake tu...
LOL

Nasi lemak mama, the best among the rest! 
In the photos, Aunt Long & Kak Nana

After all, dengan makanan yang super delicious, cake & cuppies yang yummehhhh, gather with beloved families such a precious moments that I'll never forget for entire life. Especially to celebrate my 21st birthday. Cuma yang agak menyedihkan, my man supposed to be here to celebrate with but unfortunately, he's not around.

Kata mama, diaorang dh call my other half to come over on Saturday (sepatutnya celebrate hari Sabtu) tapi since abang nak pergi Cherating, depa tukar to Jumaat, tapi other half dah mintak cuti Sabtu, tak boleh tukar, kita tak tau pun! Sedihkan? It's okay, esok nak celebrate sama² sebab enam tahun lepas, on February 24, the exact date perkenalan kitaorang, ingat nak mengimbau kembali kisah lamaaa! LOL

Hopefully jadi, amin...

Last but not least, the birthday gift! SUPER EXCITED! 
Orang semua dah sibuk makan, kita sibuk belek² the gifts.
Million thanks to mi familia!

Cuma kita kekurangan mereka, tak ada lagi celebration bersama mereka,
tak ada satay, tak ada lompatan istimewa, tak ada gambar kenangan, tak ada ciuman, &&&
tak ada hadiah dari mereka untuk di display di atas meja study!!!
Sedih tahu???

My beloved housemates since semester two, UiTM Puncak Perdana on my twentieth birthday!

Okay, enough said enough photos enough of everything!
Phewww, punya lama tak menaip panjang² ni, tapi berjaya akhirnya.

To Liyana Aziz, umur semakin meningkat, tolonglah jadi anak yg solehah, adik yang mithali, kekasih yang dihormati, kawan/sahabat/teman yang disenangi. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki, diberkati Dia sang Pencipta, berjaya dunia akhirat. Amin! 

Happy 21st Birthday!!!