Tuesday, August 31, 2010

HIDE & SEEK

Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia!

Fewwwww, sangat teruja hari ni. Hilang gundah gelana semua. Hari ni negara kita Malaysia menyambut hari Merdeka ke-53. Hari ni juga hari lahir LIL MAGNET Yana. Happy Birthday Elie! Semoga panjang umur murah rezeki, diberkati Allah dunia akhirat. Semoga semua impian you tercapai okay? Amin.

Okay, tu intro Yana, panjang tak panjang wajib baca! Dah baca kan tajuk entry??? Hide & Seek. Seram tak seram?? Ceritanya bermula apabila, Yana dengan famili nak keluar lepak mamak malam semalam. Mama dengan ayah buka cerita masa mereka kecik2.


Mama dengan ayah kongsi satu cerita, masa kecik mereka main hide & seek masa bulan ramadhan, lepas terawikh kan. Nak tau apa jadi??? Mereka kehilangan kawan mereka beberapa ketika. Sounds weird kan? Bulan ramdhan, tak kan disorok? Takkan mitos yang selalu dimomok2kan tu betul?


Cerita mama, penat mereka cari kawan yang sembunyi tu, almost one hour, semua orang dah cuak, tak jumpa2. But finally, they found this boy. Jumpa dekat pokok nangka. Budak lelaki ni cakap, dah lama dia sembunyi kat pokok nangka, tapi yang peliknya, mama & the geng dah keliling pokok nangka tu kot, tak nampak pun?? So, boleh tak korang predict apa yang jadi??

Hal ayah pulak, main hide & seek pukul 12 macam tu. Ayah cakap, normal la bagi anak kampung main tengah malam after terawikh. Hal yang sama juga jadi pada kawan ayah, cari2 tak jumpa. Bila jumpa budak tu, rupanya dia atas pokok, but again, ayah & the geng dah cari kat pokok tu. Huh??? *blank sekejap*

Mengikut parent Yana, kawan mereka yang bersembunyi tu tak nampak pun yang orang lain sibuk cari mereka, mereka ingat semua orang tak tau mereka bersembunyi di situ walhal, habis keliling parent Yana & the geng cari. Mungkin ke mereka juga "dibutakan"?

So, susah nak percaya before this, entahlah., mungkin ke mitos selama ni betul? 
Tak elok main sembunyi2 cum hide & seek.

PICTURE BY : GOOGLE



PENYAKIT M SEMAKIN MENGGANAS!

Okay, sekarang Yana sangat cuak! 

Ber'chat' dengan kawan tadi kat FB then suddenly dia cakap kena hantar one of the assignment esok jugak and if not, markah akan dipotong! 

Erghhhhhhh! Esok kan cuti??? Ni yang perut rasa memulas! Bukan nak melabur saham berjuta2 tapi nak keluarkan idea untuk assignment! Tak boleh blah betul la!!! Maakkkkkkkkkkkkkkkkk! 

Errrghhh, stress makkkk!

Agak2 la, penyakit M ni pun satu, tak blah2 dari awal semester, asal ek?? Mungkin ke sebab sibuk berjiwang karat??? Mungkin jugak sebab banyak kali idea ditolak?? Mungkin jugak sebab mind setting sudah di'set' bahawa tak mungkin semester kali ni boleh score??

M = MALAS

Yana admit subjek semester kali ni pretty tough, mungkin ini penyebabnya?? Hmmm, semoga lecturer tu faham dan ada rasa belas kasihan kepada budak M ni. =( 

Hopefully masih ada sinar bahagia. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini *ayat pasrah*. Moral value is, jangan tangguh kerja/assignment *dari sekolah rendah set ayat ni tapi jarang2 praktikkan*.

Mahu tenang seperti baby ini

Salam semua.

LA Words : Negara sudah merdeka bertahun2,
tapi aku masih di takuk lama dan tak merdeka2 jugak! =p


Tuesday, August 24, 2010

MOTIF???

Selamat malam.

Line banyak laju ooo, apa pasal?? Entah, tak tau, jangan tanya kenapa, tapi alhamdulillah! Tapi kan, kelajuan line internet tak sama dengan kelajuan minda Yana bergerak! Sangat slow motion, sangat gloomy.

Cerita semalam tak seindah hari sebelum, entry yg sepatutnya menceriakan tak tertaip seperti yang di'plan' *sila abaikan*

Kosong sangat hati merah ni, mungkin dah tak seperti hari-hari indah seperti kelmarin. Susahnya nak predict kan? Bukan hati orang lain, tapi hati sendiri pun susah nak predict, macam sakit je bunyinya kan? Yup, sangat sakit! Terasa payau, bukan lagi tawar.

Matahari yang diharap akan terus menyinari tak muncul, betul, musim berubah, hujan turun dua tiga hari ni, alhamdulillah. Musim berubah? Hati manusia juga berubah, ada sesiapa membantah?

Ayat penuh tersirat kan? Itu sebahagian dari Yana, hidup Yana sebagai pelajar penulisan yg seharusnya banyak bermain dengan emosi. Kuat berangan? Tepat sekali! Jadi, jangan persoalkan kenapa lately banyak entry personal penuh dengan ayat bunga2. =p


Blogger Templates
Blogger Templates

Monday, August 23, 2010

NOTA SINGKAT

Selamat Petang readers!

Yana sedang meng'update' blog terus dari library kerana menemani Elie mencari info. Best sebenarnya update blog di sini kerana adanya air-cond yg sering membelai lembut kulit. *sigh*
Sebenarnya Yana masih mencari apa entry yg sesuai untuk di'post'. Maklumlah, mental Yana jugak sudah di'block' dek kerana terlalu banyak brainstorming untuk task yg lecturer bagi, bukan sikit2 punya idea tapi each class harus mempunyai idea untuk short film.
Cuba mencari-cari ruang untuk mendapatkan sebuah idea yg tidak akan di'reject' sangat sukar! *sudah beberapa kali idea tidak di'approve by lecturer, agak give up di situ*
Tidak mahu kusutkan kepala! *JANGAN JADIKAN CONTOH, AMARAN KERAS*
Yes, sudah dapat! Idea buat follow up entry! *entry blog, bukan short film* Tapi tak nak update hari ni, mungkin one fine day, insyaAllah. Harap tak basi lagi. =p
Note : Tak dapat makan fav food lagi!

Wednesday, August 18, 2010

BILA HATI MULA MENANGISI...

Ringkas dan padat!

Cuma mahu nyatakan aku begitu rindukan semuanya tentang mereka! Kenapa perlu ada persengketaan? Sampai bila harus begini? Sudah ramadhan, kemudian insyaAllah pasti syawal menjelang.

Pasti kini tak seperti dulu, tiada ruang buat gelak ketawa, usik mengusik! Tiada lagi! Betul, batin menjerit inginkan mereka tahu betapa hati ini sangat merindu!

Adakah mereka turut merasa persoalan yg sama? Mana mungkin kalau hati sudah berkata tidak, pasti tiada ruang!

Aku rindukan mereka!!!


Blogger Templates
Blogger Templates

Saturday, August 14, 2010

PUDING GULA HANGUS/CARAMEL

Salam semua!

Keterujaan Yana sekarang ni sedang menjangkau tahap maksimum! Kenapa? Kerana hari ni Yana dapat makan fav dessert! Yeeehaaaaaaaaaaaaaa!

Opsss,, before that, I am so frustrated! Nak tau kenapa? Kerana masih belum berkesempatan untuk makan roti john Puncak Perdana! Huarghhhhhhhhh! That day sebab lambat sangat service abg tu, Yana malas nak tunggu, tunggu punya tunggu tak dapat2!

Semalam pulak, dah dapat beli but unfortunately, balik rumah, letak dalam pinggan, bila online sekejap, masuk dapur tengok dah hilang. Mama cakap ayah dah buang sebab ada semut! Boleh tak korang bayangkan? *sila letak diri anda dalam situasi saya*

Back to my fav dessert, ada sesiapa dapat teka?? Tak dapat kan? Sekarang Yana nak bagi korang terliur dengan dessert yg sangat yummy ni. Dessert ni dipanggil Puding Gula Hangus/Puding Caramel. Mama yg buat, Yana cuma tolong tengok je. =p

Ni gula pasir yg telah dimasak, make sure jangan sampai hangus.

Ni pulak the main ingredients, campuran susu pekat satu tin, telur 8 biji, esen vanilla,
tepung castard,air satu tin (tin susu).

Ni bila dah siap kukus.

Mama sedang berusaha untuk keluarkan puding dari pan.

After dah keluarkan dari pan, nak tengok tak hasilnya??? Jangan terliur ek?? =)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


TADAAAAAAAA!

Yummy! Nampak sedapkan? Can't wait la!

That's all for today, if next time mama ada masak sedap, Yana will update, memang suka makan dessert2 yg sedap ni, nak2 time puasa. Pada sesiapa yg terliur tu, harap dimaafkan! *sigh*

Last word for today : Saya mahu ROTI JOHN!!!!

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN ; JUADAH BERBUKA ANDA?

Salam semua.

Hari ni hari pertama umat Islam berpuasa! So macam mana? Dah flat ke? Relax sudah, baru first puasa ark? Ops, sebelum terlupa, Yana nak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua kawan2 blogger Yana.


Btw, Yana kat rumah ni. Nak buka puasa dengan famili punya pasal, sanggup naik bas dari Puncak Perdana ke PKNS, sampai PKNS, amek cab balik rumah. Nasib baik kelas pagi je ada, kalau tak? Tapi kan...... Malam nanti kena balik Puncak balik, esok ada kelas pagi, siap dengan kelas ganti! Huwaaaaaaaaaa!

Sempena bulan puasa ni, ambillah kesempatan sepenuhnya. Semoga kita semua peroleh manfaat bersama okay?


Cik Kiah, kurengkan mengumpat ye? *tengah ingatkan diri sendiri ni*


Cik abg, cik abg sekalian, sila tahan nafsu fogging anda ek?

Anyhow, dah plan ke nak buka apa malam ni? Ops, jangan ikut nafsu ek masa beli juadah berbuka? Hari ni Yana nak makan puding gula hangus, sangat teringin! *nafsu mengalahkan orang berpuasa! opssss! terlepas lak*

Kalau sudi jomlah kongsi dengan Yana apa JUADAH BERBUKA yg mesti ada depan korang? Macam Yana, mesti kena ada murtabak, sedap oooo! Jomlah kongsi ek? Kalau ada makanan yg pelik2 lagi best, story mory dengan Yana.

Okaylah, sampai bertemu lagi di lain entry.
Adiosss!

Selamat berbuka puasa ye semua? *erk, awal lagi!*

Terima kasih kepada TUAN PUNYA gambar ek? Terbaiklah!

Blogger Templates
Blogger Templates

Friday, August 6, 2010

MAKE UP & YANA

Hello readers!

I'm home! Home sweet home! Yana terkejut! Rumah ku bertukar wajah! Mother, what are you doing to our furniture? Because of raya is it? Forget it. *syok sendiri pulak speaking omputih*

Agak lama tak update entry, so kali ni Yana kembali tapi tak banyak nak cerita. Sepanjang minggu di kolej, banyak assignment, so sangat kesuntukan masa nak update blog. Cuma sempat nak jenguk blog blogger lain je.

Beberapa hari lepas, Yana belajar make up. Free of charge tau! One of the housemate Yana memang pandai make up so kitaorg belajar ramai2.

BARANG MAKE UP YANA

Oh, Yana kena marah! Sapu foundation salah, kena marah! Hahahahahahha. Baru lah Yana tau teknik nak sapu yg sebenar lepas kena marah.

Pakai blusher pun sama, guna tangan lagi senang, tapi Yana prefer berus. Hohoho. Pakai eyeliner paling susah. Yana tak reti guna liquid. So guna je eyeliner berus je. Tapi kan, Yana lupa nak nak snap picture before make up.

So jom tengok hasilnya. Tak la nampak make up sangat, sebab Yana kan beginner. *sila maafkan*

IT'S ME!

SIFU MAKE UP, MAISARA! TQ!

ME N LIL MAGNET!

ME N GG

ME N NADIA

ME N IZNIE

Mereka2 yg di atas ni semua, belajar make up sama2 dengan Yana. Macam2 gelagat tau masa belajar make up dengan Maisara, ouh, dia sangat garang sewaktu menjadi sifu! *tapi tak serik pun*

Now, kita tengok mereka2 yg tak suka make up, tapi mereka sangat neutral beauty okay? Tapi next time nak paksa jugak mereka make up! Jaga2 mia, jaga ekin!

INI MIA, DIA TAK SUKA MAKE UP!

ASYIKIN, PUN TAK SUKA MAKE UP,
TAPI DIA SANGAT SWEET.

After all Yana sangat enjoy malam tu, menghabiskan masa dengan housemates terchenta. Mereka sangat supportive, mereka sangat caring, mereka ada bila diperlukan. Terima kasih kawan2.

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua! Semoga bulan ini membawa keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah.