Wednesday, September 14, 2011

WORDS ON WEDNESDAY | EID 2O11


Salam...

Obviously ini bukan WORDLESS WEDNESDAY!

Update gune broadband anak. Broadband sendiri buat hal tak elok², mahu terminate je! La ni kat kolej, nasib baik ada anak yang murah hati bagi pinjam. Tapi tak kan la nak pinjam hari² kan, tak elok. Thanks Nadia

Huh! Seperti entry² yang lepas, bajet nak cerita pasal hari raya, orang lain sibuk update pasal open house, aku baru nak update pasal first week of eid. What a lame isn't it? Pedulik ahhh, raya sebulan ek? So suka hati aku, blog aku bukan blog kau. Lalalalalalalala

Actually kalau raya kat JB kan, sangat meriah. Berbeza kalau beraya dekat Penang. Whatever it is harus terima kenyataan parent aku harus bergilir². In term of learning, aku kena adapt, esok² kena jugak gilir², first year raya rumah Cik Yus, second year rumah mama. Ok, ini berangan! 

First raya wajib ada menu sambal kacang, lodeh, ketupat dan rendang plus lemang. Memang tak la nak snap gambar makanan, tak pandang kiri kanan bila makanan yang setahun sekali nak hadap pun. After makan, salam² dan sesi bergambar! Ini aku suka! 

Jangan bosan scroll sampai bawah! 
Bukan selalu tau aku letak gambar banyak², pun setahun sekali. 
Lalalalalalalalalala lagi

Ok, ini belum ready, tak menyabo *menyabar*

One whole family in a formal potrait

Ini free moment dan aku hanya nampak kepala! Grrrr

Oh, ayah tak dapat raya bersama, kerja kerja dan kerja!

One of my fav picca! 
Auchhh ma!!! Kenapa harus big smile... ^^
Mama yang kehilangan gigi pelesu beliau one week before raya! 

Ehemmm!
Ok, "comel" di situ

Tok Papa & Tok Mummy yang sangat happy bila ramai² berkumpul

Bersama sepupu² kecik!

Gambar SS wajib ada di pagi raya!

Our very first raya, pink! Tema raya tahun ni pink, susah jugak nak cari. Nak pakai polka dot seems macam dah ramai, so aku piih stripes pink, which tak berapa nak nampak pun. Alhamdulillah, masih dapat duit raya.  Memang confirm tahun depan aku tak dapat lagi! Huwarghhhh!

First raya memang tak terkira kalori yang masuk dalam badan ni. To be frank, sampai kena catu tahu nak makan! Adalah dalam 6 buah ke 10 buah rumah sedara. Semua makan sedap ok! Roasted chicken, arisa, nasi briyani, satay, nasi tomato and many more! Bayangkan... Hmmm

Second raya, tak pergi mana² sebab tunggu orang datang rumah. Second raya still makan dan makan lagi. Kali ni makan laksa Johor berulang kali, trust me, kalau makan laksa Johor mana boleh makan sepinggan je! By the way, second raya = hari merdeka! 

Rafidah Aziz Junior... LOL

3 Generasi, and proud to be Malaysian
I don't give a damn what people said about my beloved country or whatsoever!
Such a peaceful country before everything messed up recently...

Ok, ini lagi! Masih meroyan snapping picca! 
Oh, tugu Kami masuk contest, hopefully menang.

Raya ketiga tak ada apa sangat melainkan makan tidur layan tetamu makan tidur tetamu. Menu of the day ialah Mee Cina. One fine day kalau aku dah pandai masak, aku upload resipinya ok! Third raya dah kurang bermesra dengan kamera. Memang tak ada pun gambar. Sedara dah mula ramai ziarah, kawan² aunty, kawan² sepupu. Memang penat! 

Raya keempat! Macam² nak cerita pada raya keempat ni. Sebelum ni pun aku ada update, lara tak lara sangat la tapi lara la jugak. Tapi still ada happy moment, gila kau orang raya kau meroyan sendiri kan? Orang lain raya happy² kau nak lara bagai kan, gila hape? 

First perkara yang buat aku happy pada raya keempat, aku officially dah boleh dukung kucing, gentel² teteks kucing tu, kenyam² sikit, gigit² kuku tajam dia sikit *ini tipu*. Seumur hidup aku, tak pernah pulak nak pegang sebab aku seorang penakut kucing, padahal kalau nampak aku kucing tu boleh lari laju², yela, sekali aku terpijak, lunyai lah badan dia.

Ini Jerry, selama ni asyik cerita pasal Tom.
Tom balik rumah Tok Mami dia merenyam sedikit, mungkin musim mengawan kot?
Asyik lari je tak nak duduk dalam rumah, gatai. Rasanya sekarang Tom tengah bunting.

Selain perihal kucing, FBIL aku, Abg Wan datang beraya. Ini bikin panas. Untunglah akak dapat partner orang Johor jugak, so anytime boleh jumpa kalau balik JB. Akak the happiest person jumpa FBIL. Yela, bukan selalu jumpa, sorang JB sorang Shah Alam. Kalau Cik Yus tu lain la, sebulan adalah dua tiga kali jumpa.

Ini FBIL aku, future brother in law.
Dialah yang panggil aku Sara instead of Yana. 
Aiyak, gambar aku yang banyak dengan FBIL

Amboi, sakan! Suka la tu akak... Segondon Sedondon lagi

Raya kelima? No more raya! Raya kelima balik Shah Alam. Sumpah rasa sunyi once sampai Shah Alam. Yela, mungkin sebab dah lama sangat ramai² kat JB, suasana berbeza pulak kan. Boring yang teramat. Sikit² cakap kat akak, sekejap betul masa berlalu. Entah mungkin ini tahun terakhir, siapa tahu...

Lepas ni dah bleh tutup cerita pasal raya! Next thing nak fikir ialah mencari jalan bagaimana mahu menurunkan berat badan yang berganda² naiknya. Orang bulan puasa makin turun, tapi aku bulan puasa makin naik pulak, apatah lagi masa raya, memang dipam² la! Grrrrrr!

Till then...
Oh, kalau ada masa, update blog, 
kalau tak sunyi lagi la blog ni...



5 comments:

Nina Aman said...

nice!!sweetnya sume pakai pink!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Whaaa nenek tu paling comel HAHA !

Sophie Al-Yahya said...

alaaa..comelnya semua pakai baju pink.

tak pernah ada family potrait pakai baju warna sama semua.

meriah betul nampak raya yana.. =B

~ NANA ~ said...

wahhhh skali update trus byk gambar keluar...kekeke...btw semua pic sweet :) nmpk sgt meriah okey

Unknown said...

cantiknya tema pink!!

n gamb budak yg pegang bendera tu mmg smart! wajib menang klu masuk pertandingan semangat kemerdekaan..hehe

sorry lama tk jenguk..quite bz :(