Saturday, March 5, 2011

. AKU ADIK, KAU ABANG .


. DUA PULUH ENAM .

Hey, kamu sudah 26 tahun! 
Happy Birthday Kosyah!


Kosyah aka Syahrulnizam, abang aku, one and only! Tak ada yang lain. Kalau ada yang lain, itu tandanya abang geli-geli. Hari ni birthday dia, aku tak dapat la nak bagi dia hadiah gempak mana, koje pun idok. Aku cuma bagi dia lighter comel bentuk flipper! Hadiah yang rasanya memendekkan umur dia! Kasi bako itu jantung dia! Kejam!  Dah bagi awal², so tak ada gambar nak display kat sini. Kisah pulak korang nak tengok kan? 

Tak sangka kamu dah 26 tahun, Kosyah. Dah tua, kalau dah kahwin ada anak sorang dua. Semoga kamu panjang umur, murah rezeki, diberkati Allah dan berjaya dunia akhirat. Semoga cepat² kahwin dan bagi mama dan ayah cucu pertama yang comel lagi cute. Idok la ayah semedang curi anak jiran lagi.

Kenapa Kosyah? Kalau nak tau keluarga aku semua ada Ko kat depan nama. Kojis (Ayah), Koni (Mama), Kosyah (Abang), Koleen (Akak) dan paling tak semenggah, Kona (Aku la tu). Kosyah antara paling disayangi, sebab dia satu²nya anak lelaki dan cucu pertama dalam keluarga.

Kosyah seorang yang sangat ego, dia tak tunjuk yang dia sayangkan aku dengan akak secara depan², adik² dia yang super cute berbentuk plump. Susah nak tengok dia manjakan aku sebabnya aku dengan dia selalu gaduh! 

Fine, faktor 6 tahun pemisah mungkin? Dia lebih senang bercerita dengan Koleen, mungkin dia masih aku yang sudah 20 tahun keanak²kan *tak dapat disangkal lagi*. Walaupun begitu *ayat nak essay*, dia tak penah lokek kalau aku minta apa², selagi dia ada mampu, dia cuba penuhi *sangat macam ayah*.

Al-kisahnya, aku minta wide belt sebagai hadiah hari lahir untuk dipakai bersama kemeja putih baru dan Kosyah pun pergi beli bersama dengan Kak Ya, gula² kapas dia. Kosyah siap mms gambar wide belt tu, ok! Fine, aku suka! On je aku cakap. 

. Love at first sight .

Last, aku suruh Kosyah beli warna hitam since kemeja warna putih. Unfortunately, kerana wide belt ini jugak buat Kosyah, Koleen & Kona herself kena samak! Siapa ingat hal samak menyamak dalam entry lepas? Ni la jawapannya.

Idok la tahu Kosyah & Kak Ya rabun tahap kronik, tak nampak tiga dot kat wide belt warna hitam tu. No wonder masa aku pegang rasa lembut je, just nice. Lepas belek², baru perasan, memang samak dengan tanah la jawabnya. Grrrrr!

Dan sampai sekaranglah Kosyah tak belikan hadiah baru untuk aku! Hadiah dia siap minta aku awal², tak mampulah aku nak belikan dia Zippo original. Huh! Aku tengah berusaha minta dia gantikan wide belt itu dengan hadiah yang baru. Doakan aku ye kawan².

. Gula² Kapas Kosyah, Lidya aka Kak Ya .
To Kosya & Kak Ya, semoga dipermudahkan segala urusan. Dengan bertambahnya umur korang berdua, dimurahkan rezeki dan selamat berlangsung tak lama lagi. InsyaAllah.

12 comments:

bidadarihijau said...

epy besday to ur bro yana..nasib dh ade kak ya tau..ahaha..

liyanaziz said...

@bidadarihijau
weewottt!! kalau x de BH?? kenapa??? nak isi borang ek?? kikikiki

wanstar said...

tips promote blog

http://reduan-wanstar.blogspot.com/2011/03/tips-cara-promote-untuk-blogger.html

Amar Amirah said...

Bestnya ada abang T________T sporting pulak tu :)

liyanaziz said...

@wanstar
nice tips man! =)

liyanaziz said...

@Amar Amirah
ye ye ye! amar komen blog yana! heeeeeeeeee.. =)
sporting "sangat"! LOL

Sophie Al-yahya said...

sweetnya abang kamu..

akak bukan duduk di shah alam la..heheh..

akak tinggal di Subang Jaya. Dekat2 dah dgn rumah Hanis Zalikha.

liyanaziz said...

@Sophie Al-yahya
wah, yeke?? kirim salam pada HZ ok.. hehehehehe.. ingat duduk shah alam, kalau duk shah alam memang nak jumpa akak comel ni.. kikikki

man yusoef said...

huhu...yes admit, cucu pertama mmg disayangi dan orang mudah kenal....anak bongsu cam saya, mmg susah nak mencari tapak memperkenalkan diri di kalangan saudara mara lagi2 yg susah nak jumpe..sob sob

liyanaziz said...

@man yusoef
tau x pe.. kita bongsu jugak! ahahahahahha

~ NANA ~ said...

encem abg...kekekeke :P

Zaza said...

happy birthday kat abg awak!!