Saturday, December 10, 2011

PENUHI MASA LAPANG DENGAN MEMBACA OKAY? TIRU MACAM YANA ^^


Salam semua!

Rasa lama beno tak menaip kan? Kalau ada pun pendek² bak kata Cik Mysara Ramlan kita. Katanya dia perasan jugak yang Yana dah jarang update kalau update pun pendek². Eh, betul ek? Sebabnya banyak sangat vitamin M dalam badan ni.

Canggung la nak mulakan cerita! Hey, I'm not a good storyteller, nak main ayat bagai, entah macam mana lah boleh ada blog ni, ayat entah hape²! Maap maap maap! Tak macam Kak Yaya, kelasss kau Maria, ayat dalan setiap entry, perghhh! Dalam tajam ada ceria dalam ceria ada jiwang dalam jiwang ada sinis. Eh?

Percaya tak, penggunaan ayat dalam penulisan, boleh mempengaruhi minat membaca orang. Kalau bosan ayat kau, laju je orang klik pangkah kat hujung tepi belah kanan warna merah tu, kalau ayat kau bombastik, bersahaja, sweet² and etc, konfem! Konfem orang boleh jadi stalker kau! 

Part of being stalker to a certain blog that very attractive, I'm novels lover too! Membaca novel salah satu hobi di masa lapang. Nak tulis novel, hmmmm, dah kalau penulisan entah apa² macam mana nak tulis novel? Nama jek budak Penulisan Artistik

Since I've been staying at Shah Alam, not far from Karangkraf Sdn. Bhd., bila ada fiesta buku or some sort, ada banyak je peluang untuk beli novel dengan harga yang murah. Minggu lepas *see, told ya, cerita minggu lepas baru hari ni nak up entry* dua hari berturut² yana pergi Karangkraf sebab ada Fiesta Buku Karangkraf 2011!

First day pergi dengan ayah, a date with daddy *I'm daddy's little girl* katanya. Ayah tunggu tepi, cepat je Yana rembat dua buah novel since memang dah target nak beli novel apa. Since sekarang kan gelombang Ombak Rindu, makanya Yana beli la satu, dulu² baca Maksu punya, now I've one! 

Clockwise: 

Sedang beratur nak bayar buku, gila lambat! 
Kaunter banyak tapi orang lebih banyak dari kaunter, 
macam mana tu? Sumpah ramai!

Gemersik Kalbu! TV series bakal ditayangkan dekat TV3!
Homai! Ayu Raudhah berlakon okay! Sukaaa!
Ombak Rindu cover lama, datang² laju tangan kasi angkat, 
last copy!

Kau hadoo? Dua bakul sekali gus!
 Kakak depan Yana pun beli banyak jugak,
katanya kongsi adik-beradik.

Sumpah cakap, kalau sesiapa yang tak ada kesabaran dalam menunggu, memang dah angkat kaki balik. Melaut orang tahu? Q untuk bayar adalah dalam 15 ke 20 minit. Sebabnya dengan bahang, sesak. Buatnya dekat bawah khemah, faham² lah.


The next day Yana pergi lagi! Soalnya tak dapat beli Bicara Hati by Damya Hanna. Dulu² pernah baca, pinjam Maksu jugak. First novel yang Yana baca, suka sangat! So second day pergi, tengok² bawah khemah dah kosong, rupanya buat dalam auditorium yang ada air-cond. Weehuuu, asyik!


Boleh tengok kan ramai kaum Hawa yang suka baca novel? Dari anak ke mak². Suka betul tengok, they shared same hobby. Mama suka jugak baca novel tapi since dia tak sihat, second day, Yana pergi dengan akak and aunties. Bukan tak ada lelaki langsung, kebanyakan kaum Adam yang pergi, duduk tepi dengan anak². 

Clockwise:

Total for 7 items only RM 74!
6 novel, 1 buku resipi, berbaloi kan?
Bukan senang nak dapat diskaun, dari RM18++ jadi RM14.
No wonder ada yang berbakul² beli.

Those novel have been bought by Akak & Aunties

Ehem, harus interframe sikit, sikit je, tak banyak pun,
abaikan segala ketembamam dan kebulatan wajah.

Alhamdulillah, second day went well. Tak panas, tak bahang, tak berpeluh ketiak *tak ketibas*, tak berselit², tak berlaga bahu. Kaunter banyak sangat! Cumanya ada yang bawak baby kecik² anak berdedai². As for me, kalau ada baby tu, tak payah la bawak, especially tempat crowded, kesian baby tau. Kita yang dewasa ni rimas dengan crowd, apatah lagi baby kan?

Move on, so far Yana dah boleh buat koleksi novel, phewww, lama kot nak jadi pengumpul ni. Bukan senang! Sebelum kau kumpul novel, kau kena kumpul duit ye, Yana! Even kena keluar duit tapi ianya boleh baca berkali² boleh mengubat duka lara di kala sepi *cehhh* so tak rasa membazir pun. 

Antara koleksi novel Alaf 21 and other publisher

Clockwise:

Bikash Nur Idris, Kreisya Reisya, Liza Zahira, Damya Hanna, 
Aleya Aneesa, Anis Ayuni, Aisya Sofea 

Ada a few novel yang dah hilang dan misplaced T__T. Adam & Hawa, Seharum Kasih, Kabus Kasih., Jendela Hati and many more that I couldn't recall. Seharum Kasih by Aina Emir, one of my fav! Rasya Aleya dengan Syed Reeza, cerita yang oh la la! 

Publisher lain² cover pun lain²
jalan cerita masih sama! I want this novel so badly! 


Some random fact about LA, 
part of being a novel lover,
I love spending some time for Sudoku as well!

8 comments:

Pocket said...

mak aih banyak nya buku,
pocket tak pernah baca lagi novel ombak rindu tu, teringin gak nak baca, tp malu nak beli.. muahahahah!!

baca buku novel buleh improve writing skill kita, moga kita sendiri berjaya dalam 'Artistic writing' dan blog writing kita :) heheh

syufaa said...

manyak nye novel awak!
syiokkkk la bce!
hihihi

saharinasaharudin said...

alaaaa,menyesal xpegi pesta buku tuu.huhu ;(

mysara ramlan said...

I tak kira!! nanti I nak pinjam semua novel U!!!!

littledolphin said...

ALA..saya tak tahu pun ada pesta buku kat karangkraf hari tu T_______T

~ NANA ~ said...

yeayy kita sama la yana...kak nana pon byk novel...hehe

Cik Aish said...

perghh byk gila koleksi novel!!!! bgs..

J.Syazwana said...

banyaknya novel dia !!!

kan best kalau rumah kamu kat sebelah je. bosan2 boleh pinjam novel.

keh keh keh.

kalau sorang dah angkut 1 bakul mana tak lamenya dekat kaunter tuh. hik hik