Thursday, March 31, 2011

. BERINGAT-INGATLAH SEMENTARA BOLEH .

Past few days, I'm so depressed, deeply depressed since there are a lot of assignments to be complete within two weeks. After all, Allah gave me the strengths when suddenly the lecturer cut off some simple assignments. Alhamdulillah. Yeah, is a simple thing but yet it really help me out of the crucial time.

I wanted to share some good tips or might be a reminder for all people out there, being a mom, a sister and whoever, it's not an easy task but it's seems a mandate for us to perform excellent in a way to give a guidance to our child once we get married and our younger siblings as well.

Thanks to Sherah for sharing this article regarding how Wardina teach her daughter about the importance of solat. It's a good thing to read and I wanted to give something which is very useful not only for I myself but Muslims as well.


I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk... tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat.

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORTANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun. Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was looking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini. Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
So this is it. It's so touched isn't it?
T_______T

Text courtesy of Sherah



Tuesday, March 29, 2011

. TAK PAYAH NAK TAJUK BAGAI .

. damn .

Jangan sampai aku makan orang!
Duhhhhhhhhh!

Rasa macam nak tidur dan tak nak bangun².

. busit .

Thursday, March 24, 2011

. ZINE #1 ; NOKSS .

. tukang promote .

Why on earth we called it as "NOKSS"? It's only the tittle of our ZINE #1. Who are those writers? We are the 19 writers who has the different thoughts about world around us and we convert it as one creation of creative work and that's what we called "NOKSS". What is the meaning of ZINE?
zine (an abbreviation of the word fanzine, or magazine; pronounced ziːn/ zeen) is most commonly a small circulation publication of original or appropriated texts and images. More broadly, the term encompasses any self-published work of minority interest usually reproduced via photocopier.
Courtesy of Wiki

Bayangkan 19 orang menulis 2-3 karya dalam satu ZINE, banyak gilos kan? RM4 je, tak mahal pun kan? Kami menulis bukan hanya untuk duit semata-mata tapi medium kepuasan menulis tanpa sekatan dan tanpa ajaran sesiapa. Kami menulis menggunakan hati, mata dan telinga. InsyaAllah akan ada ZINE #2.

Courtesy of AimiAmira

So anyone interested? 

For further details ;
do visit AimiAmira's blog

OR 

you may straight away drop a comment/s regarding our very first ZINE #1. 

Penulis² Zine #1 ;

[in alphabetical order]

[in alphabetical order]

. do support us .

Wednesday, March 23, 2011

. BACA SAMPAI HABIS ! .

. kitaran hidup .

kadang² kita tak payah nak demand;
sebab kadang² kita tak perfect.

kadang² kita tak perlu rasa kurang;
sebab kadang² kita tak hargai pun.

kadang² tak payah nak happy sangat;
sebab kadang² air mata banyak terbuang.

kadang² tak perlu jadi orang lain;
sebab kadang² tak ada orang teruja.

kadang² tak payah cakap banyak;
sebab kadang² diam lebih better.

kadang² tak perlu bermesejan;
sebab kadang² hanya mampu tersenyum.

kadang² tak payah ingat;
sebab kadang² it's not in return.

kadang² tak perlu kenang;
sebab kadang² sangat sakit.

kadang² tak payah jumpa;
sebab kadang² sangat menyedihkan.

kadang² tak perlu ada kamu;
sebab kadang² moment indah sudah cukup.

kadang² tak payah seru;
sebab kadang² ia tak seperti yang diharapkan.

kadang² tak perlu tidur awal;
sebab kadang² kelas tak ada.

kadang² tak payah online;
sebab kadang² cepat boring.

. Serabut! .


Friday, March 18, 2011

. MUNGKINKAH? DOAKAN AKU .

. sangat tak tahan .

Lately ni aku rasa banyak kali sneezing yang tak hengat dunia! Perit, sampai tekak sakit, hidung berair. Selain tu, mata gatal² dan mula merah bila aku genyeh². Oleh sebab aku rasa aku cukup bukti untuk simpulkan maka Google la kojenya. 

R E S D U N G


Bila dah buat research, rupa²nya resdung boleh maut! Kalau paling koman pun, hilang deria penglihatan! Radang pada sinus boleh merebak ke mata, tekak *padanlah asyik sakit tekak* dan yang paling takut, boleh rebak ke otak, tu yang boleh innalillah. Huwaaaaaaaaaaa! Takutnya!

Setakat ni, simptom² resdung ada pada aku. Takutnya. Mata asyik berair, gatal² kat muka, rambut gugur dan paling obvious, asyik sneezing. Grrrr! Makanya kejap lagi nak pergi klinik. Mencegah lebih baik daripada merawat, betul kan? 

Kalau nak tau lebih details tentang resdung ni, boleh klik kat sini, sini atau kat sini

. zZzZzZz .

Sunday, March 13, 2011

. "SHOW ME YOUR BFF CONTEST" .

. they part of me .


Dear Nurulbadiah Lai, 
there are seven of them. Yeah, they are my BFF. This is how our story begin. [Ala, malas nak speaking la kak, boleh? Ahahaahhahaaha. Izinkan yana bahasakan aku hokeyh.]
Mungkin orang kata BFF tu kawan yang rapat, yang dah lama kenal, yang tak pernah gaduh, yang tak pernah masam muka tapi bagi aku lain. Kami bergaduh, kami kutuk-mengutuk, kami ejek-mengejek bukan tu saja, tapi kami susah & senang bersama, kami bergurau bersama, kami gelak terbahak² bersama. Even though suatu hari nanti kitaorang terpisah, pada aku, mereka masih BFF aku. Kenapa? Sebab mereka pernah hadir dalam hidup aku dan kami kongsi segala²nya. Each one of them sangat berlainan, jadi mereka adalah warna dalam hidup aku. Warna susah nak padam compared dengan pensil, therefore they will remain in my life no matter what and the conclusion is, they are my BFF. 
Kak Nurul, dah siap karangan pendek! Terima kasih sudah invite Yana untuk join "Show Me Your BFF Contest" . Dah lama tak join contest² ni. So, pada readers yang rasa nak join, boleh click banner kat bawah ni. 


Oh, time for tag! Ready peoples! 
@ Elie 

By the way, pada sesiapa yang nak join even tak di tag, silakan ye? Kerana minimun tag hanya 4 orang. Cepat hokeyh, 15 April tarik akhir. Oh, terhad sangat pada yang nak join, jadi jangan tunggu² ek, silakan join sekarang.

 . friends might come & go, but BFF remains for eternity .

Friday, March 11, 2011

. BILA² MASA SAHAJA .

. dunia berputar .


Aku berdebar, aku sebak, aku takut tapi tiada sebarang respon. Sana sini orang bercerita tentang gempa bumi di Jepun, ada air yang ganas telan habis semua kereta, rumah, kapal, bot dan bangunan. Aku masih diam tanpa respon, diami sofa empuk dengan baju kurung tak bersalin dari pagi.

Kun fayakun. Allah SWT dah berikan kita lagi satu peringatan. Sekali lagi aku terhantuk. Terhantuk tapi tak berdarah, jadi aku masih diam. Tunggu dan lihat. Tapi sampai bila? Sampai Matahari terbit dari tempat terbenam? 

Menangis kecil, kerdil sekerdil-kerdilnya. Takut, hina sehina-hinanya. 3 gempa bumi, antara 10 tanda kiamat sudah dekat. Lepas ni kat mana? Timur, Barat, Semenanjung Arab. Sumpah, terasa kiamat sudah dekat. Mungkin dah tiba masanya.

Lumrah manusia, mungkin rasa insaf ni sekejap, lama² nanti hilang. Antara status kawan aku kat FB, "Ala..takut ni sekejap je..lama-lama nanti bila dah lupa buat maksiat balik la". Betul cakap dia, dan aku setuju, ini realiti, aku letak cermin depan diri, dan inilah aku. 

Maksiat, terlalu general, macam² boleh dikaitkan dengan maksiat. Nak cakap panjang pun tak guna, aku bukan seorang yang sempurna ilmu agama, tapi kebanjiran anak² zina jugak salah satu daripada 10 tanda kiamat. 

Sekejap sekejap sekejap ! Bertunda-tunda, tinggal-meninggal yang 5 utama [hanya 5- 6 minit] untuk rewards yang berganda-ganda, di dunia sebenar yang kekal [untuk selamanya]. For better or worse, it's reality.

. bumi sudah tua dan semakin memberhenti . 

Monday, March 7, 2011

. CUBAAN BERMAIN CODING GAGAL .


. letih .

Dah beberapa hari tidur lambat, cuba bermain dengan coding untuk buat template HAKCIPTA TERPELIHARA sendiri malangnya gagal! Macam dah give up! Grrrr! Dan beberapa hari juga asyik skodeng Belog Cap Ayam! Kak Amar, kenapa tak boleh buat round end??? Huwaaaaaaaaaaaaa! 

. Blog LieyanaLolly, arrow hitam tu tunjuk round end .

Dah skodeng banyak blog comel cantik macam Lieyana Lolly, Kak Yiyin, Huda, Lassie dan banyak lagi lah, semua cantik². Banyak kali try dan yang paling susah nak buat round end. Bosan lah asyik petak je kan. Nak buat round end senang tapi coding dia tak menjadi. Fenin fenin fenin!

. Ini pulak, blog trial aku, hampeh! Tak jadi! .

Kat atas ni, aku buat satu blog trial. Try and error! Sanggup noks! Lepas ni tergendala lagi la agenda nak main coding² ni, maklumlah, nak balik kolej which is line ala² siput sedut vavi. Akan bersambung mingguu depan la jawabnya. Letih pinggang dah ni.

. tata titi tutu toto .

Saturday, March 5, 2011

. AKU ADIK, KAU ABANG .


. DUA PULUH ENAM .

Hey, kamu sudah 26 tahun! 
Happy Birthday Kosyah!


Kosyah aka Syahrulnizam, abang aku, one and only! Tak ada yang lain. Kalau ada yang lain, itu tandanya abang geli-geli. Hari ni birthday dia, aku tak dapat la nak bagi dia hadiah gempak mana, koje pun idok. Aku cuma bagi dia lighter comel bentuk flipper! Hadiah yang rasanya memendekkan umur dia! Kasi bako itu jantung dia! Kejam!  Dah bagi awal², so tak ada gambar nak display kat sini. Kisah pulak korang nak tengok kan? 

Tak sangka kamu dah 26 tahun, Kosyah. Dah tua, kalau dah kahwin ada anak sorang dua. Semoga kamu panjang umur, murah rezeki, diberkati Allah dan berjaya dunia akhirat. Semoga cepat² kahwin dan bagi mama dan ayah cucu pertama yang comel lagi cute. Idok la ayah semedang curi anak jiran lagi.

Kenapa Kosyah? Kalau nak tau keluarga aku semua ada Ko kat depan nama. Kojis (Ayah), Koni (Mama), Kosyah (Abang), Koleen (Akak) dan paling tak semenggah, Kona (Aku la tu). Kosyah antara paling disayangi, sebab dia satu²nya anak lelaki dan cucu pertama dalam keluarga.

Kosyah seorang yang sangat ego, dia tak tunjuk yang dia sayangkan aku dengan akak secara depan², adik² dia yang super cute berbentuk plump. Susah nak tengok dia manjakan aku sebabnya aku dengan dia selalu gaduh! 

Fine, faktor 6 tahun pemisah mungkin? Dia lebih senang bercerita dengan Koleen, mungkin dia masih aku yang sudah 20 tahun keanak²kan *tak dapat disangkal lagi*. Walaupun begitu *ayat nak essay*, dia tak penah lokek kalau aku minta apa², selagi dia ada mampu, dia cuba penuhi *sangat macam ayah*.

Al-kisahnya, aku minta wide belt sebagai hadiah hari lahir untuk dipakai bersama kemeja putih baru dan Kosyah pun pergi beli bersama dengan Kak Ya, gula² kapas dia. Kosyah siap mms gambar wide belt tu, ok! Fine, aku suka! On je aku cakap. 

. Love at first sight .

Last, aku suruh Kosyah beli warna hitam since kemeja warna putih. Unfortunately, kerana wide belt ini jugak buat Kosyah, Koleen & Kona herself kena samak! Siapa ingat hal samak menyamak dalam entry lepas? Ni la jawapannya.

Idok la tahu Kosyah & Kak Ya rabun tahap kronik, tak nampak tiga dot kat wide belt warna hitam tu. No wonder masa aku pegang rasa lembut je, just nice. Lepas belek², baru perasan, memang samak dengan tanah la jawabnya. Grrrrr!

Dan sampai sekaranglah Kosyah tak belikan hadiah baru untuk aku! Hadiah dia siap minta aku awal², tak mampulah aku nak belikan dia Zippo original. Huh! Aku tengah berusaha minta dia gantikan wide belt itu dengan hadiah yang baru. Doakan aku ye kawan².

. Gula² Kapas Kosyah, Lidya aka Kak Ya .
To Kosya & Kak Ya, semoga dipermudahkan segala urusan. Dengan bertambahnya umur korang berdua, dimurahkan rezeki dan selamat berlangsung tak lama lagi. InsyaAllah.