Monday, August 1, 2011

SEGMEN : ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU



Ini mungkin segmen yang kedua aku join, entah, tak ingat. Tapi dari hari tu aku teringin nak join. Entah valid atau tak since tarikh last adalah hari ini, first of August, first day puasa. Pertama kali aku baca tajuk segmen ni, sumpah sayu. Sekali lagi entah! Tak tahu kenapa. Kalaulah ianya benar ramadhan terakhir...

Sempena bulan mulia, tak ada langsung yang terlintas dalam hati aku segala perancangan. Kalau dulu masa kecik² apalah sangat dengan bulan puasa ni, yang aku tahu selalu puasa sekerat hari. Tak pun, sibuk ajak mama carik baju raya, macam tak menyempat. Tapi tu semua dulu. Tahun ni, macam ada sesuatu yang lain. 

Untuk ramadhan yang mungkin terakhir kali ni, aku teringin nak habis baca terjemahan al-Quran yang aku beli dan simpan dah dekat sebulan lebih. Sumpah rasa kosong hidup ni. Macam banyak benda yang aku tak tahu lagi. So mengambil keberkatan bulan mulia ni yang mungkin ramadhan terakhir, aku cuba nak habiskan baca terjemahan al-Quran.

Selain habiskan baca terjemahan al-Quran, haruslah penuhkan hati dan aktiviti yang dekatkan aku dengan Dia since aku mungkin akan mengadap Dia dalam bulan mulia ni. Yela, walau lima hari tak tinggal pun, belum tentu ibadat kita diterimaNya. Belum ditolak dengan dosa buat ketupat, dosa tutup aurat tak sempurna, dosa zina mata, zina hati, zina pendengaran dan segala zina. Sangat tak terkira dosa berbandinga pahala.

Paling penting, teringin sangat nak penuhkan solat terawih tapi perempuan kan... Malam lailatul qadar? Aku tahu aku tak mampu nak dapatkannya. Siapa aku, aku tahu diri aku dan tak mungkin aku. Tapi kuasa Allah, siapa yang mampu lawan. Harapan itu sentiasa ada.

Last but not least, kalau boleh, nak buka tiap² hari sama² dengan mama, ayah, abang dan akak. Nak rasa masakan mama yang tak mungkin aku rasa lepas ni. Belum puas rasanya rasa masakan mama. Kalaulah boleh buka tiap² hari dengan depa...

Perubahan yang aku ingin di penghujung Ramadhan pulak, mungkin dapat turunkan sikit berat badan. Al maklumlah, badan makin membesar, nak buat apa² pun termengah². Kalau boleh, biarlah sihat tubuh badan ni masa dikapankan, lagi² nak mengadap Dia. Datang dengan sempurna, harus pulang juga dengan sempurna. Selain tu, perubahan yang paling penting ialah kehilangan titik hitam dalam hati. Semoga Allah menerima ibadatku yang ketiga ni dan jugak menerima segala amalan dan ibadat aku yang lainnya.

Salam Ramadhan
Tambah sayu taip entry ni sambil dengar lagu,
Harapan Ramadhan

10 comments:

Puan Nurussalwa said...

Assalamualaikum :)

moga apa yang terlintas dibenak hati akan berjaya dilaksanakan di bulan mulia ini, dan diteruskan di bulan2 yang akan datang..

=)

selamat menempuh Ramadhan, selamat berpuasa..

Dang Intan Duka said...

salam ramdhan di ucapkan..
semoga mendapat keberkatannya..


peace

Aty Fared said...

selalu takut tak dapat jumpe ramadhan akan datang..:(

wawahida idris said...

tersentuhnya baca entry kali ni T_T

Nurulchumel said...

sedih nya.
kalau masih boleh join, I dah join dah segemn nih.

..
Em, I mmg sgt touching bila sebut tentang kematian. Sayu je hati ni.

Anyway, selamat berpuasa syg.
:)

emmayuzaima said...

salam ramadhan .amin ;)

~ NANA ~ said...

rase rindu pulak kat yana! kak nana kalo weekend je mesti senyap sbb turun KL jumpe hubby...kekekeke

btw slmt menjalani ibadah puasa...kak nana harap ni bkn ramadhan terakhir kak nana...nk jugak buat perubahan dlm bln mulia ni...insyaAllah sama2 kita kejar mlm lailatul qadar okey :)

ika alwee said...

insyaAllah kite sume mendapat keberkatan pada Ramadhan kali ini dan akan juga bertemu pada Ramadhan akan datang...

ainondreamergirl♥ said...

sedihnya. salam ramadhan. semoga ramadhan tahun ini lg baik dpd before :D

Unknown said...

segmen ni sedih la... :(