Thursday, February 9, 2012

KENAPA SEMAKIN MALAS NAK UPDATE BLOG?



Assalamualaikum semua!

Rasa semakin canggung pulak nak type entry baru since rasanya dari minggu lepas, asyik jadi silent reader je instead of drop a comment ke, update blog sendiri ke, sampai blog ni dah terabai. Heyp, even though Yana ni tak update blog, Yana baca tau blog semua orang, cuma tak cukup rajin je nak jengah!  

Banyak benda sebenarnya nak bercerita sampai ada yang dah lapuk pun. Hopefully mood nak menaip ni kembali normal. Readers pun macam makin berkurang even masih ada yang sudi jengah² manja. Choiiii! Wake up, Yana! It's ur blog! (Jerit kat diri sendiri sampai pekak)

Rasanya nak buat list la, list entry apa yang ketinggalan nak update! Boleh gitu? Pedulikkkk!
  • Kedatangan sepupu kecik yang gedik lagi mengada², Amira
Korang agak umur dia berapa?
(10 y/o)
  • Mendapat lesen memandu buat kali pertama! (Eh, ada pulak kali pertama kedua dan seterusnya?)
Macam banyak kan angka giliran tu?
Hakikatnya tak sempat nak panas vontot!
  • Since Amira datang, pelbagai aktiviti yang berlaku, pergi Sunway Lagoon lagi (dua bulan berturut²), ber'skating' bersama riang gembira di IceRink Sunway, bermandi manda di Pantai Balok, Kuantan dan jugak having fun yang super duper awesome di USS!
Pagi² lagi dah tercangak depan Sunway Lagoon

Mampu kau kaki terseliuh ber'skate'? 
Non hadooo!

Kalau dah bosan dengan pantai, terjun kolam buatan manusia

It's my second trip to USS! Awesomer than before!
  • Itu halnya berkaitan Amira, ni hal Yana sendiri, my big day! Hey, bukan engagement or wedding ye, it's my convocation day on May! Bayangkan setelah berpenat lelah struggle nak score every sem, akhirnyaaaa! Excited, tak sabar! Alhamdulillah...
Time convo Yana nanti, ada sesiapa tak sudi nak bagi bear sebesar Yana
beserta Ferrero Rocher dan sejambak bunga?
  • Since dah habis diploma, Yana pun apply degree. To be true, before this tak expect akan sambung degree sebab dah plan nak kahwin awal ekonomi mungkin meleset, tapi alhamdulillah, murah rezeki dapatlah sambung... 

Lepas ni nak jadi cikgu, tak jadi cikgu nak jadi pendidik anak bangsa, amin!
  • Last but not least, keberangkatan pulang si gedik Amira ke Wichita, Kansas. Sumpah sedih, tapi setiap pertemuan pasti terjadinya perpisahan (oh, cliche nyaaa!).
Amira bersama Muaz, student/kawan mak dia kalau tak silap.
(Muaz yang kacaksss!)

Cuba kira berapa point kat atas equal to berapa entry yang dah terlepas, tak ber'update' sama dengan betapa pemalasnya Yana sekarang nak update blog! Phewwww! Banyak bukan? Nak ikutkan ada je lagi point seperti perkahwinan sepupu dan jugak perkahwinan kawan baik abg (the groom) dan kawan baik akak (the bride), dah macam family dah pun. 

Tolonglah kasi tips macam mana nak gain kembali semangat update blog dan ber'blogwalking' di samping meninggalkan komen dan menegur² comel korang semua? Ehhh! Ni kan dah tercipta satu entry even though boleh dikatakan RECAP! Yeay me!

ps: Hopefully ada kerajinan nak update lagi nanti. Wasalam!

7 comments:

Arnorziahtul said...

nak lesen bole? gamba lesen L mne cik yana oi ? hihi...

J.Syazwana said...

hoiii memang banyak nak cerita tuh. kekekeke.

kite pon amat lah malas nak apdet tapi terpaksa jugak sebab kalau tak memang banyak tertangguh cerita. pastuh last2 tak cerita. kekeke

Hans said...

seronoknya pergi Universal Studio


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

Aida Azryn said...

dah plan nak kawen awal?haaaaaaaaaaaaaaaaaa.. :P

Scya Lollita said...

haha. kak , t kte bg. tp dlm mmp jeh lalalala

~ NANA ~ said...

heppp apa ni malas2...babap kang! ;p

cun la amirah tu, kirim slm sket...hehe

*cpt2 la yana kawen yer ;p

bidadarihijau said...

same lah kite..dh semakin mlas nk mengupdate...btw congratzz yana dapat sambung study lg..mst skarang tgh pulun bgn pagi2 pegi klas kannn..hihiihih