Tuesday, September 27, 2011

BUAT TERAKHIR KALI . . .


Untuk mereka yang temani aku sepanjang weekdays, 24/5 throughout past two years and a half, makan sepinggan, minum secawan, tidur setilam, merogol bergurau terlebih over, berpinjaman baju *ini antara aku dengan Maisara saja, satu saiz!* dan banyak lagi.

Song played: Graduation (F4) by Vitamin C
Lagu yang sangat cliche when it comes to friendship matter but it wasn't a big deal because of the killer lyric damn touched for some people especially I myself! Sangat terkesan bila menaip entry ni sambil dengar lagu Graduation ni.





After test, buat clearance and make a move. Ada umur yang panjang, rezeki yang lebih, insyaAllah kita jumpa lagi. Malam terakhir aku dan mereka dinner sesama. Wordless, speechless, malasless untuk menaip menggambarkan situasi, hanya gambar bersama untuk terakhir kali. 

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track


Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly



These memories are playing like a film without sound


 As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever

They are my second family, they are my sisters apart of super monsters! Too many memories yang nak ditulis, tak kisah la buruk baik, yang buruk jadi sempadan yang baik jadi teladan. People make mistakes, and forgiveness is the best among all. O-O 

Buat mereka, Arnorziahtul Rosdi, Ili Fazrin, Iznie Aqilah, Maisara Ramlam, Shi Qin, Nadia Aziz & Nadzmiah Mansur... Maafkan segala salah silap Yana sepanjang dua tahun kita tinggal bersama, halalkan segala-galanya. All the best for the next journey, insyaAllah kita jumpa lagi! 

T__________T

Selamat tinggal kawanku


Tak mudah aku pergi


Bila wajahmu 


Sentiasa di hati ini

Ini versi housemates,
belum lagi classmates dan lecturer.

Wednesday, September 14, 2011

WORDS ON WEDNESDAY | EID 2O11


Salam...

Obviously ini bukan WORDLESS WEDNESDAY!

Update gune broadband anak. Broadband sendiri buat hal tak elok², mahu terminate je! La ni kat kolej, nasib baik ada anak yang murah hati bagi pinjam. Tapi tak kan la nak pinjam hari² kan, tak elok. Thanks Nadia

Huh! Seperti entry² yang lepas, bajet nak cerita pasal hari raya, orang lain sibuk update pasal open house, aku baru nak update pasal first week of eid. What a lame isn't it? Pedulik ahhh, raya sebulan ek? So suka hati aku, blog aku bukan blog kau. Lalalalalalalala

Actually kalau raya kat JB kan, sangat meriah. Berbeza kalau beraya dekat Penang. Whatever it is harus terima kenyataan parent aku harus bergilir². In term of learning, aku kena adapt, esok² kena jugak gilir², first year raya rumah Cik Yus, second year rumah mama. Ok, ini berangan! 

First raya wajib ada menu sambal kacang, lodeh, ketupat dan rendang plus lemang. Memang tak la nak snap gambar makanan, tak pandang kiri kanan bila makanan yang setahun sekali nak hadap pun. After makan, salam² dan sesi bergambar! Ini aku suka! 

Jangan bosan scroll sampai bawah! 
Bukan selalu tau aku letak gambar banyak², pun setahun sekali. 
Lalalalalalalalalala lagi

Ok, ini belum ready, tak menyabo *menyabar*

One whole family in a formal potrait

Ini free moment dan aku hanya nampak kepala! Grrrr

Oh, ayah tak dapat raya bersama, kerja kerja dan kerja!

One of my fav picca! 
Auchhh ma!!! Kenapa harus big smile... ^^
Mama yang kehilangan gigi pelesu beliau one week before raya! 

Ehemmm!
Ok, "comel" di situ

Tok Papa & Tok Mummy yang sangat happy bila ramai² berkumpul

Bersama sepupu² kecik!

Gambar SS wajib ada di pagi raya!

Our very first raya, pink! Tema raya tahun ni pink, susah jugak nak cari. Nak pakai polka dot seems macam dah ramai, so aku piih stripes pink, which tak berapa nak nampak pun. Alhamdulillah, masih dapat duit raya.  Memang confirm tahun depan aku tak dapat lagi! Huwarghhhh!

First raya memang tak terkira kalori yang masuk dalam badan ni. To be frank, sampai kena catu tahu nak makan! Adalah dalam 6 buah ke 10 buah rumah sedara. Semua makan sedap ok! Roasted chicken, arisa, nasi briyani, satay, nasi tomato and many more! Bayangkan... Hmmm

Second raya, tak pergi mana² sebab tunggu orang datang rumah. Second raya still makan dan makan lagi. Kali ni makan laksa Johor berulang kali, trust me, kalau makan laksa Johor mana boleh makan sepinggan je! By the way, second raya = hari merdeka! 

Rafidah Aziz Junior... LOL

3 Generasi, and proud to be Malaysian
I don't give a damn what people said about my beloved country or whatsoever!
Such a peaceful country before everything messed up recently...

Ok, ini lagi! Masih meroyan snapping picca! 
Oh, tugu Kami masuk contest, hopefully menang.

Raya ketiga tak ada apa sangat melainkan makan tidur layan tetamu makan tidur tetamu. Menu of the day ialah Mee Cina. One fine day kalau aku dah pandai masak, aku upload resipinya ok! Third raya dah kurang bermesra dengan kamera. Memang tak ada pun gambar. Sedara dah mula ramai ziarah, kawan² aunty, kawan² sepupu. Memang penat! 

Raya keempat! Macam² nak cerita pada raya keempat ni. Sebelum ni pun aku ada update, lara tak lara sangat la tapi lara la jugak. Tapi still ada happy moment, gila kau orang raya kau meroyan sendiri kan? Orang lain raya happy² kau nak lara bagai kan, gila hape? 

First perkara yang buat aku happy pada raya keempat, aku officially dah boleh dukung kucing, gentel² teteks kucing tu, kenyam² sikit, gigit² kuku tajam dia sikit *ini tipu*. Seumur hidup aku, tak pernah pulak nak pegang sebab aku seorang penakut kucing, padahal kalau nampak aku kucing tu boleh lari laju², yela, sekali aku terpijak, lunyai lah badan dia.

Ini Jerry, selama ni asyik cerita pasal Tom.
Tom balik rumah Tok Mami dia merenyam sedikit, mungkin musim mengawan kot?
Asyik lari je tak nak duduk dalam rumah, gatai. Rasanya sekarang Tom tengah bunting.

Selain perihal kucing, FBIL aku, Abg Wan datang beraya. Ini bikin panas. Untunglah akak dapat partner orang Johor jugak, so anytime boleh jumpa kalau balik JB. Akak the happiest person jumpa FBIL. Yela, bukan selalu jumpa, sorang JB sorang Shah Alam. Kalau Cik Yus tu lain la, sebulan adalah dua tiga kali jumpa.

Ini FBIL aku, future brother in law.
Dialah yang panggil aku Sara instead of Yana. 
Aiyak, gambar aku yang banyak dengan FBIL

Amboi, sakan! Suka la tu akak... Segondon Sedondon lagi

Raya kelima? No more raya! Raya kelima balik Shah Alam. Sumpah rasa sunyi once sampai Shah Alam. Yela, mungkin sebab dah lama sangat ramai² kat JB, suasana berbeza pulak kan. Boring yang teramat. Sikit² cakap kat akak, sekejap betul masa berlalu. Entah mungkin ini tahun terakhir, siapa tahu...

Lepas ni dah bleh tutup cerita pasal raya! Next thing nak fikir ialah mencari jalan bagaimana mahu menurunkan berat badan yang berganda² naiknya. Orang bulan puasa makin turun, tapi aku bulan puasa makin naik pulak, apatah lagi masa raya, memang dipam² la! Grrrrrr!

Till then...
Oh, kalau ada masa, update blog, 
kalau tak sunyi lagi la blog ni...



Saturday, September 10, 2011

SELAMAT TINGGAL SEMUA

Salam... Malam semalam sempat bergumbira dengan Cik Yus, tengok Hantu Bonceng.... Tapi pagi ni, broadband tak boleh nak connect, call Celcom, berbual manja sikit, kata abang operator yang bersuara macho tu, modem aku mungkin rosak, kena bawak pergi Celcom Center. Dushhhhh! Macam dihempap batu besar, teringat FB, Blog and etc. Huwarghhhhhhh! Sumpah sedih! Pandai modem ni, aku cakap nak terminate, dan² buat perangai. Nasiblah. Ni pun update through iPad uncle. So lepas ni kalau lama aku tak update, faham² la ek. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku update. T_T Till then... P/s: jangan jemu tunggu aku ye... :p

Thursday, September 8, 2011

GIVEAWAY DUIT RAYA DARI JEPUN


Salam...

Obviously ini bukan entry raya pertama part 1, raya kedua part 3 and etc! Tak ada gambar² bagai. Ini hanya entry Giveaway Duit Raya Dari Jepun dari Kak Anum yang empunya blog frommetoyou. Dah lama giveaway ni, nasib baik sempat join. Ada rezeki dapat duit raya dari negara matahari terbit tu. 


Syarat² mudah:

1) Terbuka kepada semua follower blog frommetoyou
2) Buat satu entri dengan tajuk Giveaway Duit Raya Dari Jepun
3) Copy banner dan link kan ke entri giveaway
4) Tinggalkan link entri korang berserta emel di ruang komen entri giveaway

Tarikh tutup 16 September 2011 (11.59 mlm) so korang yang mana kuciwa tak dapat duit raya boleh la join giveaway ni. Jangan malas² nak join, mana yang rasa tak ada feel lagi nak upload gambar raya, up entry raya, mungkin boleh cuba join giveaway duit raya ni since ada juga bunyi raya². Kasi pacak mood raya korang.

Wednesday, September 7, 2011

Monday, September 5, 2011

KITA MESTI ADA SEMANGAT !


Salam everyone!
Hoyeahhh! Apa macam raya? Best?

Esok dah mula naik sekolah, naik kolej, naik kerja, sampai yang mak² pun naik kemas rumah masak² seperti biasa walaupun biasa buat masa raya, siap ada extra work. SEMANGAT! Ok enough merepek! Aku tak rasa nak buat entry raya lagi, save the best for next... 

Aku pernah baca entry pasal buat contest kat FB agak melecehkan sebab kena like banyak benda. Ada few yang bagi feedback positif ada yang negatif. Whatever it is, aku dah join pun! SEMANGAT! So let's jump into the conclusion. Aku nak minta tolong korang tolong KLIK LIKE boleh? ^^

Ni bukan assignment tau, tak buat failed, buat dapat A+. If korang rasa nak tolong, dialu-alukan, kalau rasa agak leceh nak like² ni, it's ok, ini bukan paksaan tau kawan². Bear in mind ek.

Nak mudahkan proses² like, aku dah set link terus ke new tab. ^^
SEMANGAT!

1) Klik LIKE page SmoothShutter Photography
2) Klik LIKE gambar Raya Aku
3) Done! 

Senang kan?

Korang pun boleh join kalau nak. Buat apa simpan gambar raya yang kreatif riang ria raya korang, kalau ada rezeki boleh dapat tambah² duit raya. Raya sebulan maa, apa lagi, make a step people! Tak perlukan cost pun, cuma perlukan sedikit kerajinan nak promote. ^_* SEMANGAT!

Gambar Raya Aku, SEMANGAT tak SEMANGAT family aku?
TUGU KAMI
*Oh, abaikan muka aku yang selebet! Sangat makcik²!*

Thanks yang sudi LIKE!
Kalau extra rajin, boleh like peserta lain jugak...

Friday, September 2, 2011

HOPELESS


Salam
Hari ni genap hari raya keempat.

Cepatya masa berlalu. Ye, keep on repeating the same thing. Sekarang masa memang berlalu dengan pantas, aku je yang asyik delay. Untuk hari ni, mood aku ke laut. Damn di situ. Tak pasal² mencarut di hari mulia ni.

Harapan itu... 
Harapan yang aku yakin ianya akan muncul tapi... 
Kekadang rasa hilang semua harapan tu,
mungkin ye mungkin tidak.

Pusing mana² pun, celah mana pun, sana sini semua tentang itu. Entahlah. Sekarang ni aku tak nak terlalu fikir tentang itu lagi. Aku rasa aku bodoh. Oh, dicipta dengan cukup sempurna, ianya hanya aku. Cukup sampai sini. Biar masa yang tentukan. Hopeless sangat.

Ini seperti apa yang aku alami

Hitam dan putih kehidupan, aku harus akur, aku seharusnya terima apa yang telah ditetapkanNya. Senyuman di hari raya pertama, mungkin tak seindah senyuman di hari raya keempat. Kabur! Apa yang aku harapkan di pagi raya pertama, mungkin semakin hilang di petang hari raya keempat. Terima kasih kerana buat hati ini lara...

Esok dah nak balik Shah Alam dengan harapan yang baru,
selamat tinggal JB bersama² harapan yang hilang...