Thursday, January 27, 2011

. NOTA BUAT KAMU .


. Alhamdulillah .

Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan aku bersyukur, dengan apa yang Dia tarik daripada aku past few days, Dia gantikan aku dengan sesuatu yang lebih berharga. Alhamdulillah. Sekian lama aku tunggu saat tu tiba dan tadi, walaupun tanpa kehadiran aku, mereka kembali dalam hidup aku. 

Ya Allah, aku rindukan mereka dan Kau kembalikan mereka ke pangkuan aku lagi. Aku rindukan mereka dan aku sangat2 berterima kasih kepada Kau. Betul cakap Ayah Agi, ucap Alhamdulillah dengan setiap yang berlaku dan pasti akan dikurniakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ditarikNya. 
"Buat kamu semua, dah lama orang nak dengar suara kamu semua, akhirnya tadi orang dengar suara2 yang orang rindui. Lama, terlalu lama orang nantikan untuk hari bahagia tu. Walaupun orang rasa suara kamu itu tak semesra dulu, it's ok, take your time, orang akan tunggu sampai kita jadi seperti dulu. Setiap kali  mereka bercakap tentang kamu semua, setiap kali orang menjawab setiap soalan tentang kamu semua, getaran suara orang ke laut *ayat kamu selalu guna, M*. Sebak! Langsung air mata takkan pernah berhenti. Kalau dulu air mata sebak & sedih, tapi hari ni, saat orang menaip, yang keluar air mata gembira, saat2 yang orang tunggu berlaku! Syukur sekali lagi. Cuma yang tinggal rasa takut & teka-teki, mungkin ke keadaan kita semua masih sama seperti sebelum atau mungkin sedikit berubah? Tak apa, bukan senang untuk kita lupakan apa yang jadi kan, asalkan kita masih bertegur sapa, bertepuk tampar, bergurau dan semuanya. Semoga tahun ni akan ada ucapan hari lahir dari kamu semua. Orang rindukan ucapan kamu terutamanya. Tadi, walaupun suara kamu agak kekok, mungkin sebab kita dah lama tak berbual, orang rasa sangat terharu, kamu nak jugak bercakap. Kamu tau, setiap hari orang rindukan kamu. Orang rindu nak berbual dengan kamu, walau tadi seminit dua, cukup pembukaan tahun yang sempurna."
. terima kasih, Allah .



2 comments:

CIK CIRA said...

hmmm...sy sendiri tersentuh bila baca luahan hati awk tuk mereka...hmmm

heart~ said...

alololo sedihnye :(

walaupon kak nana xtau 'kamu' tu siapa