Wednesday, December 21, 2011

3 KESALAHAN PEMANDUAN KERETA GADIS AMATUR


Salam semua.

Hari tu bersamaan December 19, kita dah pun selamat melahirkan baby yang comel menjalani QTI. Kan kita ada cerita² hari tu kita tengah belajar memandu. Excited tahu? Siap update pasal tengah ambil driving license. Bukan apa, nanti tak payah susah² kita nak cerita dekat cucu cicit kita, macam mana granny mereka hebat ber'drift', diaorang boleh je click http://liyanaziz.blogspot.com atau google LURFYLIYANA

Okay, mula² kita ingat driving class je, ghupenya cikgu terus nak suruh kita buat QTI. Kita kan baru masuk driving class dua kali, so baru 4 jam. Mungkin cikgu nak cepat, tapi kita bayar untuk 8 jam! Part ni kita tak puas hati. Kejap ek, nanti kita explain akhir² nanti pasal ni.

Paling kita cuak, nombor giliran nombor 5! Pheww, berpeluh ketiak kejap. Tengok kiri kanan, tak adalah ramai sangat, sah² la pegawai ramai, kata dekat HQ kan, mesti laju je. Cikgu kita pulak asyik tanya, "Kamu boleh tak? Ingat lagi tak?" Hmm, kalau cakap tak ingat, makin lambat la kita nak dapat lesen! 

Since hari Isnin selalunya test untuk taxi, jadinya QTI kita dj jalan raya! Ha, ini lagi mencabar tahu? Bukan setakat berpeluh ketiak, tapi dah ketibas! Nasib baiklah cikgu kita ajak pergi pusing² dulu jalan 1 dan jalan 3, tak adalah cuak nanti.

Bila dah pusing² jalan² tu semua, cikgu pun suruh kita tunggu sampai giliran kita. Alhamdulillah, masa pusing² dengan cikgu tu, kita tak ada mati enjin, everything run smoothly. Bila tengah tunggu giliran, lagi la cuak bila nombor giliran yang tengah test nombor 3! Lagi 2! Tapi kan, tak berapa lama lepas tu nombor 4 tak ada, loncat nombor 5 terus! Masa ni dah gigil² lutut, cuak, pucat lesi, something in my belly! Tengok pegawai tu, serius je! Ni bikin bertambah gelabah!

Bila dah settle thumb print semua, off to go! Phewww! Masuk kereta, check apa yang patut dan bergerak! Pegawai tu diam je. Ingat nak ajak berbual² hilangkan gementar tapi hampeh! Tak dilayan! Dia layan radio Sinar je sambil tulis².

Lepas tu dia suruh kita ikut jalan 1 tapi kita boleh lupa jalan 1 yang mana jalan 3 yang mana! Kita ni short term memory lost, padahal tadi cikgu dah bawak pusing²! Ah sudah! Kita dah seram sejuk, kalau tanya nanti mungkinkah kena demerit sebab tak ingat jalan? Last² kita ringankan mulut bertanya, 

"Encik, jalan 1 teruskan?" Kita tanya dengan sopannya.
Dia pandang kita dengan muka yang serius, lalu dia jawab, 
"Yela, terus je, kan jalan 1 terus je, ada jalan lain ke?"

Lepas dia tak nak layan kita berbual, sambil drive tu, kita tengok la kiri kanan, acah² dah expert bawak kereta. Banyak tahu kereta di pagi hari Isnin tu? Cuak! Dah la jalan kat situ kecik dan sempit, yang lalu ada lori, bas! Ha, cane tu?

Dah kalau kenderaan berat, haruslah jalannya macam gajah kan, jalan pulak 1 lane je. Makanya kereta yang kita bawak lagi bertambah slow, agak kerana takut mati enjin, kaki kita kat clutch jeIkut rapat lagi! Kita tahu kita dah buat salah! LOL!

By the way, bila dah nak dekat sampai HQ, pegawai tu suruh berhenti dekat Petronas! Kita dah macam nak nangis, yela, kan ada banyak kesalahan tapi takkan nak suruh turun dekat Petronas jugak, kita tak puas lagi buat drift pegang stereng! 

Mula² dia suruh berhenti tepi tapi bila kat pam minyak tu ada kosong, dia suruh pergi kat pam minyak. Kita assume mungkin dia nak isi minyak, bukan suruh kita turun sebab banyak fail! Masa tu tak putus² ucap alhamdulillah dalam hati, dia tak fail kan kita. 

Tapi yang spoilnya, dia suruh bukak tank minyak, tapi kita pergi bukak bonet! Ha, menggelabah jugak masa tu! Kita ingat dia nak tolong tutupkan bonet, hampeh lagi sebab dia menonog pergi kaunter. So kita pun bukak seat belt lalu pergi tutup bonet tu semula, duduk diam² dalam kereta sampai dia habis isi minyak. Hopefully kesalahan salah bukak komponen kereta tak dikira! ^^

Bila dah masuk HQ, kita rasa lega sikit, tak banyak pun sebab cuak tunggu sama ada lulus atau tak! Bila dah thumb print, dia pun bagi kita kertas exam tu. Kita rasa sebak tau! Bukan sebab fail, kita ingat tak ada kesalahan *bajet!*, tapi ada! 3 kesalahan biasa!


Oh, by the way, kalau nak joyah² sikit nak tahu apa 3 kesalahan biasa kita,
rajin²lah klik gambar kat bawah ni, jangan risau ek, 
it will lead you to the new tab.

Apa² pun, alhamdulillah...
Very blissful!

Even pegawai tu agak tak friendly *eh, perlu ke?* tapi alhamdulillah dia tak fail kan kita sebab salah tarik tempat bukak tank minyak! Terima kasih la kat pegawai tu, bukan senang tau drive dalam keadaan yang sunyi dan hanya bertemankan radio Sinar *tangan kat bahu bibir juih² jonget sikit*

Test JPJ kita on January 5, wish me luck okay? Oh, soal kelas hanya 4 jam instead of 8 hours, rupanya cikgu kita akan buat baki kelas yang 4 jam tu minggu depan. Dia saje suruh buat QTI dulu sebab nak biasakan kita dan supaya dia boleh pantau apa yang kita tak boleh kuasai. Nice kan cikgu sekolah memandu kita? *winking*

Kawan² yang tengah nak amek test QTI atau JPJ tu, all the best okay? Tak lupa ex housemate kesayangan, Arnor yang juga tengah belajar memandu. Nanti kita boleh drift sesama okay? Bersama Cikgu Nadzmiah

Till then... ♥

3 comments:

tieha ismail said...

haishhh x sabar2 lettew nak ader lesen kereta kan?

emieysandra said...

emiey pn tgh buat lesen, skg tgh tgu lesen L..ermm, test jpj kne ambik mse cuti lain kali la nmpaknyer >___<"

Elie Lily said...

gudluck makcik! :)