Monday, September 6, 2010

AKU KAYA!!!

Selamat petang readers.

Korang pernah tak addicted dengan satu2 game tu? Bagi aku sendiri, aku sangat addicted dengan game Farmville (FV) masa zaman kegemilangan. Aku sure ramai yang tau mana datang game tu. Aku first jumpa game tu kat FB. Gila, rela tak makan semata2 sibuk berladang.


FV bukanlah satu2nya game yang aku main, aku main Yoville *sebab lama tak main, rumah aku hilang*, Cafe World, Restaurant City pendek kata semua la aku main. Sebabnya masa mula2 aku join FB, aku tak ramai kawan, masa tu memang aku akan kata, FB sangat boring, plain & aku tak tau nak buat apa.

FARMVILLE YANG AKU BANGGAKAN

CAFE WORLD AKU 
*nampak tak makanan busuk? tu tandanya lama aku tak main!*

 FROM OUTSIDE VIEW OF MY CAFE WORLD

RESTAURANT CITY AKU

OUTSIDE VIEW MY RESTAURANT CITY

Aku join FB sebab aunty2, abang dengan akak aku ada. Aku dengan joyahnya pun join. Tak sangka pulak aku FB hari sudah menjadi satu kemestian, dari yang kecik hingga ke tua. Sudah! Cukup tentang FB. Aku nak cerita pasal kegemaran aku yang paling latest.


Game Millionaire City (MC). Ni semua pengaruh kuat abang aku sendiri! Asyik ngacau aku blogging sebab benda alah tu. Hangin satu badan tapi kini tak lagi, aku dah terjebak! Akak aku jugak terjebak gara2 abang. So sekarang selain blogging, dunia cuti aku penuh dengan game.

CITY OF LIYANAZIZ

Terkuak la main game sampai pagi, dengan assignment tak setel lagi, bagus kan?? Main game bagus untuk menjana minda, betul kan?? Jangan ikut, aku sememangnya mempunyai penyakit yang kronik bab2 nak buat assignment ni, so abaikan saja. 

Back to game, MC ni main bina2 property kita macam rumah pastu disewakan, so bila dapat duit dari sewa rumah, boleh la upgrade semua2 yang ada. Macam tu la game dia, aku tak expert sangat, baru je mula main, ciput je rumah sewa aku. Tunggula aku dah kaya betul2, baru aku kumpul harta aku. =p

Aku mahu sambung main game! Come & join me!




2 comments:

bidadarihijau said...

huissshh kaki game die neh...xmo xmo xmo join...nnt dh kemaruk susa nk benti..hahahahaha

liyana aziz said...

@bidadarihijau

alaaaa, jom la join sekali, meriah tau! hahahahhaha