Wednesday, August 8, 2012

10 Malam Terakhir Ramadhan

Terasa cepat masa berlalu, sungguh cepat!
Sedar² kita dah berada dalam 10 malam terakhir Ramadhan.
Susah nak ungkap perasaan ni, rasa sayu,
tak macam dulu² punya excited nak beraya lebih.

Mungkin faktor umur yang semakin bertambah,
lebih memikirkan keberkatan bulan rahmat ni.
Ini serius, bukan nak tunjuk baik atau alim,
tapi diri ni terfikir;

ada ke ramadhan seterusnya buat diri saya?
Atau sebelum sempat menjengah ramadhan,
dah dipanggil kembali ke sisiNya.

Sempena 10 malam terakhir Ramadhan ni,
jom kita reramai cari keredhaan dan keberkatan
daripada Dia yang Maha Suci.

Buat semua readers yang masih setia membaca,
 harap tak terlewat lagi utk saya ucapkan,
Salam Ramadhan al-Mubarak,
moga Ramadhan kali ini lebih bermakna
buat kalian. InsyaAllah.


To brothers & sisters, wish you a peaceful & blessed Ramadhan, 
may our ibadah & prayers will be accepted by Him,
insyaAllah

Untuk tahun ni, tak sempat nak upload segala juadah berbuka,
tak ada mengidam apa² (macam preggy lady je, ngeee).
Bazaar Ramadhan pun sekali je pergi,
bloated dengan masakan mama. Yumssss!

Untuk terakhir sekali,
bersederhanalah dalam setiap perkara,
insyaAllah, lebih terasa nikmatnya.