Thursday, August 4, 2011

PERGINYA LIANA AFIERA MALIK | TAK MUNGKIN ADA SAMBUNGAN KOLEKSI NOVEL YOYO


Thanks Fieza sebab inform

Speechless, satu perkataan pun tak terkeluar bila aku tahu yang penulis koleksi novel YOYO telah kembali kepada Pencipta. Sebak, sedih, semua ada, tapi kematian itu satu perjanjian antara kita dan Dia. Innalillah. Semoga roh Liana Afiera Malik tenang disisiNya.

Dulu, aku pernah buat entry pasal koleksi novel YOYO yang aku suka, bukan suka sikit². Penulisan yang bersahaja. Aku percaya semua novel arwah sangat meninggalkan kesan based on feed back yang aku dapat. Penulis hebat! 

 Tak sah kalau tak ada keyword tentang koleksi novel YOYO
(Nuffnang)

All time stat, top two!
(Blogger Stat)

Aku percaya semua penggemar novel penulis Liana Afiera Malik rasa kehilangan. Walaupun tak semua novel arwah aku beli, aku rasa setiap penulisan arwah punya tarikan sendiri. Lepas ni aku akan cuba cari novel² hit arwah. Entah dapat atau tak, belakang kira. 

Antara koleksi novel arwah

As a budak artistic writing, aku rasa setiap penulis ada keistimewaan tersendiri dan aku cemburu dengan penulisan arwah. Sumpah bila dah final year, aku rasa sangat loser, kenapa karya aku tak sehebat karya² penulis yang lain. Damn di situ tapi apa ada hal, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, aku akan cari part aku.

Buat Bunda Anie, nota Bunda tentang arwah sangat menyentuh hati. Takziah atas kehilangan arwah. Walaupun kenyataannya identiti arwah samar², siapa dia, umur berapa, aku tetap rasa kehilangan. Aku suka baca koleksi novel YOYO, aku membesar dengan novel² tu, tapi lepas ni tak mungkin ada sambungannya lagi...  T_T

Arwah sakit apa, tak pula aku tahu, tapi walau apa pun, semoga Allah SWT cucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkan arwah dalam kalangan orang yang soleh. Semoga arwah Liana Afiera Malik tenang di alam sana. Amin.

Al-Fatihah 

16 comments:

bidadarihijau said...

al-fatihah~~mmg sedih bile thu pencipta karya2 yg kite suke bce tetibe je dh xde...

QAQA atiqah said...

Al fatihah ,
suke jgak novel dye :/

Hafizin Jamil said...

alfatihah utk arwah..

cik aiLebiu said...

al fatihah..mcm pernah baca novel arwah klu x silap...sbb nama tu familiar...huhu...

NurfAA said...

yeke yana????kak fa gak suke die....tak sngka kan....begitu cpt die pgi menghadap ilahi....tp takpe...die tggal kan byk tulisan die yg dlm tak sedar bg sesuatu yg bermakna tuk seseorang...

littledolphin said...

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT.saya tak mengenali dia tapi berdasarkan apa yang kamu tulis,saya percaya dia pasti seorang penulis yang sangat berkebolehan. :)

saya pun selalu rasa macam loser kerana karya-karya saya biasa-biasa je.padahal saya bercita2 menjadi seorang novelis.selalu rasa down jugak.kadang2 tu saya meragui diri,betulkah ini bakat saya? tapi apapun,kita kena kuatkan semngat dan percaya pada diri walau apa pun ye kawan. :D

Aty Fared said...

saye suker giler bace novel yoyo..!! seingat saye dari saye form 2-3 lagi..
takziah untuk keluarge penulis..:(

~ NANA ~ said...

kak nana suka sgt 1,2,3 i love u tu...alfatihah :(

Hans Hanis said...

tu la pasal
aku pun sedih weih bila dapat tahu dia dah meninggal baru2 nih
aku boleh kenal dia pun sebab aku sangat suka baca siri Yoyo tu
penat aku dok tunggu sambungan tapi xkuar2
rupa2 dia sakit
dan sekarang dah tak ada
al-fatihah untuk beliau

Aimi Rosli said...

al-fatihah.


siri yoyo memang best.

syufaa said...

syufa jarang baca novel.
huhu.
so tak baper nak kenal dgn arwah.
al-fatihah.
:)

enyheartsdiamond said...

al-fatihah..

nama dia liyana, nama kamu pun liyana, mesti kalian ada kongsi2 sedikit persamaan.. hehe..

Aida Azryn said...

Al-Fatihah~

Unknown said...

aish tak penah baca novel tu..tp faham la klu kt tgh syok layan novel best, tba2 tak dpt sambungan dia..mmg frust..huhu..tp nk buat camne..ajal penulis tu dah sampai..al fatihah..

kaizen said...

sy pon terkejut mase taw aritu...

latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

man87 said...

terima kasih atas penulisan beliau yang berjaya menarik saya untuk membaca novel