Monday, November 23, 2009

SENDU DI PETANG HARI

salam semua.. tangan ini menari lagi.. cerita csi ny yg menjadi santapan mata ku pada kul 4 lbeyh terganggu dek ketukan pintu bertalu-talu..
"ma, g la bukak pintu, ana tengah pakai sua pendek ni," ucapku pada mama yg bz dengan buku search word dya.. aku x mahu kosentrasi aku pd cerita csi hilang, maklumlah, cerita itu memerlukan tahap kosentrasi yg tinggi.. tambahan pula subjek cerita itu episod kali ini involve pasal bahan kimia..
"yana, g la bukuk pintu tu," mama menggesaku..
hati yang berat melangkah ke pintu hilang saat terpandang wajah sendu itu, mulut x perlu bicara saat matanya menceritakan kisah sedih empunya diri.. mataku bukan buta untuk menilai.. lantas aku meneriak memanggil mama, "ma, cik ida(bukan nama sebenar) datang!" mataku kembali tertancap pd wajah cik ida, jiran tingkat dua..
"masuklah cik ida," pelawaku..
"x pe ke cik ida masuk?" tanya empunya diri ragu2..
"x pe, mama x buat pape pon," balasku..
aku menutup pintu dan terus mengambil tempatku kembali namun fikiranku x lagi pd csi sebaliknye terdengar esakan cik ida dan mama diselang-seli perbualan yg meruntun hati sensitifku ini.. bercucuran air mataku tika itu..
"kak ani, ida nak berpamitan dulu," ucap cik ida dengan esak kecil.. kak ida berasal dari indonesia namun dh lama menetap di malaysia setelah berkahwin dengan orang kita..
"ida, kenapa ni, cerita dengan kak ani!" kata mama yg kaget dgn intonasi suara cik ida..
"ida dh dilepaskan, kak ani.." lagi sekali mataku bergenang..
perbualan seterusnye x perlu lagi aku coretkan kerna kau pasti kalian sudah dpt menangkap apa yang terjadi pd cik ida..
aku sebak mengenangkan cik ida yang akan pulang ke indonesia esok bersama hakim dan kiki.. cane anak2 itu nak adapt keadaan sekeliling nanti.. pasti suatu yang sukar utk dilakukan sementelah mereka membesar di bumi malaysia.. sanggup bapa mereka berbuat demikian.. mana pergi rasa cinta yg dulu.. astagfirullah.. aku x berhenti menangis saat ini.. kenapa sanggup seorang wanita itu menghancurkan perasaan kaumnya sendiri, bahtera sepasang suami isteri yang ade sepasang cahaya mata.. teganya hati wanita itu!! namun aku x kan menyalahkan wanita itu 100% sebaliknya bertepuk sebelah tangan x kan berbunyi..
aku sering membaca di dada2 akhbar gelora rumah tangga akibat orang ketiga namun hari ini, tika ini, saat ini, aku mencoretkan sendiri, hal yg terjadi di hadapanku..
aku sedih mengenangkan bermulanya esok, x de cik ida yg akan menegurku bila aku melintasi tingkat 2..
"cuti ye, kak?", "dari mane kak?", antara soalan yang sering cik ida bertanya saat aku melangkah ke tingkat 2..
padanlah 2 3 minggu ni jarang nampak cik ida berbual dgn jiran tingkat 2, rupa2nya badai melanda..
aku x mampuu berbuat ape2.. andainye itu takdir cik ida, aku pasti, de hikmah di sebaliknya.. aku berharap cik ida tabah menjalani kehidupannya selepas ini.. semoga aku dapat bertemu dengan cik ida lagi.. sempat aku memeluk dirinya ketika dya meminta diri untuk pulang.. aku sebak lagi melihat hakim dan kiki..
sudah lah dengan ape yg ade di depanku, melihat anak angkat mama, mira menderita dengan perpisahan parentnya, aku x mampu melihat ade lagi kanak2 lain teraniaya disebabkan perkara yang dibenci Allah itu.. doaku semoga cik ida dan anak2nya tabah di negara seberang dan semoga Allah memelihara mereka dari segala perkara buruk.. amin..
aku juga x putus2 berdoa agar aku dijauhkan drpd perkara sedemikian kerana aku tahu, aku x mungkin bisa bertahan andai badai itu melanda diri sendiri..
sekian



No comments: