Monday, January 31, 2011

. PELIHARALAH MEREKA DARI SEGALA KESULITAN, AMIN .

. aku sakit, mereka lagi sakit! .

Aduh, koyak rabak hati bila terbaca segala entry mengenai apa yang terjadi di Mesir. 
Ya Allah, Kau lindungi mereka yang tidak berdosa, jauhi mereka dari segala kesulitan. Amin. 

Hati bertambah sebak bila teringat salah seorang yang berada di Cairo itu 
adalah abang angkat aku, Fakrul.
Ye, mungkin tiada pertalian darah tapi dia amat penting bagi aku.
Ya Allah, macam mana keadaan dia? Selamat ke dia?
Sungguh, terlupa betul aku tentang abang Fakrul!


Tolong semua, doakan keselamatan mereka semua,
aku pohon sesangat, biarpun mereka bukan saudara pertalian darah,
tapi mereka semua saudara sesama Islam.






. Jom Like kat FB ! .

. GET WELL SOON ! .

. tak selesa .

Flu, cough, high fever! Probably because of yesterday thingy. Fine, itu dikatakan orang padah bila buruk lantak! Muahahahahahha. Dah lah semalam pergi Giant dengan dibasahi hujan lebat, ingat selamat bebeno bila tak pakai payung. Unfortunately end up macam ni. Tak apa, penghapus dosa kecil.

Mood nak online tergendala, so segala kerja BW, drop a comment mungkin tak dapat dilakukan. Seharusnya cuti ini digunakan sebaik mungkin tapi ada hikmah apa yang terjadi. Bukan hal2 blogging je, makanya assignment yang bertimbun2 dihentikan. Grrrrrrrrrrrrrr!

Hari ni satu hari suntuk terbaring atas couch, sekejap mengiring ke kiri, sekejap mengiring ke kanan. Hampeh, cannot go lah! Demam2 ni hati mula cepat nak sentap, hatoi! Susah la nanti Cik Yus! *main petik nama dia* Bercakap tentang si Chenta Hati, mula lah nak berangin.

. Huuuuu, saya mahu dia! Untuk dijadikan punch bag! . 

Sunday, January 30, 2011

. KERANA TRIPLE S .

. MUSNAH .


Triple S hampir memusnahkan segala usaha aku selama beberapa minggu ni. Fine! Well done la. Padan muka kau, Yana. Sia-sia kot! Haiyoooo! Triple S tu stand for Secret Recipe [SR], Satay Station[SS] dan yang terakhir, Seoul Garden [SG]. Baru je berapa hari balik umah, ni la jadinya.

Ni semua sebab nak celebrate birthday akak. Faham2 saja lah kalau nak celebrate birthday, bermacam2 makanan kan ada, so bermula dengan tengah hari 29 Januari, Girls Day Out. Aku, akak dan mama gerak ke SACC Mall, the nearest from my home.

Tujuan sebenarnya sebab nak belikan gift untuk gf abang, celebrate birthday dia sekali, tapi since mama dah lama tak makan lasagne SR, so kitaorg pun sambung menghabiskan duit di SR. Aku yang memang dah lama tak hadap Chicken Cordon Bleu tu apa lagi, terus order tanpa fikir tentang diet! Unfortunately, Chicken Cordon Bleu habis! Switch ke Fish N Ship!


. Berketul2 kalori masuk perut, mampu??? .


. Birthday Girl with Chicken Lasagna .


. Mum with her fav dish, Beef Lasagna .

Done with SR and let's move on to Satay Station which located at Jalan Kampung Pandan. Actually this the second time I ate here. First time with Amir. SS ni ada mee rebus dengan satay je, so makan la mee rebus and satay. Tengok, boleh kira tak kalori yang masuk dalam perut aku? Cisssdale! 

Kali ni abang belanja one whole family. Ramai, ada my Aunt and her hubby, second aunty & third aunty, mama & ayah, Kak Ya *gf abang* and her friend, Nad, akak & aku sendiri. Since mee rebus sampai lambat, aku makan satay. Gilo besaq! Macam satay Kajang but lagi lembut dari satay Kajang, very nice and the gravy wasn't that bad. 

. YUMMY ! Puas makan, sangat kenyang! .

. Ni pun sedap! Gerenti tak nyesal .

. Akak & Kak Ya with their Tiramisu Cake .

. Abang & Kak Ya .

. Hey, it's me and my twin! Ok, just kidding .

End of 29 Januari. Hari ni 30 Januari baru la birthday akak yang sebetulnya. Cuma celebrate awal dekat SS sebab one of my aunt nak fly to Korea *dah pesan suruh bawak balik Lee Dong Wok* . Hari pula, celebrate birthday akak dengan kawan dia. Kawan dia kawan aku, boleh??? 

Next destination, Seoul Garden OU. Hari kedua yang memusnahkan segala aktiviti sihat aku. After all tak lah musnah sangat sebab bakar dan stim je makanannya. Cuma aku yang overdose pergi ambil nasi sikit. Sikit hokeyh! Tak banyak pun.

. Eh eh, ambil mood konon2 dekat Seoul la .
*dengan LEE DONG WOK*

. Itu bukan hingus ya .

. Akak & Kak Zu .

. Kak Linda & I .

. Before main masak2 .

. Let's cooking! .

. Kak Fara & Kak Awa .

. Jagung bakar yang manis, superb! .

. Setelah mengakses seluruh kalori, hohohoholikkk! .

. Most yummy! Salad yang sangat sedap! Suka! .

. Self service dan cubaan aku nak buat cendol! .

. Cubaan kedua buat ABC! .

. Muka yang puas dengan perut yang senak! .

Hambek! Sekali entry penuh dengan makanan daaa! Boleh bayang kan tak berapa kalori setiap satu yang masuk dalam perut aku tu??? Ok fine, tak payah kira pun dah tau berketul2, bergelen2, berantai2, semua ber ber ber lah! Adiosss!

. Diet start tomorrow! .

Thursday, January 27, 2011

. NOTA BUAT KAMU .


. Alhamdulillah .

Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan aku bersyukur, dengan apa yang Dia tarik daripada aku past few days, Dia gantikan aku dengan sesuatu yang lebih berharga. Alhamdulillah. Sekian lama aku tunggu saat tu tiba dan tadi, walaupun tanpa kehadiran aku, mereka kembali dalam hidup aku. 

Ya Allah, aku rindukan mereka dan Kau kembalikan mereka ke pangkuan aku lagi. Aku rindukan mereka dan aku sangat2 berterima kasih kepada Kau. Betul cakap Ayah Agi, ucap Alhamdulillah dengan setiap yang berlaku dan pasti akan dikurniakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ditarikNya. 
"Buat kamu semua, dah lama orang nak dengar suara kamu semua, akhirnya tadi orang dengar suara2 yang orang rindui. Lama, terlalu lama orang nantikan untuk hari bahagia tu. Walaupun orang rasa suara kamu itu tak semesra dulu, it's ok, take your time, orang akan tunggu sampai kita jadi seperti dulu. Setiap kali  mereka bercakap tentang kamu semua, setiap kali orang menjawab setiap soalan tentang kamu semua, getaran suara orang ke laut *ayat kamu selalu guna, M*. Sebak! Langsung air mata takkan pernah berhenti. Kalau dulu air mata sebak & sedih, tapi hari ni, saat orang menaip, yang keluar air mata gembira, saat2 yang orang tunggu berlaku! Syukur sekali lagi. Cuma yang tinggal rasa takut & teka-teki, mungkin ke keadaan kita semua masih sama seperti sebelum atau mungkin sedikit berubah? Tak apa, bukan senang untuk kita lupakan apa yang jadi kan, asalkan kita masih bertegur sapa, bertepuk tampar, bergurau dan semuanya. Semoga tahun ni akan ada ucapan hari lahir dari kamu semua. Orang rindukan ucapan kamu terutamanya. Tadi, walaupun suara kamu agak kekok, mungkin sebab kita dah lama tak berbual, orang rasa sangat terharu, kamu nak jugak bercakap. Kamu tau, setiap hari orang rindukan kamu. Orang rindu nak berbual dengan kamu, walau tadi seminit dua, cukup pembukaan tahun yang sempurna."
. terima kasih, Allah .



Wednesday, January 26, 2011

. ANA RINDU MAMA .

. rindukan mereka .

Mereka lebih kenal siapa anak mereka.

"Ma, Ana rindu mama la, lama tak jumpa mama.
Sakitlah ma duduk sini lama2, Ana penat.
Ana nak balik rumah, nak lunch McD dengan mama macam cuti hari tu,
nak teman mama tengok cerita indonesia setiap tengah hari,
nak tengok channel Home & Health dengan mama,
nak gaduh dengan mama sebab rebut lappy ni,
Ana nak gentel telinga mama."


"Ma, Ana nak balik rumah kita . . ."
(T_T) 

Sunday, January 23, 2011

. LOVE = MESSY + BUSY [UPDATE] .


. busy love messy .

First of all, ni lah masa paling sesuai aku nak update blog since bermula minggu ini aku akan busy tanpa mengalahkan first lady kita ye. Tepat pukul 2.20 pagi mula menaip dan terus menaip! Banyak text ucapan yang aku nak bentangkan dalam entry ni tanpa mengalahkan PM kita hokeyh!

Aku telah berjaya tahap pertama bagi pemilihan MENTOR sebagai Sekretariat Mahasiswa Fakulti [SMF] ! ! ! Kenapa aku pilih untuk join SMF? Since ni semester keempat dan kedua terakhir sebelum tamat pengajian, insyaAllah. Aku mahukan sesuatu iaitu kenangan bersama fakulti TEKA yang terchenta plus mencantikkan lagi resume!

Semalam, buat pertama aku aku on duty as a Biro Pendaftaran! Fewww! Tough bhai! Tak tipu punya. Fenin fenin, ana sangat fenin daa! Baru tahu itu sikit punya berat tugas daa! Beria nak pendaftaran sangat kan, ha tanggung sendirik la . . .

. Di awal pagi, masih mengulo & tak kusut lagi .

. Sempat pose even ada peserta yang dah datang .

Sadis! Minggu ni langsung tak boleh balik rumah sehinggalah minggu depan! Kerinduaaaannn. Perngorbanan ya pengorbanan. Semua untuk SMF. Plus minggu depan orang sibuk balik cuti, aku kena pergi Kem Keramat which is lokasinya kami semua tak diberitahu. Hambek! Enough ! ! !

Selain sibuk berSMF, aktiviti sebagai student biasa masih banyak. The best part is when my so-called boyfie Yusri Saibani Yusry Abd Halim datang ke UiTM Puncak Perdana untuk Wacana Puncak Perdana [WPP]. Haruslah datang awal kan, dah la mimpi nak jumpa dia depan2, it's such dream come true.


. Kasi jauh2 dolu .

Fine, since Dean TEKA yang baru Prof A. Razak Mohaideen, mestilah dijemput pelakon fav dia untuk bagi talk kan? Cinta Kolestrol, Kuliah Cinta, Hingga Hujung Nyawa dll, banyak kot. Lepas ni siapa agaknya ya? Sebelum ni, berdiskusi tentang cerita Nur Kasih, sayangnya Remy Ishak tak ada!

. Wah, dari keraaanaaa mata .


Sumpah! Yusry sangat handsome, smart dan semuanya dialah! Everything perfect! Apa yang dia sampaikan tentang CGI & Hikayat Merong Mahawangsa [HMM] sangat gempak. Boleh jadi lecturer dah ni. Tak sabar nak tunggu HMM. 

. Terima kasih datang berkali2 lagi ye .
Finally, aku nak buat satu confession, aku sangat frustrated sekarang ni. Pujaan hati Yusri Saibani Zaquan Adha dah tak teruna bujang lagi ! Yela, aku kena terima kenyataan bak kata housemate, Gjie, mungkin tak ada jodoh *mood ; gilos*  
gambar resepsi ayu raudhah zakuan adha
. kredit ; Asmady Ahmad [FB] .
Semoga mereka bahagia dan berbahagia ke akhirnya.                                *mood ; lara tapi ikhlas dari hati*
By hook or by crook, aku masih Ayu Raudhah di mato Encik Yusri Saibani *celah mana pun gua tak tau* Muahahahahhahahaha ! Hoit Encik Boyfie, orang rindu kamu jugak! Jangan lupa 24 Feb ini ya, orang tuntunt!

. Sekian .

Wednesday, January 19, 2011

. OUT OF MOMENTUM .

. melarakan .

Ја сам у тако много бола. Претендује да буде најсрећнија особа, али превише лажи да не могу ни испљунути! Пропустио сам моја мама толико. Желим да је пољуби образ још једном. Да ли ћу добити шансу да то учини. 

"Мама, ја сам повредио моји пријатељи, ја сам повредио превише људи данас"

Kudos la untuk Google Translate! 

Mood ke laut!
Dengan line yang macam gampang!

! Out of service !

. Sekian .


Friday, January 14, 2011

. MEREKA & AKU .

. Kawan! Sahabat! Teman! .

Tak kira la macam mana pun korang mendefinisikan maksud perkataan2 di atas, pokoknya cuma satu, mereka itu pendamping kita, pesaing kita, penyokong kita dalam menghadapi hari2 getir tak kira la masa sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA/IPTS & bila korang dah kerja.

Sebusuk2 mereka, semasam2 mereka, sewangi2 mereka, sepahit2 mereka, setawar2 mereka, mesti korang setuju, tak ada mereka, tak ada gelak tangis maki mencarut korang tu kan??? Tak kira apa pun, aku percaya, mereka sebahagian dalam hidup kita. 

Paling meninggalkan kesan tahap ni, mungkin mereka yang sekeliling aku saat ini, saat aku bergelar pelajar UiTM Puncak Perdana. Bukan sekejap dengan mereka ni, lama kot. Tak mungkin dapat carik mereka2 ni di tempat lain sebab bagi aku, mereka ada karakter masing2 dan dan dan mereka eighteen in a zillion!!!

Fine, aku ada lagi satu semester lepas ni sebelum aku akan temui lagi bermacam tanduk ragam mereka yang lain. Tapi aku tak nak & takkan biarkan mereka yang sekarang ni hilang dalam ingatan aku *noted ; aku sering jadi pelupa lately ni, betulkan MAGNET?*


. Helo, kami comel, sekian! Oh, inilah Lil Magnet .

So aku up satu entry sini, supaya mungkin bila penyakit pelupa aku makin kronik, aku boleh bukak blog ni dan terpancar lah wajah2 mereka sekalian. Aku bukan jenis yang straight forward, tapi aku sayang mereka. Walau kadang ada yang menyakitkan, apa ada hal??? Tak semua orang perfect kot??? Almost but never *fav quote aku, jangan curik!* 

Since sekarang dah semester ke 4, once again, ada photoshoot bersama mereka2 yang agak tiga suku, bigor2 dan hebat serta top! Ini dah jadi macam setiap sem mesti ada photoshoot. Dari first sem sampailah sekarang ni. Esok2 kalau dah berjaya tak ingat jugak memang hampeh bebeno!

. Semester Satu .


. Semester Dua .



. Semester Tiga .



Untuk current semester ni, tak ada gambar sekelas, cuma ada group photo je. Agak ralat di situ tapi apa boleh buat, let bygone be bygone. Hari yang terik, kesuntukan masa dan segala macam hal, tapi gempak jugak sebab semuanya ada. Alhamdulillah. Bukan senang nak kumpul sekelas semua ye dak?

. SEMESTER EMPAT .

Mari kita mulakan dengan Lelaki Berlapan!  Each one of them have their own personality and their own uniqueness. Somehow they even make fun of me and others as well, but to me, it's nothing compared to value of the friendship itself, very valuable to me!


. Ye ye, aku tau mereka ada rupa . 


. Kadang2 mereka boleh jadi mat jiwa2 .


. Kadang2 jugak mereka boleh cipta skrip yang bagus .


. Susah nak dapat gambar macam ni .


Mereka dari kiri ; 
Harry, EZ, Shah, Iki (belakang), AG (depan), Farhan, 
Amar (depan), Ejam (belakang)

Girl Power! Ok, benda ni normal dalam dunia universiti, berderet bhai, lelaki2 memang akan rambang mata la kalau nak pilih kaum hawa once belajar kat mana2 IPTA/IPTS. Maklumlah, kami spesis yang banyak di kala akhir zaman ini.

Bagi aku, Girl Power yang sentiasa jadi saka pendamping aku, terlalu istimewa. Seperti Lelaki Berlapan, mereka jugak ada kelebihan masing2, tak pernah lepas dengan habit yang bukan2, mereka yang ringkas, mereka yang kreatif. Hey gadis2, don't you dare to quit from my 'PRECIOUS BOX' hokeyh!


. Ye, ye, aku tau mereka gonjeng gojes2 belaka .


. Senyum, tak perlu kata apa2 .


. Kata org dolu2, tak elok anak dara duduk atas tangga .



. Weewitt! UiTM Next Top Scriptwriter .

. Gives us some thing to write it out .


. Inilah, barisan kita, yang ikhlas bergambar! .


. Mereka di belakang [ ---> ] .
Atin, KC, Si Momel *ehemmmm*, Arein, Aimi, Diah

. Mereka di depan [ ---> ] .
Tini, Aisyah, Manda, Elie, Alyssa Si Kuning Menyerlah

Sudah kenal mereka? Mereka separuh dari hidup aku. Walau tak semua masa manis saja, kadang2 ada jugak macam masam2 epal hijau, itulah mereka. Antara mereka, ada seorang yang sentiasa ada kalau aku tengah blank, setiap kali aku lupa dia ingatkan dan yang penting dia selalu nampak aku mengigau.


. Aku comot, dia comel, orang femes dah sekarang .

. Hambek, sama pose hokeyh! . 

. BESO, kecik, BESO, kecik .

Elie, dia roomate aku dari semester satu sampai sekarang. Abang2, adik2 yang nak minta borang, sila lupakan niat anda sekarang kerana dia sudahpun berpunya, abg navy lagi hokeyh! Classs gitu! Elemen Elie sepanjang 4 semester dengan aku ;

Kejut bangun solat subuh *errgggg, aku tak dengar alarm sendirik!*
Dengar & terkejut akibat sikap sleepwalker aku
Part time coach fitness aku
Partner dalam setiap group presentation
Oh yeahhh, dia kadang2 garang dengan aku, takutnyaaaaaaaaaaaaa!
Most of all, dialah wanita pertama yang aku kenal sebelum melangkah ke UiTM!

Aku rasa, entry kali ni sangat panjang dan penuh dengan gambar yang pernah aku publish. 3 jam lebih jugak lah. Apa pun aku tak rasa satu pembaziran waktu untuk publish entry ni kerana satu masa nanti aku mesti akan baca entry ni berulang2. 

[ <--- ] Ehemmmm, sesekali letak gambar aku sorang kat blog ni ok jugak kan??? Bluweksssss!


Last but not least, aku nak cakap, whatever it is, friendship itu sangat penting ye? They part of our life. Mana2 pergi pun muka yang sama kita jumpa, terkecik or terbesar hati ke, simpan sekejap pastu masuk tong sampah hokeyh! 

. Sekian buat hari ini .