Amacam? Dah puasa ke-6! Pantas masa berlalu ek? Since setiap Khamis dan Jumaat tak ada kelas, wajib balik rumah kalau tak ada apa² aktiviti kat kolej, kalau ada pun meronta-ronta nak balik! Muahahahahha. Unfortunately, untuk minggu ni, hanya sehari saja sempat berbuka dengan family. T_T
Last weeks, mama ada call cakap nak balik JB. Ergggghhh! Orang nak ikut! Bayangkan kalau balik JB, for sure aku dapat makan segala macam yang jarang² nak jumpa di Kota Shah Alam. Cehhh, feeling ala² Kota London. Tapi... Mereka mahu balik hari Isnin, what about me then? Tension!!!
Al-maklumlah, bila dah jarang balik JB, mestilah dimanja-manjakan oleh Tok Papa dan Tok Mami. Sumpah penuh meja kalau kami semua balik. Erk, harus sampai penuh perut makan! Sampai termengah-mengah. Kalau tak habis, bangun ramai², ha melantaklah puas².

COURTESY OF AMRAFAHAN
Maaf maaf maaf! Bukan nak kurangkan pahala korang bila tengok gambar ni di bulan yang mulia ni. Ha, yang kat atas ni namanya kacang pool! Perghhh! Kalau hari biasa, makan buat sarapan pagi tapi dah kalau bulan puasa, gila apa nak buat sarapan pagi?
Part of kacang pool, selalu aku ternanti-nanti nak berbuka dengan nasi ambeng!!!

TAKEN FROM HERE
Eleh, ngade² je ni nak makan nasi ambeng Johor, padahal merata je kat Shah Alam ni ada. Feel dia lain sikit kalau makan dkat JB, entahlah, tak tau kenapa. Part nasi ambeng ni, kalau certain orang boleh makan dengan dua orang, aku boleh habiskan sorang. Lalalala

Ini lagi satu! Grrr! Tak sama kat Shah Alam dengan JB punya! Kat JB banyak branch mutabak Singapore ni, salah satunya kat Larkin, dekat rumah tok aku. Selalunya daging yang ditabur lagi banyak dan trust me, sangat lembut. Buka puasa hari tu ayah ada beli tapi tak sama, tak sama! Keras!!!
So far tiga jela makanan yang reminds me of JB. Huwaaarghh! Aku nak ikut! Tapi tak apa, buka dengan tersayang pun ok apa. Hekhekhek. Currently aku dekat rumah Cik Yus, tolong mami dia niaga kat bazar. Tapi tak spend time pun dengan dia, since dia kerja kan. Limited betul!
Next week, balik Penang, kampung ayah.
Baru fair and square!
