Friday, June 10, 2011

AKU MANUSIA BIASA, AKU REDHA

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, kita tercari-cari dimanakah matahari, rupa-rupanya Allah hadiakan kita pelangi yang indah"

Dua tiga hari lepas, aku sangat kusut. Aku rasa aku loser, aku rasa aku useless, aku rasa aku tak kuat nak hadapi semua yang berlaku. Tipulah aku nak update entry dengan semua entry happy² tapi aku manusia biasa, cuba kawal segala emosi.

Aku ingat akulah yang paling teruk terabai, kusut dengan segala apa yang sedang Allah SWT uji. Alhamdulillah, Dia masih sayang aku jadi Dia beri sikit ujian. Bila  aku makin sedih, makin banyak Dia nampakkan bahawa bukan hanya aku punya masalah, kekusutan aku tak teruk mana dibandingkan mereka kat luar sana.

Si dia yang lebih hebat ujiannya, si dia yang kusut fikirkan segala masalah. 
Apalah sangat dibandingkan dengan aku. 


Muncet, "Janganlah menangis... Bukan tak boleh setel masalah tu"
Aku, "Kamu tak faham, orang yang mengalami"
Muncet, "Kalau marah nanti, tak nak tegur pulak, 
cuba cerita, share dengan orang, ni tak, simpan sendiri"
Aku? Bunyi cengkerik!

Ha, tadi aku balik rumah. Suppose aku tak boleh balik sebab ada induction freshies! Ingat tak dulu² aku pun kena induct? Kali ni batch aku pula yang induct sebab kami kan super senior! Tetapi disebabkan hal² yang mengusutkan, aku minta Muncet pick up aku kat Puncak.

Perbualan tu masa on the way nak balik. Sumpah aku cuba kawal untuk tak menangis, aku memang tak gemar dia tengok aku menangis, tak tau kenapa. Aku tak nak dia ingat aku sorang gadis yang ciwek! Alhamdulillah, dia sangat memahami. Dalam menangis² sempat aku gelak sebab dia buat lawak! Ceittt!

Oh, tadi aku tengok Imam Muda, tentang "DI AMBANG KEMATIAN" banduan akhir. Ya Allah, ada mereka yang teraniaya tapi itulah jalan yang Allah SWT dah tetapkan untuk mereka, mereka tak rugi tetapi mereka lebih beruntung berbanding kita yang hidup di luar jeriji besi sebabnya mereka ada masa untuk bertaubat dengan lebih beristiqamah. 

Then suddenly, akak aku bukak cerita tentang kawan dia. Aku tulis kat sini bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi peringatan untuk aku dan seluruh umatNya. Aku harap lepas ni aku akan lebih bersyukur dengan ujianNya. InsyaAllah.

Kawan kakak aku, Kak W, menangis² cerita tentang abang dia yang ditangkap sebab dituduh mengedar dadah hanya kerana menumpang di rumah kawan yang rupa²nya pengedar dadah. Sekarang mungkin kat penjara Sg. Buloh. Lebih buat aku sebak bila akak cakap, abang kepada Kak W baru saja je datang dari kampung sebab nak carik kerja *macam dalam drama kan? drama adalah cermin kehidupan kita*

Ya Allah. Sebaknya aku rasa masa akak cerita, nak² tengah tengok Imam Muda tentang seorang banduan akhir. Kak W kata kalau nak hire peguam at least ada RM30k dalam tangan. MasyaAllah. Dengar macam berat jugak kes tu. Apakah salah pilih kawan? Wallahualam.

Dari cerita akak, sekarang aku lebih tenang sebabnya beban dan kekusutan yang aku alami dapat di"convert" kepada rasa bersyukur kerana ujian yang aku alami ni bukanlah teruk sangat. Masih banyak umatNya diuji dengan lebih berat lagi. 


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)

10 comments:

Solihahazahar said...

sabar itu separuh daripade iman. eum sedih jugak pasai penagih dadah tuu :(


usha sini --> http://solihahazahar.blogspot.com

Emilia Emira said...

sabar ye yana..takpe mnangis bkn nye mnunjukkan kita lemah..;)

wawahida idris said...

sebak jugak baca kisah kawan kak awak tu. huuu

sy jugak tgh diuji skrg ni.

doakan saya :(

J.Syazwana said...

saya pon tengah sabar terima ujian
:')

nanad said...

hm..betul..kadang2 bila nampak orang yang lebih bernasib malang, baru kita tersedar and bersyukur banyak2 dengan apa yang kita ada sekarang..

cinta amerqastrina said...

sabar ye my dear....... xpe2,ada jalan disebalik kejadian ni...

mardhiah ismail (: said...

semua yang terjadi ade hikmah nye :)

Aida Azryn said...

semua orang akan tempuh segala ujian.sabar je la ye. aida pun de masalah jugak. tapi still relax je ni. macam takde masalah. haha.. sometime we need to be fake. i mean pura2 happy supaya dapat menenangkan perasaan dan fikiran kita yang kusut ni. :)

anumuchan said...

aa sabar k..jgn difikirkan sangat hal yang menyedihkan tu..

syufaa said...

syufa pun tgk imam muda..
rupanya ada lg yg mengalami kesusahan labih dr kita..
malah dugaan tu klau kne dkt kite, sgup ke kite nk hadapi..
MasyaAllah.. :(