Monday, August 1, 2011

SEGMEN : ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU



Ini mungkin segmen yang kedua aku join, entah, tak ingat. Tapi dari hari tu aku teringin nak join. Entah valid atau tak since tarikh last adalah hari ini, first of August, first day puasa. Pertama kali aku baca tajuk segmen ni, sumpah sayu. Sekali lagi entah! Tak tahu kenapa. Kalaulah ianya benar ramadhan terakhir...

Sempena bulan mulia, tak ada langsung yang terlintas dalam hati aku segala perancangan. Kalau dulu masa kecik² apalah sangat dengan bulan puasa ni, yang aku tahu selalu puasa sekerat hari. Tak pun, sibuk ajak mama carik baju raya, macam tak menyempat. Tapi tu semua dulu. Tahun ni, macam ada sesuatu yang lain. 

Untuk ramadhan yang mungkin terakhir kali ni, aku teringin nak habis baca terjemahan al-Quran yang aku beli dan simpan dah dekat sebulan lebih. Sumpah rasa kosong hidup ni. Macam banyak benda yang aku tak tahu lagi. So mengambil keberkatan bulan mulia ni yang mungkin ramadhan terakhir, aku cuba nak habiskan baca terjemahan al-Quran.

Selain habiskan baca terjemahan al-Quran, haruslah penuhkan hati dan aktiviti yang dekatkan aku dengan Dia since aku mungkin akan mengadap Dia dalam bulan mulia ni. Yela, walau lima hari tak tinggal pun, belum tentu ibadat kita diterimaNya. Belum ditolak dengan dosa buat ketupat, dosa tutup aurat tak sempurna, dosa zina mata, zina hati, zina pendengaran dan segala zina. Sangat tak terkira dosa berbandinga pahala.

Paling penting, teringin sangat nak penuhkan solat terawih tapi perempuan kan... Malam lailatul qadar? Aku tahu aku tak mampu nak dapatkannya. Siapa aku, aku tahu diri aku dan tak mungkin aku. Tapi kuasa Allah, siapa yang mampu lawan. Harapan itu sentiasa ada.

Last but not least, kalau boleh, nak buka tiap² hari sama² dengan mama, ayah, abang dan akak. Nak rasa masakan mama yang tak mungkin aku rasa lepas ni. Belum puas rasanya rasa masakan mama. Kalaulah boleh buka tiap² hari dengan depa...

Perubahan yang aku ingin di penghujung Ramadhan pulak, mungkin dapat turunkan sikit berat badan. Al maklumlah, badan makin membesar, nak buat apa² pun termengah². Kalau boleh, biarlah sihat tubuh badan ni masa dikapankan, lagi² nak mengadap Dia. Datang dengan sempurna, harus pulang juga dengan sempurna. Selain tu, perubahan yang paling penting ialah kehilangan titik hitam dalam hati. Semoga Allah menerima ibadatku yang ketiga ni dan jugak menerima segala amalan dan ibadat aku yang lainnya.

Salam Ramadhan
Tambah sayu taip entry ni sambil dengar lagu,
Harapan Ramadhan