Sunday, December 4, 2011

MOVIE DATE | OMBAK RINDU


Ni bukan cover novel Ombak Rindu *noted*,
ni cover novel Ombak Kesepian, coming soon! 


Okay, to be true, dah tengok pun movie Ombak Rindu 2hb hari tu, repeat after me, hari kedua ditayangkan! Siap book dulu sebab takut sold out! Gigih tak gigih? To be frank, Yana sangat suka baca novel! #SANGATSUKA! 

Before pergi tengok sendiri filem tu, Yana baca segala feedback kat OR Official FPage, most of them kata harus bawak tisu! Ha, memang rasa ramai yang bawak tisu pun, apa taknya, semua yang pergi gadis² kakak² makcik². Boleh kira la kaum Adam, termasuk la Mr. Yana sendiri *setelah dipaksa!*

TGV Bukit Raja yang selama ni sunyi sepi, tak berapa nak ramai tetiba dah jadi macam ombak manusia. Nak masuk kena beratur, masuk je hall, fuhyoooo! Full House! First row je yang tak penuh, kalau rasa nak teleng, berani la book first row! 

Kalau nak review, dah penat sangat dah nak review, korang pun boleh google sendiri kan? Tisu? Haremm tak bawak sebab guna jari pun boleh! Tak berapa nak leleh macam yang Yana baca based on viewers beritahu. 

Sepanjang dalam hall tu, apa yang Yana rasa thru out the movie, ada scene yang boleh buat Yana gelak, which is dah jadi macam movie komedi, bukan Yana sorang tapi almost 1 hall tu gelak! Aaron Aziz, lawak spontan tu, nampak comel buat certain scene nampak sangat komedi, tak grip/hold emosi audience. 

Technically, perasan tak ada certain shot macam salah focus! Blur! Cinematography pulak, sangat superb, cantik! Cuma ada spoiler part editing, fade sangat laju! Pun tak berapa nak grip! Baru nak feeling, eh, dah beralih scene lain. Mungkin ada cut shot, yela, masa pun 2 jam je. Dengar ada part Fauzi Nawawi (Azman, scandal Julia Ziegler) kena  cut! Aduhhh, sayangnya tapi sepanjang belajar, pernah dengar ada terma, jangan sayang nak potong shot/scene. 

Kalau nak tanya Yana, part yang mungkin menyentuh hati, bukan tak ada, ada, tapi sangat minimal! Menitis jugak lah masa Izzah kejar Hariz. Kesian, tapi tak adalah sampai guna tisu, guna jari kekasih hati sendiri pun boleh!

After all, Ombak Rindu lebih layan bila baca novel, di malam hari, leleh² air mata, sedu sedan sikit, besttt! Ni tak, tengok dengan Mr. Yana, spoiler! Dia duduk tak diam, kejap pusing kiri, pusing kanan, dah seghupe bawak budak² kecik! Grrrrr!

Oh, other than that, boleh baca review yang Yana rasa, sependapat dengan Yana, pendapat mereka sama dengan apa yang Yana rasa. Well-know bloggers, Cik Epal, Hans & Kak AyueRobin. Rajin²lah klik okay?

Spoiler of The Day!

Nasib baik kamu belanja orang satay 30 cucuk plus novel!
Novel Tiada Yang Kedua, Sania Yasmin
Eh, janji ye, Tiada Yang Kedua, okay?
LOL, a million thanks!


Ombak Rindu 3- 5 Nur Kasih The Movie

10 comments:

Nurulchumel said...

bestnya.
kita je blum tengok.
hmm. :(

Lily Suhaili said...

Bestttnyaaa !
Tak sempat lagi nak pi tengok :/

J.Syazwana said...

saya tak tengok lagi sebab kawan2 saya semua tak eksited nak tengok. hehehe.

sate 30 cucuk ??? *pengsan.
hebatnya.
saya makan 5 cucuk dah muak. hehehe.

ika alwee said...

hah..ade la jugak tu feelnye..smp kan kene guna jari pun boley...
hehe

Eliya Yaya said...

hehe.leya dah tengok bole feeling abeh bila tak pegy dengan ali.maybe for second time with sis ali n ali . hehee .

Arnorziahtul said...

comel la yana. jeles dpt tgk ombak rindu dengan boifren.. hurrmm.

syufaa said...

ololoooo. dapt novel ngan satay ye!
ceronoknye! hihi
syufa tak tgk lagi ombak rinduu.
bila mau tengok tak tau. :D

shahrazali said...

sy tgok kat bukit raja gk...hehe.. masa sy tgok ingtkan x ramai lelaki...segan gk,,tp last2 ramai gk lelaki dalam tu.... mungkin macam MR awk la..kena paksa...sy mmg nk tgok sbb pelakon dia best2..

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

aaa...sume org cite psl ombak rindu.nak tgk jgk!!huhu~

aTy _faRed~ said...

tah biler dapat tengok cerite ni..penuh memanjang...:(