Wednesday, November 16, 2011

HIDUP BERKERJAYA


Salah satu sebab malas update sebab sibuk berkerjaya sekarang. Maklumlah, 7e tu kan 24/7! Too bad sebab aku asyik kerja malam je! Grrr! Bila la store manager nak cari staff lelaki! Annoying pulak bila cakap pasal kerja ni. Ada pro and con kalau kerja. Yang penting, 2 kali sebulan duit masuk! Muaahahahahahah

Ini betul² candid! 
Nampaklah rajin kan? Trust me, it's real!

Agak tengah malas sikit, mengulo bersama 'sidia'
Pimples! Oh, saya tak kisah kalau ada jerawat. 

'Sidia' ni penghuni 7e, pantang customer masuk, laju je ngikut. Kalau dia tidur kat luar 7e, ramai je customer belikan dia Whiskas ke, Frieskis ke. Sumpah kenyang la orang cakap tapi yang sebalnya bila masuk 7e, dia pergi cakar Whiskas dgn Frieskis baru! Huwarghhhh! Shot tahu, siapa yang nak bayar???

Sekarang kan musim hujan, kesian pulak tidur kat luar, jadinya tidur dalam 7e.
Oh, dah bagi betis nak peha kan??? Siap cari port sendiri,
mesin photostat jadi pilihan. Dah jadi macam pameran dah, semua customer cakap,
"Eeeee, comelnyaaaa!" 
Aku, "Huh???"

Ha, tahu malu jadi bahan tontonan???

Aku tak tau nak panggil dia apa sebenarnya, sekarang ni panggil ngiau (nyau). Sekarang tengah bunting, tak sabar nak tengok anak dia. By the way ada customer cakap Nyau ada baka kucing hutan, kalau tengok telinga dan muka dia, plus ekor pendek, mungkin ada la. 

Ha, tengok bulu telinga dia, terlebih sikit kan? 
Entah, aku tak pernah pulak belek telinga kucing hutan,
serammm nihhhh!

Macam harimau pun ada jugak kan? Berat dia ni, dan standard dukung baby manusia je

Erk, sumpah tak suka tengok kucing yang garang macam ni

Ha, ada iras tak???

Ha, buat perangai, lempang laju² kang! 
Cuba senonoh sikit perangai tu

Enough said pasal Nyau ni. 

Dulu, masa kerja Secret Recipe, aku jumpa macam² perangai umat manusia. Ada macam² jenis, macam tu jugak masa kerja 7e. Paling yang aku rasa terkejut sekejap bila ada budak belasan beli sarung getah tu. Erk, condom la. Bayangkan budak belasan tahun? Terang terangan.

Aku rasa patutnya kena ada tanda amaran, "Kanak-kanak bawah 18 tahun dilarang beli kondom" but who cares kan? Malaysia kan sekarang dah ala² barat, tak style la kalau tak barat #SumpahAnnoying ! Lagi best kalau ada customer ni beli sarung getah dengan Clorets, tak Clorets, Lubricant bla bla bla. Bhahahaahha. Fyi, 7e tempat aku kerja ni sebelah Motel 3 bintang. Semalam RM100++. Ada je yang check in, budak sekolah pun ada! Pengakuan pekerja motel tu sendiri.

Apa² pun, aku syukur jugaklah, tak ada beer atau any other alcohol drink yang dijual since owner 7e sebangsa dan seagama dengan aku. Kalau tak memang aku tak kerja lah. Masih membuang masa dan melipatgandakan lemak² di badan!

Oh, first gaji, dah habis! Dah puas pergi shopping barang sendiri! Dan yang paling penting jumpa besties! Elie dengan Mysara! Auchhhh, terubat rindu! Tak pergi jauh pun, Sunway je. Mr Yana yang hantar. Ha, so blessed ada kekasih yang sanggup ulang alik. Mana boleh ikut sekali, boys are not allowed!

Ini setengah dari pemilik hati, ada lagi 5 lagi!
Elie & Mysara
Mereka berdua yang menangis amat masa last day kat Puncak
Ha, dapat pun kita jumpa kan? Jangan risau, will always KIT!

Borak punya borak, terasa cepat sangat berjalan. Sempat jugaklah refill coke. Banyak benda nak bergossip! Hahahaha... Itu memang kerja Yana dan Elie selalu dalam bilik, Mysara pulak, bukan bergossip, lebih curhat!

Pink = Mysara, Orange = Elie, Purple = Yana

Bila Mr Yana dah sampai sunway for pickin me up, time for another farewell la. Aduh, bila masa lagi nak jumpa kan. Hey dudettes! Thanks for made my day. Nanti hang out lagi. Bila dah berpecah, aku dengan Mr Yana cuci mata sekejap, cari gift untuk his mommy. Jumpa! BodyShop ada sales, since his mommy suka EDT BodyShop, apa lagi, memang rambang mata! Untuk diri sendiri harus ada!

Everytime pergi memana, mesti beli selipar!
Lebih memilih keselesaan! Susah betul kalau berjalan dengan kaki melecet!

Ha, ini entry untuk sehari yang ditinggalkan masa bulan Oktober. Kalau nak tahu aku dah mula kerja right after habis final paper. Gigih tak gigih tak??? By the way, masuk bulan ni je dah banyak kali jugak aku dapat gaji, sebulan dua kali. Kalau nak pakai BB, dah boleh sangat tapi ada yang lebih penting!

Jeng jeng jeng! Gaji aku seterusnya habis!!! Nak tau aku buat apa??? 
No no no, bukan beli barang hantaran kahwin, way important than anything!

Tunggu lah next entry



10 comments:

mysara ramlan said...

auch!! macam kemeng!

Elie Lily said...

awww! kelakar tgk mai punya tgn pakai gelang kaler pink! sumpah lawak! ahahha

btw,nxt gaji pergi kelas memandu kan? kan? hehe

Cik Aish said...

ooo keje 7e ea..nak terjah la camni.hehehe

J.Syazwana said...

oii best gila gaji sebulan 2 kali. huhuhu

Far8 budak baik said...

nape kucing tu gitu wehhh..
macam nak kene terajang je..
hahahaha

ika alwee said...

selamat bekerjaya Yana...

محمد رازيق said...

nice.. sayang kucing yer.. salam kenal..

~ NANA ~ said...

yana!!!!
lamanya kak nana x singgah sini...huhu

dpt gaji nnti jgm lupe blanje kak nana yer! hehe

Aida Azryn said...

wahhh.. dah ada kerjaya dah eh sekarang? huhu. ;P

emmayuzaima said...

comenyaaaaaa ngiaww ;) tak senonoh betul tidur dia hehe