Saturday, July 31, 2010

KEMBAR KE??

Pernah tak korang jumpa dengan kembar?? Bagaimana rasanya??? Mesti terkejutkan?? So entry kali ni Yana nak bercerita bagaimana perasaan Yana bila terserempak dengan kembar! Kembar? Apa yg kembar? Kena lah baca entry ni sampai habis.

NI KEMBAR JUGAK KAN?

Semalam Jumaat, Yana nak pergi kelas pukul 3 petang. Elok Yana turun tangga dengan Elie, Yana tergamam! Si kembar yg berada di blok depan jugak terkesima! Dia hanya tersenyum dan Yana sendiri tergelak!

SESIAPA ADA BAJU KURUNG MACAM NI,
SILA KOMEN!

Alamak! Baju kurung kitaorg sama! Ya Allah! Baju kurung masa Yana umur 15-17 tahun *masa kat Penang*! Dah lama! Tak sangka pulak boleh jumpa lagi baju kurung yg sama. What a small world kan? Si kembar dah tersenyum2, Yana dah agak blushing. =p

Apa boleh buat, si kembar terus balik ke bloknya, Yana meneruskan kaki ke kelas. Bila fikir2 balik, tak mustahil kan kita jumpa orang pakai baju yg sama dengan kita? Mesti korang pun pernah jumpa orang yg pakai baju yg sama kan? =)

So tadi bila pergi beli baju raya, Yana agak cerewet. Bila nampak baju kurung yg banyak pattern, Yana tak nak beli, sampai parent lenguh kaki ikut Yana sini sana. Last2, Yana beli satu je dulu, satu dalam sejuta ke??? Hope so....

Tips bila jumpa orang yg pakai baju sama dengan kita, just cakap cani, "Wah, baju kita sama la! Cantikkan?" Erk, okay tak?

Psssttt : Saya mahu baby kembar!

Blogger Templates
Blogger Templates

Wednesday, July 28, 2010

DI MANA AKU?

Sangat tak faham!

Makin lama makin sakit, makin lama makin benci, makin lama makin tak faham!!!!! Bukan dengan orang lain, tapi dengan diri sendiri? Pelik tak pelik? Ada ke orang macam aku? Apa ni??? Takkan tak boleh nak figure out something! Adusss, serabut tahap nak terjun dari flying fox, nak buat buggie jumping semua!

What's wrong with me? I never felt like this before, struggling to solve the problem that I myself could not recognize. Mungkinkah stress melanda? Apa yg nak di'stress'kan ek? Aku sendiri tak tau. Erk, aku? Di sini, aku tekankan, aku sedang bermonolog. Monolog dalaman.

Minggu ni, aku sangat lost. Apa yg aku buat kadang2 aku sendiri tak faham. Apa perasaan yg aku sedang alami ni? Aku sendiri tak faham. Sampai si chenta hati jadi mangsa, aku dah ulang yg aku tak faham kenapa dengan function aku masih berjalan2 dan berfikir sedangkan aku sedang mencari apa yg sedang berlaku, si dia masih bertanya KENAPA???

Cuba bagitau aku macam mana aku nak jawab sedangkan jawapannya aku sendiri tak tau? Kecelaruan apa ni? Identiti??? Perasaan?? Hati?? Mana satu?? So, maaflah, aku tak mungkin menjawab soalan kenapa tu.

Oh, kuningnya. Kakak yg sedang berdiri sebelah aku sekarang ni sedang berbaju kurung kuning. Hilang idea aku. Kak, baju anda sangat terang. Sila kurangkan keterangannya *double meaning* . Saat ni kan, aku terasa ingin sendiri.

Ye, sendiri! Semalam aku dalam rumah, aku paling awal tidur. Tenang gila bai, sumpah aku tak tipu. Housemates, roomate aku semua keluar. So aku takut keseorangan, bila aku takut, aku tidur. Tidur tu satu ketenangan bagi aku.

Aku dapat rasa, bila aku tidur, aku tak payah fikir apa2. Tapi tenang ke aku bila aku langgar keindahan ciptaan Maha Pencipta? Apa itu keindahan? Ustaz bahaskan hal itu kelmarin. Aku agak hilang, tapi aku cuba jugak nak faham.

Dalam tak sedar aku rasa aku semakin cintakan peganganku. Alhamdulillah, dengan adanya Dia, dengan adanya hikmah ciptaan Dia, aku masih di sini, masih mencari tetapi dengan ketenangan. Tak seperti hari sebelum, aku macam hilang fokus.

Aku tak mahu biarkan ia menang, aku tau aku harus bangun dan terus sabar, ini kan dugaan? Bermacam dugaan yg Dia beri, tapi aku tau, Dia tak mungkin memberikan dugaan yg tak mungkin umatNya tempuh.

Blogger Templates
Blogger Templates

Saturday, July 24, 2010

SABTU FOR QUALITY TIME

Salam & hello all.

Weekend hari yg bahagia kan? So hari ni Yana sangat bahagia. Ops, walau dalam bahagia, masih ada duka kerana esok sudah Ahad dan bermakna Yana akan kembali ke Puncak Perdana di mana line sangat lemb...

Aktiviti hari ni sangat padat, kalau mahu baca, sila proceed, jika tidak, close tab *jangan degil, bertindak mengikut saranan* . Hari ni adalah moment kualiti bersama keluarga. Cuma berempat, lagi seorang ber'date'.

Seawal pagi Yana sudah terpacak di JPN. Yey, finally sudah siap IC baru. Selama dua minggu Yana tunggu tau, punya excited. Maklumlah, IC lama dah macam apa entah, tak boleh handle betul. Cubalah scroll bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




SEBELUM

SELEPAS

Ha, banyak tak perbezaan??? Hatoiiii, sila abaikan mukaku yg sangat comel itu ye? Tengok, kad yg kuning dahulunya kini sudah bertukar. Sudah bersih kan? Weee, IC baru boleh touch2 okay, agak ketinggalan Yana di situ.

Lepas pergi JPN, tunggu my sis balik kerja, then pergi lunch terus. Lunch kat Cili Merah Seksyen 9, sedap sangat asam pedas ikan pari mereka *sila pergi cuba bagi anda yg berdekatan* . Perut sudah kenyang, time for shop2. JJ Bukit Raja sudah menunggu.

Hari ni hari Sabtu, no plastic bag! But it's okay, banyak lagi cara ye. Tak banyak yg Yana nak pau ayah, cuma satu handbag saja *yg lama sudah putus* . Anyhow, tq ayah! Banyak ooo sale, masuk sini sale, masuk sana sale, tapi Vincci memanggil.

TADAAA!

THE OTHER SIDE

Dah grab apa yg patut, balik rumah, time for rest. Agak petang sikit, keluar dengan akak, bawak baby baru dapat kaki pergi Tasik Shah Alam. Kitaorg memang suka layan budak2 ni *tak sabar nak ada anak sendiri, opsssss!*

Jom cuci mata!

BABY MUCUK! *baru dapat kaki*

DAKNI MENGGERAMKAN!

TWO TONE =p

XOXO

FINALLY, BURPPPP!

End of pictures! Even sangat penat melayan mereka, Yana tetap happy. Out of the Puncak, tak nak ingat pasal assignment, so macam ni la caranya, penuhkan hari anda dengan macam2 aktiviti. Betul kan?

Sekiannnnn!

LA WORDS : Hatoiii, sangat runsing bila fikir pasal assignment. =(

Friday, July 23, 2010

PINKISH KEMBALI KE?

Salam kawan2.

Yey! Hari ni nak balik rumah. Maklumlah, esok cuti. Sekarang tengah berehat sementara menunggu kelas pukul 4 nanti. Kelas Analisis Skrip! Yey! Suka bab2 analisis ni. Subjek ni jugak yg buat Yana pergi overnight masa final WC tu.

Tak nak cerita pasal analisis skrip atau WC *dah lama habis okay?* . Yana nak cerita aktiviti Yana hari Rabu lepas *dah agak basi kan?* . Sangat2 penat tau! Yana dengan budak2 rumah berjalan2 di sekitar Shah Alam *macam bukan penduduk Shah Alam je gamaknya* . Kelas hari Rabu pulak satu kelas, ligat la berjalan.

Sebenarnya nak teman housemate Yana pergi bank, pastu terus melencong kejap *sambil menyelam minum air* . Kitaorg pergi PC Fair kat PAS. Macam2 jugak yg Yana beli. Harga nak kata murah, tak murah sangat tapi boleh la.

PINKISH!

Ada satu entry Yana pernah cakap, dulu Yana suka pink kan? *Ada baca ke tak???* Suka pink masa zaman sekolah, pastu macam dah slow, tapi tapi tapi sekarang Yana macam dah kembali ke zaman pink! Tengok kat atas, usb port pink, headphone pink, mouse pink, cuma lappy je tak pink *ada siapa2 nak hadiahkan Yana lappy pink?* .

Selain benda2 pink kat atas tu, Yana beli shawl. Kat kolej Seroja UiTM induk ada jual2, macam2 ada, cardigan ada, wedges ada, shirt2 ada *sanggup dtg dari Puncak Perdana ke UiTM induk* . Sebelum pergi kolej Seroja, kitaorg dah pergi PKNS, masa tu Elie dah belikan Yana shawl tapi sampai kolej Seroja, Yana beli lagi dua. Lepas ni kena banyak cari tutor untuk pakai shawl okay.... =)

SHAWL FROM ELIE

Shawl Yana beli sendiri! =p

Disebabkan semua dah lapar lepas borong habis barang2, kitaorg makan kat seksyen 2. Yana minum Mocha iceblended, sangat sedap & besar *first time Yana tak habiskan drink*. Nak tau harga berapa? RM2.50 saja! Sangat worth it. Go & try yourself, sure no regret! *promote kedai makcik peramah tu*

Ni la iceblended makcik peramah tu, sedap tau!

IZNIE, ELIE, HAFIZ

MAI (the driver of the day), MIA SURIHANI

Sampai PP, dah nak maghrib, mula la nak rushing kan? After all, banyak jugak la yg Yana habis hari ni, kuncup sudah purse Yana. Halamak! Lepas ni nak buat bajet mini LA. Weehuuuu!

Sekian dahulu............ *mau tidur*


Blogger Templates
Blogger Templates

Wednesday, July 14, 2010

KOC WANITA & WAYANG PERCUMA

Hello everybody!

Bertemu kita kembali ye? Mai nak habaq sat, cheq tengah duk buat assignment la ni, tapi tak tau pasai apa tangan ni dok gatai nak update pulak. Agaknya terkena sindrom gatai2 kut? Ni, cheq ada story hangat nak ceghita *habis tunggang langgang cakap utara, orang utara jangan marah naaa???*.

Ingat lagi tak entry Yana yg lepas? Yana ada cerita pasal Yana & Elie naik KTM ke Seremban kan? Ni sambungannya ya? Begini, Yana teruja tau sebenarnya sebab ni first time Yana naik koc wanita. Sebelum ni naik koc biasa yg unisex je *selalu keluar dengan Cik Yus, takkan nak naik koc wanita*.

Alhamdulillah la kan bila dah ada koc wanita ni tetapi yg menjadi persoalan di sudut hati Yana ni, bila ada kaum adam yg turut sama ada dalam koc wanita, ni apa kes? Yana & Elie pun macam tertanya2, patut ke hal ni terjadi?

Bukan kaum adam yg solo je, yg berkeluarga dengan anak bini pun ada. Hello pakcik, walaupun awak tu dah berkeluarga, tolong la faham, ni koc wanita sahaja okay??? *agak tamak di situ* Bukan koc untuk famili.

Yana masih tak faham, begini ke rakyat Malaysia? Mentaliti mereka memang against the rules ek? Sebagai anak jati Malaysia 100%, Yana macam malu dengan mereka2 ini, dah sah2 kat pintu dan tingkap KTM tu ada pelekat, gambar wanita lagi, kenapa nak tumpang sekaki jugak?

Lagi satu hal pulak, lagi parah. Still dalam koc wanita jugak! Hal ni terjadi depan mata Yana sendiri. Bukan nak aibkan sesiapa, tapi cuba tengok video di bawah ni *opss, betulkan leher anda dulu ye?*


Apa perasaan bila dah tengok? Dah la dalam koc wanita, pastu buat wayang lagi depan Yana dengan Elie. Amek kesempatan la tu tengah bersesak2, tangan mula meraba2, merayap2! Agaknya kalau boleh nak masuk sekali dalam baju tu kot? Hangin je Yana & Elie tengok!

Dey cik kak, cik abang, nak buat wayang bukan dalam koc wanita ek? Hatoi!!!! Abang tu boleh buat muka selamba badak dia tu, sikit2 nak toyoh muka dia kat muka kakak tu, awat jadi lagu tu cik abang oi??? Sangap dah ka???

Entry kali ni memang agak kasaq okay? Sebabnya Yana nak lepas segala yg berbuku di hati. Segala keterlanjuran kata harap dimaafkan.

Sekian dahulu... =)

Blogger Templates
Blogger Tem

Monday, July 12, 2010

THE TRUE STORY ON 2ND WEEK

Salam semua!

Yana kembali lagi. Kali ni entry tidak bergambar. Tak kuasa mak nak upload kalau line ala2 hidup segan mati tak mau! Fuwwwwww, lama dah tak update, sebab musababnya tak payah la nak ulang, line prob la kalau duk kolej *tempat jin bertandang*

Minggu kedua kuliah? Sangat superb la! Task makin berlambak, entah bila nak start. Biasalah, last minute punya kerja kan? By the way, minggu kedua ni sangat busy, weekend yg tak cukup masa tidur, rushing sana rushing sini.

Btw, hari Ahad PAGI juga Yana telah teman Elie ke Seremban untuk melawat Noddy's mum *Elie's boyfie*, she's critical, so Yana harap semua dapat doakan kesihatan Noddy's mum okay??? Kesian tengok, sebak semua ada. *teringat kat mama, sama umur....*

Lepas ke Seremban, Yana & Elie staright away to Midvalley untuk melangsaikan task. Task yg diberi Miss Bebra. So, kami menunggu classmates dari Shah Alam. Elie sempat melentok di dalam JJ *kena diri dalam KTM dari Seremban sampai Salak Selatan*

Buddha Collapse Out of Shame. Tajuk movie malam tu. Cerita arahan seorang budak berusia 19 tahun dari Afghanistan. Best untuk buat task tapi kalau saja2 mungkin kata boring. Cerita yg sangat unik, seperti dokumentari. *task kena submit by Friday*

Well, WC have come to an end. Spain! Yahoo! Sangat suka David Villa! *although dia agak pendek* Yana overnight! My very first overnight! Dari movie ke WC, Yana sangat penat dan letih tapi nak jugak rasa suasana WC final di luar. From Bangsar straight to TTDI. *niat hati nak ke I-City tapi takut tak dapat masuk*

It's fun but a little bit sleepy. So, hari ni sehari suntuk, lepas kelas, Yana tidur tak ingat dunia. Ingat malas nak update blog tapi kesian kat blog ni, mesti rindu kat Yana. Kawan2 semua rindukan? *agak mengade2 di situ*

Oh, PTPTN dah masuk! Jom meronggeng??? Opsss, Yana kena saving for future. Cuma nak beli benda2 penting je this Friday bersama Elie. Kena beli file, beli dua buah journal dan satu selipar! Penat la nak pergi kelas pakai wedges, asyik terpelecok je hari ni.

Sekian! Selamat Malam

Blogger Templates
Blogger Templates

Tuesday, July 6, 2010

SIPUT + KURA2 = LEMBAB

Salam semua.

Akhirnya! Dapat luangkan masa update blog. Ops, entry kali ni pendek saja ye? Bukan sengaja Yana update pendek2, tapi bersebab! Dan penyebabnya membuatkan Yana sangat sakit hati!

Yana terpaksa online di balkoni apartment! Kalau online dalam bilik, maknanya macam orang tunggu buah yg tak gugur la jawabnya. Susah nak blogwalking, susah nak update, susah nak komen, susah nak tinggal jejak kat shoutmix/cbox!

Semua serba tak kena okay??? Bukan sengaja tapi line broadband ni hanya boleh tahan laju kat balkoni so harapan nak online sampai lebam! Line lembab mengalahkan kelajuan siput juga kura2, at least mereka bergerak! *sedang membara*


SIPUT + KURA = LEMBAB ;
BROADBAND + SIRA = SANGAT LEMBAB!
*kredit buat cik google unttuk gambar hiasan*

Since dah balik kolej ni, Yana okay2 je, cuma nak basuh baju tu yg lemah sikit, tak kena panas la balkoni dapur, tak macam sem lepas. Hantar dobi la jawabnya. Sanggup bayar RM 3 4 dari baju berbau!

Oryte, done! Tunggu Yana update panjang berjela sampai anda korang semua nak termuntah bila baca, update kat rumah la, kat kolej??? Harapan tinggal impian la *erk, betul ke ayat ni?*

Daaaaaaaaaaa.... Jangan lupa tunggu next entry ek??? Stay with me ya??

Lots of love, Yana~~

Blogger Templates
Blogger Templates

Saturday, July 3, 2010

BRANDED ITEMS, PLEASEEE!!!

Holaaaa everyone! Yana here!

Okay, tamau meleret-leret opening entry kali ni, Yana wanna go straight forward, so sit back & close your eyes okay? *erk, macam mana nak baca?* Sila refer tajuk entry, branded items, berkualiti atau tidak, sila ketepikan. Yana tak mahu tau sebabnya, no doubt, kualitinya sangat bagus.

???

Cumanya yg ingin Yana coretkan di sini ialah perlu ke branded items ni jika melebihi kemampuan kita. Yana cakap based on apa yg Yana perhati dan dengar2. Akibat sibuk mengejar branded items ni, rumah sewa pun tak mampu nak bayar. Hish!

Kalau dah tak mampu, sila lah jangan ikut peribahasa ni, biar papa asal bergaya! Sendiri punya hidup, fikir la mampu ke tak nak survive kalau sibuk ngejar branded items ni. Kalau mampu belakang kira, alhamdulillah dengan rezeki yg diberi.

ATAS LELAKI *erk*

Yana tau ramai yg kat sana prefer branded items even Yana sendiri pun suka dengan branded items ni, sebabnya :

1) Tahan lasak
2) Berkualiti
3) Cantik
4) Worth it

Tetapi Yana hanya akan tengok branded items ni kalau purse Yana ade duit berkepuk-kepuk. Tak lupa juga kalau Yana rasa benda itu sangat susah nak dapat dan Yana perlukan ia sangat2. Branded items Yana tak banyak pun, boleh kira dengan jari. *1,2,3,4,5, ada la dalam satu dua* =p

Kalau tak mampu, baik simpan duit untuk keperluan, bukannya kehendak. Yana tak kisah kalau kita mampu, belilah sebanyak mana kerana kita akan puas bila kita dapat cuma yg jadi persoalannya, perlu ke sampai menyusahkan org lain bila tengah bulan tak cukup duit gara2 branded items ni? Hello, fikirlah, guna otak. What if kalau ada emergency case?

Kalau tak mampu tu satu hal, yg mampu pulak, bila dah ada branded items tu, perlu ke nak tayang harga pada yg mampu ala kadar je? Bajet bagus??? Opsss, like I care! *agak kejam di situ*

Situasi 1

SI A : Aku kalau nak beli baju ni beli kat JJ je, cantik2 jugak
SI B : Yeke cantik2??? Aku kalau beli baju cani, beli kat Benih je, lagi cantik puas la kalau dapat walau RM6++.

BENIH

SITUASI 2

SI A : Aku beli underwear kat Giant je, sedap pakai, cotton berkualiti pulak tu, berbaloi RM 10 - RM12
SI B : Erk, Giant, okay ke? Underwear aku paling murah pun RM20 ++...
SI A : #%^#%=^

Nah, dua2 situasi di atas memang betul2 terjadi! Hatoi! Dunia2, pasal harga underwear pun kau nak canang ke, hebat sangat la pakai underwear RM20 ++?? Mesti blink2 kan?? Ada diamond or ada lace dengan ribbon?

Mesti ada yg cakap, kalau dia mampu biarlah. Yes, dia mampu dan Yana tak ada hal lah dia nak beli ke tak yg mahal2 tu, tapi boleh tak jangan ada nada riak di situ??? Tak baik, tuhan mara mak kita cakap.

Yana lagi suka if tengok org pakai branded items, sebab they'll look so fabulous, stunning and so on but tolonglah jangan nak buat orang dengar cara kau cakap tu macam kau tu terbaik lah. Seriusly, Yana tak suka orang yg suka menunjuk kekayaan dia dan nak org pandang dia tinggi but Yana suka bila si kaya sangat humble dan low profile, senang nak dibuat kawan.

Realitinya wujud si kaya yg sangat humble dan low profile tau. Ada sorang girl ni, pakai track dengan t-shirt je, tapi bila pergi rumah dia, tercengang beb! Rumah besaq kot! Kereta besaq, nasib baik cakap tak besaq! Respect habis la! Gini la kalau nak buat kawan.

p/s :

1) Entry based on pemerhatian & pendengaran
2) Cik googles, tq so much!
3) Ini entry terakhir untuk hari ni, esok? Bye2 everyone!

Blogger Templates
Blogger Templates

Friday, July 2, 2010

SETINGGI PUNCAK

Salam semua.

Let start new day with great smile, forget all those things behind. Hari ni Yana tak nak cerita apa2 yg dah lepas, let bygone be bygone. Instead of it, dah Julai, so let's move on everybody, time to wake up!

Tinggal esok then lusa, kehidupan Yana akan kembali normal, sebagai pelajar yg punya banyak komitmen. Wah, komitmen la sangat. It's going to be a tough semester. Fyi, Yana dapat rumah tingkat 4, much better compared to the previous semester, tingkat 5!


Alhamdulillah, at least turun satu tingkat. Bulan puasa? Tak penat? Dah biasa. Nak tau kenapa? Masa first semester, Yana dapat tingkat 4 jugak, so dah biasa. Cakap pasal bulan puasa, Yana tak sabar rasanya, nak buka dengan kawan2. Nak pergi terawih dengan Lil Magnet! =)

Pasal nak balik kolej ni actually hati Yana 50/50. Macam malas ada, excited pun ada, tapi by hook or by crook, I have too. Packing? Yana dah start packing hari Rabu lagi, barang2 dah beli jugak cuma yg tak siap lagi, nak print segala macam dokumen jugak gambar passport!

SEBELUM

SELEPAS

Pink memonopoli? *rujuk dalam baldi* Ho yes! Dahulu kala Yana seorang penggemar warna yg ala2 girlish gitu, sekarang masih lagi cuma dah tak seperti dulu, sekarang dah mix & match. Kalau first sem dulu Yana nak semua pink. Comel tau warna pink ni, setuju?

Tak banyak pun kan beg baju Yana? Dua je yg Yana bawak, ambil iktibar last semester. Tak guna bawak banyak2, bukan semua Yana pakai, lgpun tiap2 minggu Yana balik rumah. Al maklumlah, jarak sekangkang kera.

Lepas balik kolej, mesti Yana rindu nak berblogging. Bukan tak boleh cuma macam semester lepas, tenet macam siput, tak boleh handle betul! Hopefully line tenet kali ni memuaskan hati Yana. =p

Sekian dulu.

Blogger Templates
Blogger Templates

Thursday, July 1, 2010

BIADAP KE AKU???!

Salam semua.

Hujan yg lebat turun petang ni, selebat air mata yg tak boleh nak tahan dah, sehebat resah dan sebak yg menikam, macam guruh yg berdentum. *ayat simile banyak*

1st of all jangan marah sebab ni entry personal, banyak keluhan jugak kesedihan so siapa yg tak berminat nak baca, sila close tab. Serius, Yana semakin sakit dan terdera tau!!!! Yana makin benci dengan perangai dia!

Kenapa??? Sebab dia lebih tua, dia fikir semua yg dia buat dia betul?? Sebab Yana muda, Yana tak boleh tegur???? Kalau Yana tegur dikata biadap! Tapi bila dia sendiri yg bertindak biadap??? Ya Allah, sebaknya!


Memang dunia macam ni ek? Kalau ditegur kita akan diherdik balik, dikata kita biadap. Kenapa?? Betul, Yana sangat sedih sekarang ni! *stop la wahai air mata*. Yana dah lama sabar, jangan fikir Yana boleh pendam lama2.

Kenapa dia dah lain sangat??? Kenapa berubah??? Yana tertanya2, apa yg sebabkan dia berubah? Atau Yana sendiri yg sebenarnya dah berubah?? (T_T)

Kalau betul Yana yg berubah tapi kenapa sekeliling cakap dia yg dah berubah? Sekeliling bukan sembarangan, tetapi yg rapat dengan dia. Betul ke Yana dah berubah??? Kalau betul Yana dah berubah, kenapa tak ada orang tegur Yana?

Yan cuma mahu dia dengar semua keluhan Yana, bukan nak paksa dia menerima semua, tetapi tak boleh ke dia sekadar memahami apa yg Yana cuba luahkan? Kenapa dia tak nak dengar? Asal Yana cuba bicara hati ke hati, dia mesti cakap, dah la, malas nak fikir apa2.

Susah sangat ke nak dengar apa yg ingin dikatakan? Bukan ke bercakap hati ke hati itu lebih baik dari terus menyimpan? Paling buruk bila yg disimpan itu menjadi api. Yana tak mahu tu terjadi, jadi salahkah mendengar?

Kenapa terus nak menyalahkan dan umur menjadi ukuran? Harus kita hormat yg tua tetapi salah ke yg muda mahu bersuara meminta pengertian? Biadap ke begitu??? Hmmmmm.....

Blogger Templates
Blogger Templates