Masih busy dengan persiapan raya atau dah duduk goyang kaki tunggu esok pakai cantik2?
Saya sekarang ada kat kampung halaman, sebelah ayah di Kepala Batas Pulau Pinang.
Entry kali ni sebenarnya ditaip atas dasar apa yang saya lalui tadi, last minutes shopping di Pekan Kailan.
Masa lalu depan kedai barang2 keperluan, ada seorang bapa dengan anak lelaki, sibuk belek selipar. Selipar yang bagi saya hanya utk dipakai ke kedai berdekatan rumah.
Kita semua tahu ni musim perayaan, sesetangah kalau boleh semua mesti baru, cantik dan kekadang kalau rezeki lebih, kemain mahalnya.
Berbalik kepada bapa dan anaknya tadi, saya terdengar perbualan mereka lebih kurang macam ni sambil si anak belek selipar;
Bapa: Pilihlah mana2, baju raya warna apa?
Anaknya sibuk belek selipar, sambil tunduk,
Anak: hijau...
Kat sini nampak macam perbualan biasa, susah untuk saya gambarkan perasaan bila melihat dan mendengar situasi dua beranak tu.
Macam orang susah, hanya mampu beli selipar seret dengan rezeki yang Allah bagi, alhamdulillah.
Apa yg buat saya sebak dan bermuhasabah diri bila kenangkan si bapa beli jugak apa yg termampu untuk si anak dan si anak dengan rela hati terima apa yg ada.
Susahnya sekarang nk tengok situasi begini, menghargai apa yg ada dan termampu.
Buat saya sedar, kalau kita rasa diri kita susah hidup dalam serba kekurangan, ada masyarakat yang lebih susah daripada kita. Jangan sesekali kita ngadu tak cukup padahal ada yg lagi memerlukan.
Selepas meninggalkan situasi bapa dan anak lelakinya tu, tanpa sedar hati yang sebak terus mengalirkan air mata, terasa diri manusia yang kurang rasa bersyukur dalam diri ni.
Semoga kita semua dapat manfaat daripada situasi yg saya kongsikan ni, wallahualam...
P/s: esok dah beraya, elok kalau bersederhana, ucapan? Esok sahaja... Till then! Salam
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment