Wednesday, July 14, 2010

KOC WANITA & WAYANG PERCUMA

Hello everybody!

Bertemu kita kembali ye? Mai nak habaq sat, cheq tengah duk buat assignment la ni, tapi tak tau pasai apa tangan ni dok gatai nak update pulak. Agaknya terkena sindrom gatai2 kut? Ni, cheq ada story hangat nak ceghita *habis tunggang langgang cakap utara, orang utara jangan marah naaa???*.

Ingat lagi tak entry Yana yg lepas? Yana ada cerita pasal Yana & Elie naik KTM ke Seremban kan? Ni sambungannya ya? Begini, Yana teruja tau sebenarnya sebab ni first time Yana naik koc wanita. Sebelum ni naik koc biasa yg unisex je *selalu keluar dengan Cik Yus, takkan nak naik koc wanita*.

Alhamdulillah la kan bila dah ada koc wanita ni tetapi yg menjadi persoalan di sudut hati Yana ni, bila ada kaum adam yg turut sama ada dalam koc wanita, ni apa kes? Yana & Elie pun macam tertanya2, patut ke hal ni terjadi?

Bukan kaum adam yg solo je, yg berkeluarga dengan anak bini pun ada. Hello pakcik, walaupun awak tu dah berkeluarga, tolong la faham, ni koc wanita sahaja okay??? *agak tamak di situ* Bukan koc untuk famili.

Yana masih tak faham, begini ke rakyat Malaysia? Mentaliti mereka memang against the rules ek? Sebagai anak jati Malaysia 100%, Yana macam malu dengan mereka2 ini, dah sah2 kat pintu dan tingkap KTM tu ada pelekat, gambar wanita lagi, kenapa nak tumpang sekaki jugak?

Lagi satu hal pulak, lagi parah. Still dalam koc wanita jugak! Hal ni terjadi depan mata Yana sendiri. Bukan nak aibkan sesiapa, tapi cuba tengok video di bawah ni *opss, betulkan leher anda dulu ye?*


Apa perasaan bila dah tengok? Dah la dalam koc wanita, pastu buat wayang lagi depan Yana dengan Elie. Amek kesempatan la tu tengah bersesak2, tangan mula meraba2, merayap2! Agaknya kalau boleh nak masuk sekali dalam baju tu kot? Hangin je Yana & Elie tengok!

Dey cik kak, cik abang, nak buat wayang bukan dalam koc wanita ek? Hatoi!!!! Abang tu boleh buat muka selamba badak dia tu, sikit2 nak toyoh muka dia kat muka kakak tu, awat jadi lagu tu cik abang oi??? Sangap dah ka???

Entry kali ni memang agak kasaq okay? Sebabnya Yana nak lepas segala yg berbuku di hati. Segala keterlanjuran kata harap dimaafkan.

Sekian dahulu... =)

Blogger Templates
Blogger Tem

21 comments:

Tukang Komen said...

Memanglah dari azali lagi manusia ni selalu je langar peraturan... Tapi yg kat dlm video tu mmg dh melampau...

Parkcheek Chun Li said...

i suka raba-raba...kata perempuan itu...

liyana aziz said...

@Tukang Komen

memang, sangat melampau.. dah la raba2, sampai terkena kawan yana sekali.. entah apa2 mamat tu.. erghhhh

liyana aziz said...

@Parkcheek Chun Li

pakcik, that girl pakai tudung tau.. sadis kan??

velasrizal said...

klo dpn aku dh kena dh mamat tu sejibik..

Jersi Baru Manchester United Musim 2010/2011

SITI said...

erk?kak yana ke yg rakam nih?sampai senget2 pale nk tgk..huhu,dahsyat2 anak muda zaman skang..

liyana aziz said...

@velasrizal

serius, macam muka mintak kaki je mamat tu, boleh lak buat bodo bila yana asek tengok.. gerammmmmmmmmmmm

liyana aziz said...

@SITI

a'ah, kak yana yg rakam... nk jadi mamarazi jap.. hahhahahahahah

fyka said...

huwaaaa bukti2...hehe,btw thanks tau slalu jengok blog fyka..

liyana aziz said...

@fyka

tau x pe, bukti.. hahahahha... ur most welcome.. suka g blog fyka, simple but nice.. =)

hiro said...

kenapa tndas tuk wanita ada...hiii

senorita_alynne said...

Eh Dah Ade Ke KOC Wanita? Nmpk Sgt La Sis Dh LAme Tak Naik Public Transport..Hee~ Ala Yana Kat Mne2 Ade Je 'Wyg Manusia' Tuh..Hee~

little cart00n said...

geli + menyampah + rasa nk sumpah + mcm2 sume ada nok!!:p
pe jadah wat bndalah tu dlm koc kn?nk wat tye la ariel peterporn..hahhahah

p/s:opssiii!!!:D

Siti said...

kak yana.. siyes cantik kakak punye tempat komen nih. camne nk buat ehh? nak mintak tunjuk ajar kak yana blh tak? ^_^

liyana aziz said...

@hiro

ayat macam x lengkap je hiro?? yana x faham.. wakakakka.. maaf, agak lampick sikit.. hahhahaha

liyana aziz said...

@senorita_alynne

a'ah, dah ada, tapi serupa x payah ada... hahahaha..

betul2, wayang percuma ada di mana2.. hihihi

liyana aziz said...

@little cart00n

hahahahhaha.. i tau cane u rasa, siap teraba u sekali kan??? hahhahahah... macam nak sekeh je abg tu tau x??

liyana aziz said...

@Siti

siti, nanti akak bagi link ke blog tuan punya tutor, pastu siti leh cuba okay?? =)

Siti said...

terima kasih yer kak. tp camne nk edit lg kasi cantik? nk edit tulisan ni sume..ngn nk reply comment? mintak tunjuk ajar lg..hee~

liyana aziz said...

@Siti

akak edit kat design yg ada dalam blogspot ni, then klik kat designer template, siti akan jumpa macam2... serius, senang je...

Siti said...

oo.. macam tu yek? ok, nanti siti try jelajah satu2 link yg akak kasi tu yer? terima kasih sgt2..hehe :)