Thursday, April 8, 2010

SENASKAH BUKU


SENASKAH BUKU YANG PUNYA PELBAGAI
KATA-KATA INDAH

salam semuanya..
belakangan ini yana sangat stress..
sangat sangat stress..
yana busy dengan assignment namun sempat berhuhahuha..
heheheh..

kali ini yana ingin menceritakan sesuatu..
sesuatu yang menyentuh sanubari yana saat yana terbaca tajuknya..
bagi yana ia mempunyai nilai yang tersendiri..
yana memang suka dengan kata-kata yang indah,
sayangnya yana tidak dapat memiliki naskahnya..


tapi tak apa sebab yana dah salin dari pemiliknya..
terima kasih wahai iki ali..
hati yana nekad nak salin walaupun panjang berjela..
ikuti bait-bait perkataan indah ini,
dan cuba selami maksudnya..


BY DEFINITION - MIMI MORTICIA

JANGAN PERGI. JANGAN TINGGALKAN AKU DI SINI. MINTA APA SAJA. LAKUKAN APA SAJA. AKU MEMILIH UNTUK BERSAMA KAMU SAAT INI. AKU BENAR BENAR TIDAK MEMIKIRKAN DIRI SENDIRI. TOLONG TERIMA AKU SEADANYA. TOLONG UBAH AKU DAN LENTURKAN AKU AGAR BOLEH COCOK DENGAN LEKUK TUBUHMU. TOLONG BALAS PESANAN RINGKAS KU YANG TAK PUTUS PUTUS. TOLONG JANGAN SUKA ORANG LAIN. TOLONG JANGAN JATUH CINTA PADA ORANG LAIN. TOLONG JANGAN BERNAFSU DENGAN ORANG LAIN. AKU OBSES DENGANMU. AKU DIAM DIAM MEMUJAMU. KAMU PEGANGAN HIDUPKU. KAMU ATURAN KU. KAMU PAKSI HARI HARI KU. KAMU SEMBILAN PULUH PERSEN DARI ALAM SEDARKU. HATI AKU SEBAGAI CAGARAN. BADAN KU KU RELA KAU APAKAN. PANDANGLAH AKU. SENYUMLAH PADAKU. CIUMLAH AKU. PELUKLAH AKU. CINTAILAH AKU KERANA AKU MENCINTAIMU. TETAPLAH DI SINI. TETAPKANLAH DI SINI. JANGAN PERGI.


-TAMAT-


yana akui kata-kata ini agak leleh,
namun yang pasti siapa yang punya rasa kasih dan cinta,
pasti dapat selaminya..
bagi yana,
cinta dan kasih sangat universal..
cinta dan kasih bukan hanya buat insan yang berlainan jantina..
cinta dan kasih juga bukan hanya untuk cinta seorang kekasih buat kekasih..
di sini yana ingin nyatakan bahawa cinta dan kasih milik semua..
semua yag bernyawa punya hak untuk rasa cinta dan kasih..
kita tidak harus menidakkan cinta dan kasih,
kerana kita insan biasa..

fitrah manusia..
kita diciptakan berdasarkan cinta dan kasih..

p/s : yana akui yana insan yang penuh dengan rasa cinta..
agak jiwang juga.. haahahahahah


No comments: