SITUASI: DALAM TEKSI
AKU: Pakcik, tapak ni nak bina masjid ek?
PAKCIK: Ha'ah. Bagus ni.
AKU: Baguslah, besar sikit dari surau yang lama.
PAKCIK: Tula,.................................
...............................................................................
.............................(MASUK BAB POLITIKUS)..............................
................................................
....................................
AKU: Pakcik join ke perhimpunan menjaga keBERSIHan tu?
PAKCIK: Dah general pakcik suruh turun, turun la. Nak tangkap, tangkap la.
Dear pakcik teksi yang saya hormati,
Pakcik, saya sokong bila pakcik nak hapuskan segala adil tak adil, tipu-menipu, segala yang dicadangkan atau segala kebenaran mengenai pemerintahan negara sekarang dengan dasar menjaga keBERSIHan yang 8 tu, tapi bukan dengan cara yang macam tu.
Pakcik, saya sokong bila pakcik nak hapuskan segala adil tak adil, tipu-menipu, segala yang dicadangkan atau segala kebenaran mengenai pemerintahan negara sekarang dengan dasar menjaga keBERSIHan yang 8 tu, tapi bukan dengan cara yang macam tu.
Saya tak kisah, pergi mam la dengan orang² yang konon² yang nak memperjuangkan hak dan apa kejadah haram semua tu, tapi satu je, jangan sampai pakcik menyesal sebab menggunakan ISLAM sebagai medium untuk kepuasan hati pemimpin² kita, kononnya!
Pakcik nak pakai baju merah ke, hitam ke, biru ke, hijau ke, kuning ke, kelabu taik hanjing ke, jangan sampai ISLAM tu tercemar dengan adanya orang² seperti pakcik sendiri. Pakcik sedar tak politikus² negara sedang mempermainkan kita semua? Duh!!!
Kalau betul niat pakcik nak mengangkat martabat Islam tu, kenapa tegarnya pakcik memporak-perandakan masyarakat Islam kita sendiri? Bergaduh sesama Islam, memburukkan satu sama lain semata-mata kerana hal duniawi? Astagfirullah...
Lagi satu pakcik, tak elok kita riak. Kalau pun seluruh masjid kat dunia ni kita pergi, tak perlu dipukul canang. Allah SWT marah tau orang yang riak. Tak semestinya orang tu tak solat kat masjid, orang tu jahil tentang ilmu agama. Malah dia mungkin lagi mulia kerana tak mempergunakan masjid sebagai tempat berpolitikus *bukan politik dengan cara yang sebenarnya* seperti pakcik dan kawan². Ops, bukan saya memandai, saya tak pekak lagi untuk dengar butir bicara pakcik.
Ikhlas dari Ana,
pencinta keamanan.
P/S: kepada yang KIRI & KANAN, kalau korang terus bergaduh, bertarik rambut, bertikam lidah, kau kata aku, aku kata kau terutamanya yang Islam tu, macam manalah korang nak tolong saudara kita yang duduk kat bumi hidup segan mati tak mau tu? Wake up people, kalau kita tak mampu nak tolong diri kita, macam mana kita nak tolong mereka? Have some respect towards each other and stop blaming one another! It's not about the political issue, it's about how to give some respect and to cope together as one! Susah sangat ke???
Ikhlas dari Ana,
pencinta keamanan.
Allah mengetahui segalanya, Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya,
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
P/S: kepada yang KIRI & KANAN, kalau korang terus bergaduh, bertarik rambut, bertikam lidah, kau kata aku, aku kata kau terutamanya yang Islam tu, macam manalah korang nak tolong saudara kita yang duduk kat bumi hidup segan mati tak mau tu? Wake up people, kalau kita tak mampu nak tolong diri kita, macam mana kita nak tolong mereka? Have some respect towards each other and stop blaming one another! It's not about the political issue, it's about how to give some respect and to cope together as one! Susah sangat ke???
12 comments:
Persoalannya ialah: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik? Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus? Atau dalil pengharamannya, jika ia ditegah?
Semoga Allah Taala memnberi taufik dan manafaat ilmu tuan kepada umat Islam.
Jawapan Yusof Qardawi:
Masjid: Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.)
Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah
Muslimin. Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang dating dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatan dan pentadbiran.
Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik.
Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran.
Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid
dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan
sebagainya.
Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. Beliau berkata: “Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”
Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata: “Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!” Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!” Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”
Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman
kegemilangannya. Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah. Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat.
Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan. Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politi
hehe.. sokong anda! :D
@SWEETSYAZA
tak payah geram sangat lah... hehehehhehe... pakcik tu ada point sendiri... bahahhahaa...
@Encik JI
alhamdulillah, terima kasih sudah berkongsi kat sini...
dunia politik sekarang dan dulunya sangat berbeza, sama jugak dengan masyarakat dulu dan sekarang sangat berbeza...
berpolitik x salah, tapi bila berpoilitikus dalam masjid, bercakap tentang perkara2 x elok, macam mana tu? bila dah terlalu extreme, x mungkin setiap percakapan terjaga sedangkan dalam masjid seharusnya bercakap tentang perkara baik2? merujuk ayat "tak mempergunakan masjid sebagai tempat berpolitikus"
wallahualam...
@Aida Azryn
sedih bila sesama Islam begini jadinya... masayarakat dulu tak pulak macam ni even berpolitik sekali pun...
peace ! :)
@hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock
(*_^)
Ehem! yana memang pencinta keamanan ya, harap maklum semua! :)
siapakah barisan hadapan perhimpunan bersih dan siapakah penganjurnya? fikir2kan lah..
@Elie Lily
bhahahahaah... buat announcement pulak makcik ni... kikikikiki
@redzuan23
yup... tahu siapa...
i tak suka pakcik teksi yang suka bebel2 pasal politik atau pun suka bukak issue yang last2 dia sendiri emotional tak tentu pasal. org penat2 balik from somewhere, naik teksi nak kene layan emosi dia pulak. -.-'
Post a Comment