Friday, July 23, 2010

PINKISH KEMBALI KE?

Salam kawan2.

Yey! Hari ni nak balik rumah. Maklumlah, esok cuti. Sekarang tengah berehat sementara menunggu kelas pukul 4 nanti. Kelas Analisis Skrip! Yey! Suka bab2 analisis ni. Subjek ni jugak yg buat Yana pergi overnight masa final WC tu.

Tak nak cerita pasal analisis skrip atau WC *dah lama habis okay?* . Yana nak cerita aktiviti Yana hari Rabu lepas *dah agak basi kan?* . Sangat2 penat tau! Yana dengan budak2 rumah berjalan2 di sekitar Shah Alam *macam bukan penduduk Shah Alam je gamaknya* . Kelas hari Rabu pulak satu kelas, ligat la berjalan.

Sebenarnya nak teman housemate Yana pergi bank, pastu terus melencong kejap *sambil menyelam minum air* . Kitaorg pergi PC Fair kat PAS. Macam2 jugak yg Yana beli. Harga nak kata murah, tak murah sangat tapi boleh la.

PINKISH!

Ada satu entry Yana pernah cakap, dulu Yana suka pink kan? *Ada baca ke tak???* Suka pink masa zaman sekolah, pastu macam dah slow, tapi tapi tapi sekarang Yana macam dah kembali ke zaman pink! Tengok kat atas, usb port pink, headphone pink, mouse pink, cuma lappy je tak pink *ada siapa2 nak hadiahkan Yana lappy pink?* .

Selain benda2 pink kat atas tu, Yana beli shawl. Kat kolej Seroja UiTM induk ada jual2, macam2 ada, cardigan ada, wedges ada, shirt2 ada *sanggup dtg dari Puncak Perdana ke UiTM induk* . Sebelum pergi kolej Seroja, kitaorg dah pergi PKNS, masa tu Elie dah belikan Yana shawl tapi sampai kolej Seroja, Yana beli lagi dua. Lepas ni kena banyak cari tutor untuk pakai shawl okay.... =)

SHAWL FROM ELIE

Shawl Yana beli sendiri! =p

Disebabkan semua dah lapar lepas borong habis barang2, kitaorg makan kat seksyen 2. Yana minum Mocha iceblended, sangat sedap & besar *first time Yana tak habiskan drink*. Nak tau harga berapa? RM2.50 saja! Sangat worth it. Go & try yourself, sure no regret! *promote kedai makcik peramah tu*

Ni la iceblended makcik peramah tu, sedap tau!

IZNIE, ELIE, HAFIZ

MAI (the driver of the day), MIA SURIHANI

Sampai PP, dah nak maghrib, mula la nak rushing kan? After all, banyak jugak la yg Yana habis hari ni, kuncup sudah purse Yana. Halamak! Lepas ni nak buat bajet mini LA. Weehuuuu!

Sekian dahulu............ *mau tidur*


Blogger Templates
Blogger Templates

12 comments:

cik shabah said...

wah...mouse pink itu sgt menarik perhatian ku,nak pinjam bole?hu3 =)

Parkcheek Chun Li said...

kalau dh suka pink tuh...buat mcm mana pun tetap pink


s/n: teringat citer sutun 2....yg dia msk uitm shah alam tuh...semua pink...hahaha

liyana aziz said...

@cik shabah

comel kan?? nak pinjam ke?? mana boleh la..... =p

liyana aziz said...

@Parkcheek Chun Li

kan kan kan?? pink sangat menarik...

hahahahha.. sutun! lago comel, semua pink kan?

edaolala said...

i love pink too ! huhu. beb,yang headset tu lawa gilaa... nak nak ! :D hihi

liyana aziz said...

@edaolala

headphone tu sangat murah okay, rm20 je... seb baik beli masa pc fair.. heheheheh

~AbsoFUCKINGlutely~ said...

i like part mia surihani....heheh...maseh cik ya...:)

Marya Hana . said...

amboi adek2 aku ni .
hehe. mentang2 PT dah dapat ,
gonjeng jela ek.

T.T jeles .

syarmiza arianti gill said...

salam sis..omigosh, pink headphones!! ♥♥

liyana aziz said...

@~AbsoFUCKINGlutely~

ms. surihani.... glad you finally comment... hahahahahhahaha

liyana aziz said...

@Marya Hana .

hahahahahah.. meronggeng sampai kaki patah... =)

liyana aziz said...

@syarmiza arianti gill

it's pink babeh! suka tak?? comel an?? macam x nak pakai je..