Friday, February 25, 2011

. 19 GOING ON 20 .

. dua - puluh - tahun .

Semalam bersamaan 24 Februari 2011, genap umur aku 20 tahun. Sangat tak percaya sebab dah tak ada sebutan belas² tapi lepas ni dengar puluh² je, insyaAllah kalau umur masih panjang. Buat semua yang wish dekat wall FB dan blog ni sendiri, terima kasih banyak².

Alhamdulillah, walau dah beranjak ke gadis belia, masih ada hadiah dan celebration. Bukan satu tapi tiga, alhamdulillah. Sumpah terharu dan happy sangat sampai kadang² rasa nak menangis, sebab ianya mungkin celebration yang terakhir.


20 Februari 2011, walaupun empat hari awal, apa ada kisah? Memang kalau dengan famili, diaorg akan celebrate awal, aku tak tahu kenapa. Walau surprise yang mereka cuba lakukan aku dah tahu awal² , aku tetap buat muka terperanjat. Teheeee!

. yummy! .

. as always, laksa Johor .

. baju baju baju kurung shawls! .

Hokeyh, mula² memang ingat ada makan² je sebab selalu kalau ada famili gathering, haruslah mama masak kan, tapi tapi tapi semua sibuk cakap pasal event hari ni bla bla bla, suruh aku mandi cepat² and etc. Fine, aku gelak, surprise! 

Selang tiga hari, which is 23 Februari 2011, lagi sekali aku diraikan. Kali ni bersama budak² rumah yang sangat-nak-buat-aku-rasa-terharu-dan-sedih-plus-happy! Tak ada dah surprise², kali ni straight forward. 

Walau mereka sangat busy dengan hal² shooting, meeting dan etc, mereka masih luangkan masa untuk celebrate birthday aku. Terima kasih Shi Qin, Mysara, Nadzmiah, Arnorziahtul, Elie, Nadia dan Iznie. Kalau tahun lepas surprise dengan BUNKFACE, kali ni korang superb sebab kita celebrate di bawah kilauan bintang di langit. XOXO


. sayang sayangs sekalian .


. satay ni sangat sedap, superb! .


. cubaan untuk nyalakan bunga api bentuk ♥ .


. elie, aku & GG .


. lompat si gadis lompat .


. aummmm .


. kami satu .


. kami dua .


. kami tiga .

Buat korang yang ada dalam gambar kat atas ni, "terima kasih sebab sudi celebrate birthday yana, ni tahun akhir kita sama² have fun, sedih², gelak terbahak² dan banyak lagi la. Yana akan simpan semua video kita malam tu. Sayang korang sangat². Terima kasih dan sorry kalau selama ni ada salah silap. *ceittt, mood raya dah sampai*

Habis bersuka ria dengan teman² tersayang, petang esoknya bersamaan 24 Februari 2011, turn akak dan Kak Zue pula celebrate birthday aku kat Ice Room, Kota Damansara. First of all, tak ada idea, ke mana tujuan mereka tapi alhamdulillah, sampai di destinasi dengan selamatnya.



. kedai yang sangat comel .


. theme ; hijau .


. Kak Zue & Akak .


. blur blur dan blur lagi .


. tolong lah jangan tak terliur! .



. ia sangat lembut dan sedap! .



. comel kan? .

Fuhhh, memang berketul² la lemak dalam badan lepas ni, nak lenyapkan bukan senang tapi apalah sangat lemak yang berketul² kalau nak dibandingkan dengan segala yang mereka semua ni plan untuk aku. Terima kasih sekali lagi.


. it's a final countdown! .


Monday, February 21, 2011

. MATI .

. hilang .


Sakit sengal² badan, seram sejuk badan yang aku alami hampir setiap malam tak sama dengan deraan mental yang kau lemparkan pada aku hampir setiap hari. Sumpah aku sedih dengan kau, kau dan kau! Bukan sedih semata-mata, tapi kecewa yang amat dalam yang tak mungkin dapat kau selam sekalipun kau ber'scuba' diving kat tengah laut merah!

. noktah .


Saturday, February 19, 2011

. COUTING DAYS + SURPRISE .

. usaha gigih .

Dah lama nak update tapi asyik tergendala sebab ketiadaan mood untuk berbuat demikian plus biasalah, yang clichenya line CELCOM sangat worst kat Puncak Perdana. Rasa macam nak terminate sebab rasa sangat tak berbaloi.

Counting days. Dapat rasa masa sangat pantas bergerak. Lepas ni dah bukan remaja, lepas ni jadi gadis belia. 20 tahun! Bagi aku, 20 bukanlah nombor yang menjadi lesen aku untuk terbang bebas. Masih lagi terasa macam budak kecik *kecik sangat* ! 


Wishlist birthday gift? Hamboi, tak agak² ada wishlist. Aku bukan macam tu, kalau ada, adalah, Alhamdulillah, kalau tak ada pun tak apa. Family aku, awal² lagi dah bagi. Mama bagi baju kurung, ayah bagi blouse. Abang bagi sesuatu yang buat aku kena samak! Tunggu next entry. Akak dan Mr. Y, belum lagi. 

Ok, straight forward, aku dapat surprise birthday gift yang pertama. Sangat istimewa sebab tak ramai yang dapat surprise ni. Ada ada ada??? Non ado! Sila la jeles sekarang ek. Dalam sebulan, aku antara 250 orang yang bertuah, bukan senang nak dapat surprise ni.

Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 28 February 2011. Our office is open from 9am - 6pmon weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

Once again, happy birthday and we hope you enjoy yourselves with the complimentary passes! Don't forget to give TGV Cinemas a little shoutout for being so awesome if you decide to blog about this birthday surprise ;)

*Terms and conditions apply.

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd. 

4 pas percuma, jarang² ada org nak bagi kan. Sila berhenti jeles sekarang sebabnya aku tak pergi ambil pun. Bayangkan, weekdays ada kelas, weekend pulak office cuti. So, melepas la kali ni. Any how, terima kasih Nuffnang sebab pilih aku. T.T

. mood ; cuba untuk design template sendiri .

Saturday, February 12, 2011

. SG GABAI ; CHERISHED OUR MOMENT .

. another precious thing .

Minggu yang paling relax dan hectic. Erk, macam mana nak explain ek? Kelas tak banyak, assignment? Oh lala! But but but masih ada ruang untuk menghayati keindahan ciptaanNya bersama orang2 tersayang. Orang2 tersayang di sini bermaksud rakan sekelas!

Sungai Gabai. It's was second time since last visit. First visit with my beloved families, so much fun, didn't have to climbed up to the higher perfect view of Sungai Gabai but that day, tons of cursing, a lot of sweat out and almost give up hope during counting how many step are left. 

Sebelum tu, call time untuk gather pagi tu suppose 8.30 tapi biasalah, dah namanya pun Melayu, 'JANJI MELAYU' masih dipegang. Kalau tak silap pukul 10 lebih gerak ke rumah dia yang tahu jalan, Amar. So semua sekali ada 3 kereta, 4 motor. 

. separuh daripada mereka .

. elie, aku & scrambler .
[kitaorg berdua buat sandwich, lalalalalala]

Lepas sesi mengejutkan Amar dari tidur yang panjang, kitaorg pun gerak secara berkonvoi but unfortunately bila dah lepas daripada MidValley, kereta yang aku tumpang lost dan sesat langsung tak nampak kereta yang lead which is kereta Amar. Oh man! Dah rasa macam dalam Amazing Race. Sumpah tak tipu. 

Almost one hour and a half la sesat, tapi dengan bantuan teknologi canggih dan kawan2 yang tahu jalan, kitaorg sampai jugak. Alhamdulillah. Sampai Sungai Gabai, tunggu yang lain dan terus la dengan sesi panjat Batu Caves bukit yang agak macam @#$%^&*)(*&#^! Sumpah tak naik lagi lepas ni. 

. Diah Shi, driver of the day .

Bagi aku, panjat bukit Sungai Gabai satu pencapaian yang boleh dikenang sepanjang hayat sebab tangga tu almost kalahkan aku, rasa macam tak nak naik, nak mandi kat bawah sorang2 tapi kawan2 yang lain macam Shah, Elie & Diah gimme full support. Terima kasih kawan! 

[ tak semua yang pergi ada dalam gambar ni ]



. Shah & Elie .

. Manda & Aisyah .

. Aimi & Ejam .

. Ez & Wani .

. Atin & Harry .

. over kau, gambar tak nak macam besar pulak kan , 
muka yang mula2 tak nak mandi tapi tewas di situ .

. satu .

. dua .

. tiga .

. empat .

. lima .

Seronokkan bila pergi ramai2??? Makan dah, mandi dah. Tinggal nak balik je. Tapi sebelum tu ada hal yang terjadi. Biasalah, selagi boleh mandi, mandi lah tapi bila ada yang terjadi, mari kita gerak balik hokeyh? Sumpah cuak! *PENGSAN*

 
. candid! ada tragedy di sebalik gambar ni .

. sebelum dan selepas.
Al-Fatihah..mangsa dilaporkan terdampar di atas batu-batu tajam menyebabkan beliau menerima tujuh jahitan sekaligus menyebabkan rambutnya terpaksa dibotakkan. sekian laporan (Azizi Dain, 2011)
Paan, get well soon hokeyh!

Next time kita nak pergi mana ek kawan2? Go Genting ke So Sunway Lagoon? LOL! Mari kita kumpul duit beramai-ramai sebelum habis belajar dan sebelum masing2 membawa haluan masing2. Lagi satu sem je lagi. Last but not least, special thanks to the camerawoman [AIMI AMIRA] and the owner of the camera [AZIZI DAIN] for the images. 

. photographer of the day .

. owner of the camera .
LOCAL DISK > IMAGES > UiTM > CT 112 > NEW FOLDER > SUNGAI GABAI

. pulang marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.

. saya happy saya OK , tatatititutu .

pssstt, tadi pergi PAMERAN PENGANTIN, macam dah tak . . .  !