Thursday, December 22, 2011

♥ A THOUSAND YEARS | TREMENDOUS LOVE ♥


Salam...

Menaip entry ini sambil ditemani sebuah lagu yang rasanya sangat menepati apa yang telah kita lalui bersama dia. Kalau nak cerita banyak² rasanya tak cukup satu entry. Previously, kita banyak update entry tentang kami kan, tapi sampai bila? I myself literally need to undergo some paradigm shift...

People change, begin with a single tiny step but trust me it will lead us to a huge step after. Some of the moment I've shared together in a certain entry, have been save as a draft. To be true, I won't delete it. Let it rest in peace in this unforgotten blog. 

Bukanlah nanti tak ada langsung pasal kita dengan dia, ada tapi as minimum as I want it to be. Nama pun personal blog, I've to limit a certain story. Supaya nanti tak adalah orang cakap, bercinta bukan main tapi end up with broken heart. I'm certainly not worry on what people out there are going to say, tapi rasanya this is the best way to keep away those negative thinking dan segala doa² yang tak diperlukan. Cakap² orang itu adalah satu doa. 

Oh, past few weeks, I did watched a Twilight Saga: Breaking Down Part 1 with uncle and aunt. The soundtrack that keep playing during the show, did caught my attention all the way. A Thousand Years by Christina Perri, like seriously I'm affected by the lyrics itself. 


I have died everyday waiting for you
Darlin' don't be afraid,
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
One step closer...

I'm not expecting to wait for him this far, never thought that we're gonna be together thru out years. This is all happening because of the fate that determined by the Creator and I as His people are grateful of what has been given. 

Memilih dia pada mulanya bukan kerana kehendak hati sendiri, pertama kali jumpa, langsung kosong hati ni. Masih lagi berkira² should I stay with him or to let him go. Sounds kejam kan? No, kita tak mau mainkan hati dia, so better make a quick step. 

Everything went well, masih berkawan, masih berjumpa seperti biasa dan dia macam dapat rasa apa yang kita rasa, tiada cinta mungkin. Faham tak, kau baru habis SPM, tak pernah in relationship, maksudnya serious relationship tiba² jadi macam ni, awkward! 

But suddenly, the moment when he actually ask to meet my mum for the first time, I was like, stand stiffly, di awangan tahu? Nervous to the max! Alhamdulillah, dia dapat jumpa mama for the first time dan dia, lelaki pertama yang kita bawak jumpa mama. 

One of the reason why I chose him at first place because mama loves him much more than I myself. Ayah? He doesn't say much, as for him, whenever mama made a decision, he knows that is the best especially those related to the girls. With the blessings we have, hopefully he would guide us to the right path...

The main purpose I'm wrote this down because I'm truly inspired by the video that have been a trending for this couple of days. Rasanya korang pun tahu siapa, ada yang dah lama up entry pasal video tu. Seriously, she's only 19 and she's the chosen one. 


To Dena Bahrin, just in case you're drop into,
I believed that you've made a right decision, 
it's not about the marriage itself, it's about the blessing you owns

Pertemuan dengan dia, adalah satu kurnia yang kita syukuri, bertukar perasaan sebelum masanya adalah satu kekhilafan. Lebih nikmat jika ianya percintaan selepas menjadi kekasih halal, I'm pretty sure it's gonna be forever after. 

Kekhilafan bukan bermakna penyesalan, tidak sekali pun menyesal untuk semua yang telah terjadi, kerana jodoh pertemuan ajal dan maut telah Dia tetapkan. Ini mungkin jalan kita dan dia, mungkin hari ni bersama, mungkin esok lusa.... Siapa tahu...

Last few words before end up this essay to be *LOL*, I would like to dedicate a well said by Dena Bahrin, to a person who always stand next to me, someone who never stop support me in whatever conditions I am.  

Untuk kamu

"may Allah bless us, keep us on the track, give us the best halal relationship till in Jannah, insyaAllah"


Recently affected by the #TeamDena

By the way, 
dia sangat terkejut dengan perubahan diri kita, 
alhamdulillah, dia dapat terima.
Much blissful! 


 

Wednesday, December 21, 2011

3 KESALAHAN PEMANDUAN KERETA GADIS AMATUR


Salam semua.

Hari tu bersamaan December 19, kita dah pun selamat melahirkan baby yang comel menjalani QTI. Kan kita ada cerita² hari tu kita tengah belajar memandu. Excited tahu? Siap update pasal tengah ambil driving license. Bukan apa, nanti tak payah susah² kita nak cerita dekat cucu cicit kita, macam mana granny mereka hebat ber'drift', diaorang boleh je click http://liyanaziz.blogspot.com atau google LURFYLIYANA

Okay, mula² kita ingat driving class je, ghupenya cikgu terus nak suruh kita buat QTI. Kita kan baru masuk driving class dua kali, so baru 4 jam. Mungkin cikgu nak cepat, tapi kita bayar untuk 8 jam! Part ni kita tak puas hati. Kejap ek, nanti kita explain akhir² nanti pasal ni.

Paling kita cuak, nombor giliran nombor 5! Pheww, berpeluh ketiak kejap. Tengok kiri kanan, tak adalah ramai sangat, sah² la pegawai ramai, kata dekat HQ kan, mesti laju je. Cikgu kita pulak asyik tanya, "Kamu boleh tak? Ingat lagi tak?" Hmm, kalau cakap tak ingat, makin lambat la kita nak dapat lesen! 

Since hari Isnin selalunya test untuk taxi, jadinya QTI kita dj jalan raya! Ha, ini lagi mencabar tahu? Bukan setakat berpeluh ketiak, tapi dah ketibas! Nasib baiklah cikgu kita ajak pergi pusing² dulu jalan 1 dan jalan 3, tak adalah cuak nanti.

Bila dah pusing² jalan² tu semua, cikgu pun suruh kita tunggu sampai giliran kita. Alhamdulillah, masa pusing² dengan cikgu tu, kita tak ada mati enjin, everything run smoothly. Bila tengah tunggu giliran, lagi la cuak bila nombor giliran yang tengah test nombor 3! Lagi 2! Tapi kan, tak berapa lama lepas tu nombor 4 tak ada, loncat nombor 5 terus! Masa ni dah gigil² lutut, cuak, pucat lesi, something in my belly! Tengok pegawai tu, serius je! Ni bikin bertambah gelabah!

Bila dah settle thumb print semua, off to go! Phewww! Masuk kereta, check apa yang patut dan bergerak! Pegawai tu diam je. Ingat nak ajak berbual² hilangkan gementar tapi hampeh! Tak dilayan! Dia layan radio Sinar je sambil tulis².

Lepas tu dia suruh kita ikut jalan 1 tapi kita boleh lupa jalan 1 yang mana jalan 3 yang mana! Kita ni short term memory lost, padahal tadi cikgu dah bawak pusing²! Ah sudah! Kita dah seram sejuk, kalau tanya nanti mungkinkah kena demerit sebab tak ingat jalan? Last² kita ringankan mulut bertanya, 

"Encik, jalan 1 teruskan?" Kita tanya dengan sopannya.
Dia pandang kita dengan muka yang serius, lalu dia jawab, 
"Yela, terus je, kan jalan 1 terus je, ada jalan lain ke?"

Lepas dia tak nak layan kita berbual, sambil drive tu, kita tengok la kiri kanan, acah² dah expert bawak kereta. Banyak tahu kereta di pagi hari Isnin tu? Cuak! Dah la jalan kat situ kecik dan sempit, yang lalu ada lori, bas! Ha, cane tu?

Dah kalau kenderaan berat, haruslah jalannya macam gajah kan, jalan pulak 1 lane je. Makanya kereta yang kita bawak lagi bertambah slow, agak kerana takut mati enjin, kaki kita kat clutch jeIkut rapat lagi! Kita tahu kita dah buat salah! LOL!

By the way, bila dah nak dekat sampai HQ, pegawai tu suruh berhenti dekat Petronas! Kita dah macam nak nangis, yela, kan ada banyak kesalahan tapi takkan nak suruh turun dekat Petronas jugak, kita tak puas lagi buat drift pegang stereng! 

Mula² dia suruh berhenti tepi tapi bila kat pam minyak tu ada kosong, dia suruh pergi kat pam minyak. Kita assume mungkin dia nak isi minyak, bukan suruh kita turun sebab banyak fail! Masa tu tak putus² ucap alhamdulillah dalam hati, dia tak fail kan kita. 

Tapi yang spoilnya, dia suruh bukak tank minyak, tapi kita pergi bukak bonet! Ha, menggelabah jugak masa tu! Kita ingat dia nak tolong tutupkan bonet, hampeh lagi sebab dia menonog pergi kaunter. So kita pun bukak seat belt lalu pergi tutup bonet tu semula, duduk diam² dalam kereta sampai dia habis isi minyak. Hopefully kesalahan salah bukak komponen kereta tak dikira! ^^

Bila dah masuk HQ, kita rasa lega sikit, tak banyak pun sebab cuak tunggu sama ada lulus atau tak! Bila dah thumb print, dia pun bagi kita kertas exam tu. Kita rasa sebak tau! Bukan sebab fail, kita ingat tak ada kesalahan *bajet!*, tapi ada! 3 kesalahan biasa!


Oh, by the way, kalau nak joyah² sikit nak tahu apa 3 kesalahan biasa kita,
rajin²lah klik gambar kat bawah ni, jangan risau ek, 
it will lead you to the new tab.

Apa² pun, alhamdulillah...
Very blissful!

Even pegawai tu agak tak friendly *eh, perlu ke?* tapi alhamdulillah dia tak fail kan kita sebab salah tarik tempat bukak tank minyak! Terima kasih la kat pegawai tu, bukan senang tau drive dalam keadaan yang sunyi dan hanya bertemankan radio Sinar *tangan kat bahu bibir juih² jonget sikit*

Test JPJ kita on January 5, wish me luck okay? Oh, soal kelas hanya 4 jam instead of 8 hours, rupanya cikgu kita akan buat baki kelas yang 4 jam tu minggu depan. Dia saje suruh buat QTI dulu sebab nak biasakan kita dan supaya dia boleh pantau apa yang kita tak boleh kuasai. Nice kan cikgu sekolah memandu kita? *winking*

Kawan² yang tengah nak amek test QTI atau JPJ tu, all the best okay? Tak lupa ex housemate kesayangan, Arnor yang juga tengah belajar memandu. Nanti kita boleh drift sesama okay? Bersama Cikgu Nadzmiah

Till then... ♥

Saturday, December 17, 2011

SELANGKAH LAGI KE HADAPAN | 행운을 빕니다, Yana!


Alhamdulillah, half way done!

Dah pun sampai Korea!

Eh, pehal kat Korea ada gambar raja² kita tu?
Okay korang kena tipu, bukan kat Korea, 
kat Akademi Pengajian Bahasa (APB) je pun
(^_*)

Since the previous entry I've told you guys, today, I went to Korea the interview for the application of degree (LG 221-Bahasa Melayu Komunikasi Profesional). What a hectic day no? Ce bayangkan, kau sampai pukul 830 am, tapi hanya berjumpa panel pukul 3 pm! Bayangkan betapa ramainya candidates? Almost 3 ratus lebih! STPM, asasi Law agak ramai, panel jumpa depa dulu, budak dip? Bilang dengan jari saje...

Sadly, tak ramai kawan² batch diploma yang apply LG, hanya empat orang. Biasalah, lain orang lain minatnya. Masing² ada pilihan sendiri, pilihan ni bukan boleh buat main²,, pilihan tentang masa depan ohh, so this is it... 

Teman pertama yang dijumpai, Azizi Dain! LOL! He's standing in front of the list name, info tentang interview dengan panel berapa, nak tegur takut salah orang so I've chose the best way supaya tak termalu sendiri, cakap kuat² dengan akak macam ni, 

Akak, ce check, ada tak nama Azizi Dain! And yes! He's turned around and LOL! It's him! Cuak je masa nak tunggu dia pusing, kalau salah orang macam mana? Phewww! Happy kot jumpa dia, hyper as always! Alhamdulillah, at least tak lah keseorangan!

Lepas Azizi Dain, muncul Arein lepas tu Maria! Siap laga² pipi tau, macam tak jumpa like for ages! To be true, nama kitaorang tak ada dalam list, mungkin sebab budak dip, yang list tu mungkin asasi dan stpm. Apalah nasib kan? 

The Mereka!
Like seriously, they made my day! 

Dah puas berdiri, duduk pulak!
Duduk² dah boring, masing² membincangkan isu bahasa!
Gigih tak? Dan ianya sangat membantu!


Bila dah lama duduk, jadi panas pungkuq! Dah tak tau nak buat apa, berjalan ronda kawasan. Maka terhasilnya gambar syok sendiri yang di atas! Ala² duta APB kan? Oh, by the way, bukan hanya kami dari TEKA, seorang senior yang juga blogger, adik kepada senior juga seorang blogger *erk, bebelit!* pun ada! Siapa? Affan, adik Kak Yaya! All the best Affan! 

Ha, dah puas duduk, dah puas berjalan, dah puas bergambar, nama tak jugak dipanggil²! Last sekali ada satu announcement, ingat nak split lagi kepada small group, rupanya suruh pergi break 45 minit sebab nak kasi setel stpm! What!!! Apa lagi, terus keluar dan menuju ke KFC! Dekat sangat! 


Melantak time!

Nak dapat makan ni, bukan main payah, annoying bila ingat² balik! Hey Kak Ton *bukan nama sebenar* kalau nak serve orang, please la, polite la sikit, kitaorang dah habis manis tersenyum, agak kalau dah penat, jgn keje kat fast food, pagi² lagi dah moody, tak sampai malam lagi! Mencabar keimanan pulak, kita dengan Azizi kesabaran dah over the limit masa tu, grrrr! Bila dah siap² breakfast dalam keadaan tegang, balik semula kat APB. Nasiblah ada akak kita yang sanggup jadi driver of the day. Thanks a lot Kak! 

Cabaran bukan sampai situ je, nak tau tak, kitaorang kena tunggu lagi! Penat dah tau, masing² dah lemau, Azizi lagi lah, sekejap duduk, sekejap diri, mundar mandir, menguap! Paling tak boleh blah, mulut dia masin, dia boleh bantai cakap, entah² sambung pukul 2! Homaigaddd! And ianya berlaku!

Keluar lagi dari APB, masa tu akak dah on the way pergi pkns, terpaksa patah balik pick up kitaorang. Kali ni memang nekad, pergi pkns dan berjimba, siap dengan baju kurung dan Azizi seperti seorang CEO, berkemeja dan berkasut! Berjimba sangat! 

The Mereka, 
teman dikala resah, gemuruh, nak terkencing, seram sejuk, 
ketibas *ketiak basah*, perut bergelodak, hati berdetak kencang! 
Terima kasih semua untuk hari ini!

After lunch, kembali semula ke APB. Kali ni gemuruh dia lain macam, masuk² dewan tengok ada sikit je orang! Boleh bilang! Ini makin tak selesa tahu? Kalaulah boleh lari, dah lama lari. Kalaulah boleh terus balik... Semuanya kalau!

Interview? Ada tiga orang semua sekali! Semua wanita. Tangan menggeletar, peluh dingin mula menitis! Euwww! Soalan pertama, kenapa memilih untuk bertukar arah? Hmmm, kita dah agak dah panel tu nak tanya macam tu, nasib dah prepared, alhamdulillah.
Soalan kedua, apa yang DBP boleh buat untuk memartabatkan lagi bahasa? Heckkk! Kenapa soalan kita agak susah berbanding mereka? Oh, sekali interview, ada 4 orang termasuk kita, kita interview dengan Maria, Arein dengan Azizi. Soalan ketiga, in English, what's the purpose of the internet? Demmm, as always, gelabah dan berbelit² lidah! Even macam tu, still dapat jawab dengan fluent, bagi kita lah. LOL
Akhir sekali panel suruh tanya apa² dan laju je bertanya, agak² saya diterima tak? Yeahhh, panel jawab sambil tersenyum, pelajar diploma tak ramai, kemungkinan tu ada, every level ada quota! Ini sudah baik. Monolog dalam hati, semoga quota itu milik kami.

Okay, end of story, end of merepek panjang lebar and towards the end, no body's care. LOL! Cuma mengharapkan entry ini dapat dibaca berulang kali sambil tersenyum jika 4 daripada quota itu milik kami, insyaAllah. Semoga Allah mempermudahkan jalan kami. Amin

Even it's a long day, may it's worthwhile wait. 
Hopefully the progress went well and may us be the chosen one!

Tuesday, December 13, 2011

SEMOGA IANYA PILIHAN YANG TEPAT


13.12.11, what a nice date huh?

Permulaan hari yg baik jugak. Pagi² lagi dah bangun, bukan selalu macam ni since Yana bukan morning person, tapi lately ni harus la jadi morning person. Bangun tidur, mandi, basuh baju, sidai baju, pergi mini market, masak baru lah online. 

Rutin yang biasa setelah menjadi seorang penganggur! Dah quit 7e, ada dapat beberapa job offer tapi harus ditolak sebab hal² yang tak dapat dielakkan. So sekarang menjadi seorang anak rumah sepenuh masa. Mengambil alih tugas mama since mama tak berapa nak sihat.

Kehidupan ni memang senang nak berubah-ubah, sekejap kau kat sini, kejap kau kat sana, diberi pilihan, susah pulak nak buat keputusan, macam tu lah baru kehidupan, mana boleh linear, tak menarik! Dan tak lama lagi, kehidupan Yana mungkin berubah.

Alhamdulillah, second step after application of degree

Lepas fikir apa yang patut, keputusan untuk curang beralih arah dari Penulisan Artistik, dah pun keluar. Past few days memang semua budak² satu batch sibuk check sama ada dapat atau tak temuduga. Temuduga ni untuk certain course je, so jangan la terkejut kalau yang tengah apply degree nama dia tak ada.

Alhamdulillah, kata orang bila dapat interview ni, kira satu kaki kita dah langkah untuk masuk belajar. Memilih untuk menjadi sebahagian warga Akademi Pengajian Bahasa (APB) bukan senang, macam² fikir. What if kalau dapat, boleh ke adapt dengan tempat baru, kawan baru, subjek baru, benda baru and bla bla bla.

Tapi tenang dulu sebab apa yang kita dapat dan lalui tu datangnya daripada Allah dan Yana yakin Allah tahu apa yang terbaik. So far Yana happy dengan pilihan ni. And now time to focus on interview, hari Sabtu 830 am! Dah buat research apa yang patut, cuma belum study. Hope everything run smoothly. Pray for me yeah?

Not to forget, congrats and all the best pada semua candidates, especially bebudak Puncak Perdana batch Julai'09! Semoga korang tak gelabah, cuak masa interview nanti dan yang penting pass interview okay? As if ditakdirkan Yana tercampak ke APB, pasti Yana akan rindukan semua tentang Puncak Perdana, budak²nya yang gila, yang fun, yang sporting, yang vogue, yang handsome, yang talented yang bla bla bla bla!

Last but not least, erm, ada ke readers blog ni dari APB atau dapat jugak interview APB? Kalau ada meh la share apa yang patut. Nervous to the max ni even kali kedua interview. My first time masa nak jadi student Penulisan Artistik. Any tips tak? 

Semoga ini pilihan yang tepat!

Saturday, December 10, 2011

PENUHI MASA LAPANG DENGAN MEMBACA OKAY? TIRU MACAM YANA ^^


Salam semua!

Rasa lama beno tak menaip kan? Kalau ada pun pendek² bak kata Cik Mysara Ramlan kita. Katanya dia perasan jugak yang Yana dah jarang update kalau update pun pendek². Eh, betul ek? Sebabnya banyak sangat vitamin M dalam badan ni.

Canggung la nak mulakan cerita! Hey, I'm not a good storyteller, nak main ayat bagai, entah macam mana lah boleh ada blog ni, ayat entah hape²! Maap maap maap! Tak macam Kak Yaya, kelasss kau Maria, ayat dalan setiap entry, perghhh! Dalam tajam ada ceria dalam ceria ada jiwang dalam jiwang ada sinis. Eh?

Percaya tak, penggunaan ayat dalam penulisan, boleh mempengaruhi minat membaca orang. Kalau bosan ayat kau, laju je orang klik pangkah kat hujung tepi belah kanan warna merah tu, kalau ayat kau bombastik, bersahaja, sweet² and etc, konfem! Konfem orang boleh jadi stalker kau! 

Part of being stalker to a certain blog that very attractive, I'm novels lover too! Membaca novel salah satu hobi di masa lapang. Nak tulis novel, hmmmm, dah kalau penulisan entah apa² macam mana nak tulis novel? Nama jek budak Penulisan Artistik

Since I've been staying at Shah Alam, not far from Karangkraf Sdn. Bhd., bila ada fiesta buku or some sort, ada banyak je peluang untuk beli novel dengan harga yang murah. Minggu lepas *see, told ya, cerita minggu lepas baru hari ni nak up entry* dua hari berturut² yana pergi Karangkraf sebab ada Fiesta Buku Karangkraf 2011!

First day pergi dengan ayah, a date with daddy *I'm daddy's little girl* katanya. Ayah tunggu tepi, cepat je Yana rembat dua buah novel since memang dah target nak beli novel apa. Since sekarang kan gelombang Ombak Rindu, makanya Yana beli la satu, dulu² baca Maksu punya, now I've one! 

Clockwise: 

Sedang beratur nak bayar buku, gila lambat! 
Kaunter banyak tapi orang lebih banyak dari kaunter, 
macam mana tu? Sumpah ramai!

Gemersik Kalbu! TV series bakal ditayangkan dekat TV3!
Homai! Ayu Raudhah berlakon okay! Sukaaa!
Ombak Rindu cover lama, datang² laju tangan kasi angkat, 
last copy!

Kau hadoo? Dua bakul sekali gus!
 Kakak depan Yana pun beli banyak jugak,
katanya kongsi adik-beradik.

Sumpah cakap, kalau sesiapa yang tak ada kesabaran dalam menunggu, memang dah angkat kaki balik. Melaut orang tahu? Q untuk bayar adalah dalam 15 ke 20 minit. Sebabnya dengan bahang, sesak. Buatnya dekat bawah khemah, faham² lah.


The next day Yana pergi lagi! Soalnya tak dapat beli Bicara Hati by Damya Hanna. Dulu² pernah baca, pinjam Maksu jugak. First novel yang Yana baca, suka sangat! So second day pergi, tengok² bawah khemah dah kosong, rupanya buat dalam auditorium yang ada air-cond. Weehuuu, asyik!


Boleh tengok kan ramai kaum Hawa yang suka baca novel? Dari anak ke mak². Suka betul tengok, they shared same hobby. Mama suka jugak baca novel tapi since dia tak sihat, second day, Yana pergi dengan akak and aunties. Bukan tak ada lelaki langsung, kebanyakan kaum Adam yang pergi, duduk tepi dengan anak². 

Clockwise:

Total for 7 items only RM 74!
6 novel, 1 buku resipi, berbaloi kan?
Bukan senang nak dapat diskaun, dari RM18++ jadi RM14.
No wonder ada yang berbakul² beli.

Those novel have been bought by Akak & Aunties

Ehem, harus interframe sikit, sikit je, tak banyak pun,
abaikan segala ketembamam dan kebulatan wajah.

Alhamdulillah, second day went well. Tak panas, tak bahang, tak berpeluh ketiak *tak ketibas*, tak berselit², tak berlaga bahu. Kaunter banyak sangat! Cumanya ada yang bawak baby kecik² anak berdedai². As for me, kalau ada baby tu, tak payah la bawak, especially tempat crowded, kesian baby tau. Kita yang dewasa ni rimas dengan crowd, apatah lagi baby kan?

Move on, so far Yana dah boleh buat koleksi novel, phewww, lama kot nak jadi pengumpul ni. Bukan senang! Sebelum kau kumpul novel, kau kena kumpul duit ye, Yana! Even kena keluar duit tapi ianya boleh baca berkali² boleh mengubat duka lara di kala sepi *cehhh* so tak rasa membazir pun. 

Antara koleksi novel Alaf 21 and other publisher

Clockwise:

Bikash Nur Idris, Kreisya Reisya, Liza Zahira, Damya Hanna, 
Aleya Aneesa, Anis Ayuni, Aisya Sofea 

Ada a few novel yang dah hilang dan misplaced T__T. Adam & Hawa, Seharum Kasih, Kabus Kasih., Jendela Hati and many more that I couldn't recall. Seharum Kasih by Aina Emir, one of my fav! Rasya Aleya dengan Syed Reeza, cerita yang oh la la! 

Publisher lain² cover pun lain²
jalan cerita masih sama! I want this novel so badly! 


Some random fact about LA, 
part of being a novel lover,
I love spending some time for Sudoku as well!

Wednesday, December 7, 2011

Sunday, December 4, 2011

MOVIE DATE | OMBAK RINDU


Ni bukan cover novel Ombak Rindu *noted*,
ni cover novel Ombak Kesepian, coming soon! 


Okay, to be true, dah tengok pun movie Ombak Rindu 2hb hari tu, repeat after me, hari kedua ditayangkan! Siap book dulu sebab takut sold out! Gigih tak gigih? To be frank, Yana sangat suka baca novel! #SANGATSUKA! 

Before pergi tengok sendiri filem tu, Yana baca segala feedback kat OR Official FPage, most of them kata harus bawak tisu! Ha, memang rasa ramai yang bawak tisu pun, apa taknya, semua yang pergi gadis² kakak² makcik². Boleh kira la kaum Adam, termasuk la Mr. Yana sendiri *setelah dipaksa!*

TGV Bukit Raja yang selama ni sunyi sepi, tak berapa nak ramai tetiba dah jadi macam ombak manusia. Nak masuk kena beratur, masuk je hall, fuhyoooo! Full House! First row je yang tak penuh, kalau rasa nak teleng, berani la book first row! 

Kalau nak review, dah penat sangat dah nak review, korang pun boleh google sendiri kan? Tisu? Haremm tak bawak sebab guna jari pun boleh! Tak berapa nak leleh macam yang Yana baca based on viewers beritahu. 

Sepanjang dalam hall tu, apa yang Yana rasa thru out the movie, ada scene yang boleh buat Yana gelak, which is dah jadi macam movie komedi, bukan Yana sorang tapi almost 1 hall tu gelak! Aaron Aziz, lawak spontan tu, nampak comel buat certain scene nampak sangat komedi, tak grip/hold emosi audience. 

Technically, perasan tak ada certain shot macam salah focus! Blur! Cinematography pulak, sangat superb, cantik! Cuma ada spoiler part editing, fade sangat laju! Pun tak berapa nak grip! Baru nak feeling, eh, dah beralih scene lain. Mungkin ada cut shot, yela, masa pun 2 jam je. Dengar ada part Fauzi Nawawi (Azman, scandal Julia Ziegler) kena  cut! Aduhhh, sayangnya tapi sepanjang belajar, pernah dengar ada terma, jangan sayang nak potong shot/scene. 

Kalau nak tanya Yana, part yang mungkin menyentuh hati, bukan tak ada, ada, tapi sangat minimal! Menitis jugak lah masa Izzah kejar Hariz. Kesian, tapi tak adalah sampai guna tisu, guna jari kekasih hati sendiri pun boleh!

After all, Ombak Rindu lebih layan bila baca novel, di malam hari, leleh² air mata, sedu sedan sikit, besttt! Ni tak, tengok dengan Mr. Yana, spoiler! Dia duduk tak diam, kejap pusing kiri, pusing kanan, dah seghupe bawak budak² kecik! Grrrrr!

Oh, other than that, boleh baca review yang Yana rasa, sependapat dengan Yana, pendapat mereka sama dengan apa yang Yana rasa. Well-know bloggers, Cik Epal, Hans & Kak AyueRobin. Rajin²lah klik okay?

Spoiler of The Day!

Nasib baik kamu belanja orang satay 30 cucuk plus novel!
Novel Tiada Yang Kedua, Sania Yasmin
Eh, janji ye, Tiada Yang Kedua, okay?
LOL, a million thanks!


Ombak Rindu 3- 5 Nur Kasih The Movie

Thursday, December 1, 2011

TO MY BELOVED GUY



This guy has been thru many trials and crises,
mostly in the relations between two person...

They've been thru so much ups and downs,
they built trust on each other, they in love one another
but they end up with separation...

What's wrong with this guy?
Neither good looking nor having a good career?

Way too far!

He might be smart handsome guy, he may excellent in career, 
but only Allah knows the best...

He doesn't want us put blame on the girls, 
everything happened for reason...

To that guy, we'll always love you, even if she doesn't,
to the girl, even if he's not good enough, do appreciate what he had done...