#Hello
*entry yang sangat lambat nak publish, diperam terlalu lama! [non-edited]
Makin lama makin liat nak update blog. Since Celcom dah bagi mesej suruh bayar broadband, so aku agak tak lama lagi dia potong la tu line tenet. Ceit! Apa ada hal? Time² ni la rajin nak call parent kan? Topup la, bayar broadband la, kalau tak, 3 kali seminggu pun susah. Aku la tu.
Yey, minggu lepas aku dapat derma darah kat kolej. Ni kali kedua aku derma darah. Betul ke orang kata kalau derma darah, badan makan membiak? Oh my! Tak, spekulasi kencang je tu. Aku ok² je sebelum ni, maintain overweight.
Takut tak?
Ramai agaknya orang perlukan darah kan? Kesian kan? Macam mana kalau aku yang perlukan darah nanti? Nauzubillah. Kali ni sakit sangat! Sumpah tak tipu, aku tak tengok langsung nurse tu masukkan jarum dengan tiub. Berdebar!
Kali ni nurse tu macam kasar sikit, main picit² lengan aku. Mungkin lemak tebal sampai tak nampak urat aku. Itu satu hal, satu hal lagi masa nak tarik keluar segala tiub or jarum tu, fuhlamak! Air mata dah bergenang. T_T
Tak berapa ramai orang, sekejap je tunggu.
Aku darah B! B untuk baik. Merah pekat kot, aku sendiri tengok rasa nak muntah.
Pekat dan hitam kan??? Berat seh darah ni, berapa agaknya berat ni.
Suppose aku tak boleh derma darah, sebabnya aku tidur dalam pukul 4 lebih, bila nurse tu tanya, aku tipu cakap aku dah cukup tidur. Ok fine, tak baik tipu kan? Degil kan? Padahal dah kena marah dengan Elie sebab dia cakap nanti aku boleh pitam/pengsan/fenin. Alhamdulillah tak jadi apa².
Usha² sekeliling lepas dah rest sekejap. Nampak tak ada dua box?
Mesti banyak darah kan dalam tu.
Ok, tak baik menipu dan kesan daripada menipu, entah macam mana, daripada tak ada lebam birat² biru, lepas sehari muncullah segala macam lebam. Risau sangat sekarang, takut tangan kena potong, in case ada bacteria ke apa ke *terlalu paranoid kan?*
Ok², ni before, beberapa jam lepas derma darah.
Molek lagi dehhh!
PERHATIAN!!!
Ini bukan kayu balak, ni tangan aku yang di'zoom' hokeyh.
Pang laju²!
Nampak tak lebam tu? Sehari selepas derma dara darah. Mula² satu kat bekas kena inject, sekali ada dua daaaa! Entah bila lebam ni nak hilang, kalau pegang kasar² sakit, nak luruskan tangan pun sakit. Semua sakit tapi aku happy!
Yey! Another certificate! Gigih nak print nama kat atas sijil ni.
Semoga darah yang aku dermakan cukup untuk mereka yang perlukan dan semoga badan aku tak jadi semakin obesiti dan beranjak dari XL ke XXL dan seterusnya XXXL. One more thing, lately ni jalan selalu nak terjatuh, pernha tengok cerita One Litre of Tears tak? Takutnya! *paranoid lagi dan lagi*
20 comments:
eeeeeeeeeeeeeee darling kenapa lebam!kila derma darah aritu tak jadi mcm tu pun.takut!
wahhh...best x derma darah? tingin gak, tp bila tgk nurse je, terus batal niat..
*cantik layout skrg.. seyes..
ewww kak nana sgt takot okey dgn benda2 camni
lebam lg ke tngan tu...? take care ok :)
@kata kila
rasanya sebab dia buat kasar2 sampai salah urut or some sort.. hahahaha
@ubi
la, kenapa macam tu pulak?
siyes cantik??? suka suka suka
@~ NANA ~
at first yana pun takut tapi dah masuk second time gettin better
@Ora_Adzlin
sekarang dah ok... ok kak lin.. =)
hai...^__^ nice blog...
takot nyerrr derma darah....
paling feel bila jarum yg besar tu masuk dlm urat..pergh!! mmg syok tengok...hahahaha....dah lama dah tak derma darah...
alamak..tiba-tiba jd pening...:-)
i follow..nati singgah la blog sy..
http://sitiumairahsaat.blogspot.com
pernah gak teringin nak menderma darah nie tpi takutlah..hehe
homai.
ni derma derma darah buat ai nak pingsan ni.
lain lah sedut lemak.
memang ai sedia menderma. :D
teringin nak derma darah. tp, berat tak cukup.
@✿❤Cik Izan❤✿
thanks!
mula2 memang takut tapi t lama2 dah biasa.. heeee
@man yusoef
feel??? masa tula macam rasa nak termuntah, nak terceret, semua ada.. hahahhaahha
@umie
kan?? tengok darah banyak2 jadi fenin! hehehehehhe
@noraliza
mula2 begitu la.. takut gak, tapi kali kedua dah ok sikit... heeee
@Amoi
kan??? sedut lemak ai pun rela youuu.. hahahahhaha
@wahida idris
tula, i terlebih berat.. hahahah..
Post a Comment