Sunday, August 26, 2012

EID MUBARAK 2012

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, sudah Syawal ke-8 kita. 
How time flies kan? Terasa sekejap, Ramadhan lepas tu Syawal.
Hopefully Syawal kali ni beri kita banyak keinsafan, rahmat, dan keceriaan, 
insyaAllah.

Kalau korang baca previous entry, tahulah saya beraya di mana kan?
Tahun ni giliran famili sebelah ayah, beraya sampai raya ketiga. 
Haruslah di pagi raya bersiap, melawa dan mencantikkan diri, 
LOL.

Tema? Tahun ni sepatutnya turquoise, tapi bila bergambar, nampak macam biru! 
Boleh la, asalkan ada, alhamdulillah.
Setiap tahun beraya, pagi raya ada salam bersalaman session,
ampun dan maaf untuk segala keterlanjuran dalam percakapan dan perbuatan.
Tapi ingat okay, bukan tunggu Syawal je nak bermaafan okay? 

Jom, let the photo speak itself!

Bermaafan! Maaf, gambar yang kurang kualiti

Ini lah famili saya, bersama tok wan dan tok

Lelaki, tak complete!

Wanita, pun tak complete

Sebenarnya, tok saya telah melahirkan seramai 13 orang anak, ramai bukan?
Sorang meninggal, mak andak saya, al-fatihah.
Sepatutnya ramai lagi tapi biasalah, bila dah berumah tangga, bukan ada satu famili, 
tapi dua! Wajarlah mengamalkan sistem giliran ye? 

Ini antara sepupu yang dah dewasa,
banyak lagi sebenarnya sepupu² kecik

Inilah saya, 
yang makin mengembang!

First day raya, pergi rumah makcik² dengan jiran sekampung. 
Beraya di Penang memang very relax, tak banyak rumah, sebab tu sampai raya ketiga!
LOL LOL LOL

Apa yang penting, dapat spend time dengan famili sebelah ayah, sebab memang jarang
dan kurang rapat berbanding dengan famili sebelah mama.
It's me atau semua orang pun rapat dengan famili sebelah ibu berbanding 
famili sebelah bapa?

Okaylah, tetiba rasa kemalasan nak menaip! Till then! 
Kalau rajin, update lagi, beraya ke rumah famili sebelah mama!
Chiaoooo